Friday, October 30, 2009

Saya & Migrain..

Assalamualaikum,..

Adekah kalian berisiko??...huuuu~ saya berisiko, sbb saya mengalami MIGRAIN..


WANITA MIGRAIN RISIKO HIDAP STROK


ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi yang menyenangkan. Sebabnya, kecenderungan kumpulan wanita muda yang menghidap migrain berserta kehadiran aura adalah dua kali ganda lebih tinggi untuk mendapat serangan strok.

Aura merujuk kepada gangguan visual atau deria yang berlaku sebelum atau semasa kehadiran migrain.

Berdasarkan bukti sedia ada, risiko mendapat strok lebih tinggi jika seseorang wanita muda mengambil pil pencegah kehamilan dan merokok.

Sekitar 10 hingga 20 peratus populasi penduduk di dunia mengalami masalah migrain. Kadar kelaziman migrain juga didapati lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Menurut para penyelidik, sembilan kajian terbaru tentang kaitan antara migrain dan masalah kardiovaskular telah diteliti semula.

Kajian pada tahun 2004 mendapati pesakit migrain mempunyai dua kali ganda risiko untuk mendapat strok. Hasil kajian terbaru sebaliknya mendapati pesakit yang menderita migrain berserta aura lebih tinggi risikonya.

Risiko mendapat kesakitan jantung meningkat sebanyak 30 peratus, biarpun kajian tersebut tidak menemui hubungan antara migrain dan serangan jantung atau kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Ketua penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard, Markus Schurks berkata: "Kajian mengenai kependudukan menunjukkan satu pertiga daripada pesakit mengalami aura bersama masalah sakit kepala.

"Apabila terdapat 40 peratus wanita muda yang mengalami migrain, maka anda akan sedar impaknya ke atas kesihatan sesuatu populasi," katanya.

Wanita-wanita muda yang mengalami migrain berserta kehadiran aura dinasihati menghentikan tabiat merokok dan kaedah pencegah kehamilan. Tetapi pengambilan ubat pencegah kehamilan yang mengandungi estrogen boleh dipertimbangkan.

Dalam pada itu, Yayasan Jantung Britain mengesyorkan golongan wanita agar mengurangkan seberapa banyak risiko mungkin.

Misalnya bertukar kepada kaedah pencegah kehamilan berasaskan bukan estrogen, berhenti merokok atau mendapatkan nasihat pakar.

Pengarah pertubuhan amal, Migraine Action, Lee Tomkins berkata, hasil kajian itu signifikan dalam membantu wanita memahami kepentingan memiliki pelan pengurusan migrain. Ini bagi mengurangkan kadar kekerapan serangan strok.

Dr. Tony Rudd dari Persatuan Strok pula memberitahu, pengamalan gaya hidup yang sihat dan pemeriksaan tekanan darah secara kerap adalah cara mudah untuk mengurangkan risiko serangan strok.


petikan: Kosmo!



.

Wednesday, October 28, 2009

Dah Pindah..

Assalamualaikum,..

Geng, cite pasal kawen2 dah pindah ke SINI

So kalo nak tau ape2 pasal wedding kiteorg just visit that website k.
Most invitation pun through that website. Zaman teknologi la kater kan...
Make a full utilize from it.

Few days ni asyik teringat nak coffee je ngan my friends/kazen. Tp xde la plak yg nak luang kn masa. Bile ek...nak girls hangout lg..

Last nyt g event partnership IBM at One World. Best gak dinner kt poolside die, cantek! Tp aku xleh lame2, by 730 aku dh cabut. On the d way balik tu, lalu ikut TTDI back to KL..teringat zaman cintan cintun ngan raksasa dulu...x hengat donniiaa bile hangout..cam esok2 x jumpe dah...huhuhu

Skrg ni dh xde, raksasa pun sibuk. Pegi keje awal n balik keje lambat, plus his class on wekens. Mane nak siapkan asgmnt yg berlambak2 tu...Ciann kat die. Tp xpe, as a man he needs to do that. Since die akan jd ketua keluarga nanti adelah patut utk berada di barisan hadapan, nak lead la kate kn...

Sekurang2nye xde la terbeban sgt bile dah kawin nanti,..mane nak handle famili, keje, study..bla..bla..All the best to you k pumpkin!! =)

Wooraitt..dh x larat nak bebel. Til next time....


