Sunday, November 8, 2009

Perempuan itu..

Assalamualaikum...

I like this writing from one of my frens...read it!

Perempuan, semakin tua semakin susut nilai; begitulah kata orang. Sementara, lelaki semakin tua semakin naik nilai; begitu jugalah kata orang.

Perempuan seorang isteri, banyaknya boleh setia pada seorang lelaki dalam hidupnya. Sementelahan, lelaki seorang suami, jarang-jarang boleh setia pada seorang perempuan dalam hidupnya.

Perempuan, meningkat usia tidak mencari; cuba mengambil hati suami kerana takut kalah dengan banyaknya saingan di luar sana. Namun lelaki, meningkat usia dan masih, terus mencari; cuba mengambil peluang kerana yang paling pandai berkata-kata pasti menang bertrofikan banyaknya yang baru di luar sana.

Perempuan, ada yang sanggup menewaskan perempuan lain demi bertrofikan seorang lelaki di atas kelukaan perempuan yang lain. Lelaki, sentiasa menyanggupi untuk direbut menjadi piala kemenangan di antara perempuan.

Perempuan, sering tertewas kerana perhatian yang diberi lelaki hingga sanggup menjadi kedua ketiga dan keempat. Lelaki, sering termenang merangkul piala sehingga 4 di atas tiket belas kasihan.

.

Ok. Saya sangat sarkastik. Cuma saya sangat sakit hati dengan perangai sesetengah jantina berlawanan jenis dengan saya, terutamanya yang sudah beristeri; terkecuali Rasulullah dan Sahabat dari ke-anti-an saya ini. Sebab saya tahu, lelaki zaman sekarang, walau berlatar belakang agama yang tinggi sekali pun, belum tentu menjadi adil dan mengangkat maruah perempuan kemartabat yang sepatutnya. Manusia ini, sebelum dapat semuanya akan berjanji yang macam-macam seperti juga kita membuat loan untuk membeli kereta yang baru di Bank, belum dapat beria-ia berjanji untuk membayar ansuran bulanan dengan adil dan saksama juga ikhlas. Tapi apabila sudah dapat loan, apakah hati anda ikhlas membayar ansuran bulan ataupun anda akan bersungut-sungut 'alaaaa kena bayar loan keretalah, tak cukup duitlah bulan ni.' Nah! Kalau sudah tahu tidak cukup duit mengapa harus membuat loan yang tidak berkepentingan, bukankah sudah jadi liabiliti? Guna sahajalah kereta lama kan?

Zaman sekarang, apa yang membezakan manusia cumalah iman dan takwa, kan? Dan, susah nak cari lelaki yang baek. :)


NotaMerepek:
It does not mean that because of a few words I have written here, a person may come to the conclusion that I am anti-men. Though a part of me is on the Internet, it is not the whole of me. It is wrong for a person to think they can judge the whole of me through things I choose to say and things I choose to omit.


So ape agaknye yg ter"cross" di kepale korunk??

Aku bakal isteri...bakal ibu...kene betul2 didik anak lelaki.


.

0 baby's note!:

Post a Comment