.

Tuesday, October 27, 2009

Semalam yg pelik..

Assalamualaikum,..

Pelik..

Suddenly raksasa ask for movie lastnite...

Baru ckp2 ngan Eila smlm teringin nak tgk Papadom,...

Cam tetau je hati meronta2...hehe

Thanx raksasa...

Tag line paling best from Papadom "Jangan beremosi dgn tanah ye bang!!"
***** for papadom. Congrats Afdlin.


Dh schedule ngan raksasa...starting 29 Oct ni, ade 3 movie best!

Which one dulu ek??....Marathon nak?? =D

Raksasa cakap, "Nanti kite beli projector kat umah. Then donlod from internet je."

Gulp!...(rs suke tp...huhuhu)

I said, "OK gak tu. It's ur job to donlod k." *big grin*



So ape kesudahannya??...adekah kami akan marathon ke 3-3 muvi ini??

Oppss i need to read the book 1st then only watch the muvi...huhuhu



.

Monday, October 26, 2009

Cite kawin je ke...huuu

Assalamualaikum,

Ade kawan aku ckp, since aku nk kawin nih...asyik load cite2 nak kawen je..abis tu nk load cite ape?? huhuhu

Untuk pengetahuan korunk, since HP aku crash langsung xde pikces..korunk sedar x?..kalo ade pun aku cilok kat mane2..x pun from sumone else nye camera. huuuuu sadis kan,..sayang duit dowh nk spend beli hp n camera nih...bukan pe, tgh sibuk prep kawin. Duit banyak nk pakai kat situ...

So totally it effect my presentation here...huhuhu (byk la aku punye presentation..lekuk dahi senirik!). Tp insyallah, aku akan load cite dr gambar zaman jahiliah aku dulu...orait?? (ni yg nk kene godek2 box lame2 nih...adieh!)

This week another wedding preparation story. On Saturday tu aku dating ngan my fren Eila tgk few butik kt ampang park. Mission nak cari baju sanding and tailor utk akad nikah. Well jumpe gak la kedai tudung, kedai aksesori, butik and ect...tp ade 1 butik ni mahal (mean over my budget laa...kalo org len xtau la if they can afford kn..) and ade 1 butik ni aku plan nak wat baju ngan die and sewa few things la. But we'll see what my fiance gona comment about it.

Our plan that day not going so smooth, Eila kene balik awal. Mak die call suh balik. So kiteorg tangguh la our merayap time till the next day which will be arrange later (so ade sape2 nak ikut?? =p) Plan nk merayap tgk butik area Ampang pun x sempat. Some other time perhaps...

On Saturday plak aku hangout ngan raksasa. After semalam tu aku moody ckit,..huhu. Tu la sape suh wat hal..kn tone aku dh len! hehehe =p

Semalam kiteorg merayap Nilai 3. B4 that stop g jumpe Rienz kejap and had lunch with my lil bro, Zaid. We are looking for Bunga Pahar actually for our pelamin and also for our guest. Selalu org bg mende pelik2 kn,..so this time we would like to bring back the old skul style. Bunga telur is perfect for any malay kenduri events. Even kiteorg jumpe plastic balut telur. (haaa see no HP/Cam how to show??...kn rs pns ati nih...wakaka senirik emo!! =p )..Nanti kiteorg tunjuk k.

After merayap few shops we decide to come again some other day. Next time will be shopping mode!.

Semalam dinner kt umah raksasa, makan lauk kenduri rumah jiran die. And sambil2 tgk tv, practis suap2 pengantin gitew...wakakaka. Saje guuuuwwwddikkss..sbb dis weken n next weken, raksasa sibuk. Tingat masa zaman die outstation dulu....tp time tu x siyes lg. Tu pun dh rindu-rinduan...now??...x payah ckp la kn.

Errmm nxt week papa nk dtg kl lg. Ade kursus kt UEM Tower from 2 - 5 Oktober. Waaaa beshhh nyee...lavish dinner for 3 nites. =D I'll stay with papa...hv a great father n doter time!

Now tgh tunggu my raksasa...mane die ni??

.

Friday, October 23, 2009

Dunia Suami Isteri...

Assalamualaikum,

I got this reading material inside one of my folder while i'm cleaning up. But i cant remember where do i get this info from. Maybe from sumone's blog!

Since my raksasa proposed me to marry him, i've started to prepare myself with knowledge as a wife and a mother. Most i did read since long time ago, now just a refresh moment for me. You can get most of material from any related website or blog.

So let me share this information with all of you. May Allah guide us to becum a wonderful soleh/solehah wife/hubby/person.



Petua Membelai Cinta - Ustaz Ismail Kamus

PETUA MEMBELAI CINTA

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila.

Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan:
"Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati"
, ujarnya.

Beliau menambah, " Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang,"
jelasnya.

Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.


WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

Nabi bersabda, " Wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya".

Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil.

Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu."

Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.


CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasanga kala peringka pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang.

Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya.

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi.

Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?"
Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin."
Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?"
Orang itu jawab, "Tidak pernah,"
Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya?"
Orang itu menjawab,"Tidak pernah."
Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia?"
Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik."
Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya."

Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar.

"Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah.

Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan.

" Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.

Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, sisuami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk,"
ujarnya.

Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka."

Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.

Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja. Si anak menggelengkan kepala.Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.


TEGUR CARA BERHIKMAH

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri."

Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya:

"Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah
sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan
kepada-Nya jua mereka dikembalikan."

"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila
hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau
ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan,
berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."

Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam.

"Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya."

Antara maksudnya,

"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau
mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi or! ang yang takut (kepada
Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit
yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya
apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara
kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah."



Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat.

Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."


Dedahan Ustaz penuh bermakna

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

• Sentiasa berdoa agar disayangi.
• Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
• Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri
sepanjang hari.
• Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk
menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
• Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap
isteri.
• Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk
memujuk ketika isteri sedang marah.
• Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
• Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan
sebagainya).
• Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
• Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
• Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat
bergerak atau bertindak.
• Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
• Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak
mengungkit atau banyak komen.
• Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
• Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara
sopan. Jangan menyalahkan isteri.
• Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
• Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
• Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
• Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
• Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin
memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
• Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
• Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
• Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
• Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
• Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
• Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
• Sentiasa lakukan ibadah bersama.
• Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat
penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
• Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
• Urut belakang isteri sekali sekala.
• Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
• Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
• Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau
tinggalkannya jauh ketika berjalan.
• Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
• Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
• Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap
masa.
• Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak
ramai.
• Lebihkan isteri daripada anak-anak.
• Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri
sepertimana dia memanjakan anda.
• Seeloknya masuk tidur serentak.
• Belai isteri sebelum pergi kerja.
• Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
• Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
• Lakukan riadah bersama isteri.
• Pergi berkelah sekali sekala.
• Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Monday, October 19, 2009

U u,,,Me me

Assalamualaikum,

Sudah laaa..cukup-cukup laaa...dah malas pun nak layan. Pas ni memang xde dah. Bukan nak emo sangat la...tp ape salahnye kan. Asyik tgk orang emo tak tentu arah ni pun bleh nek giler gak. Tp xpe la...rambut same hitam. Hati kan len2. Hambe sedar akan kekurangan diri hambe..X mengape! Tutup mata sebelah...

Rasenye pas ni wont be like old times la kot. Orang pun ade kate, wat baik berpada..wat jht tu up to u laa. Which is memang aku xkn amik port lg dah..kate nak b in grup sgt pun..xde la! Sedang2 je. Aku ade grup len yg lebiy benefit..

Now memang kene berhati2. So x payah la nk bermuka-muka. Nak rapat2 bagai..nak itu nak ini. Kalo kate aku show muke toya tu...ade lah diigtkn utk sedar diri ckit. Dan aku pun akan stop byk mende gk...Dun worry!

X penah2 aku rs mcm ni..but this time.. I think it's the time kot...

Kite start hidup baru dgn xde pepe k. 0-0!

And last but not least...Terima Kasih banyak2 di atas segala kebaikkan sebelum ni. Tuhan je la yg balas nanti. Balas di dunia n akhirat. And eventho dh abis raya, nak mintak maaf la ek...kalo2 la mulut ni penah mengata, mengutuk n etc..(mcm la cik potpet bkn name sbnr tu baik sangat!)..halal kan segala yg termakan/terminum k.

Dari hari ini,..konsep sedar diri bermula...

Ku akhiri dgn...

Wabillahhitaufiq Walhidayah..Wassalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarokatuh..

Wassalam....

Nyt...zzzzzz

Sunday, October 18, 2009

Hunting Day Begin...

Assalamualaikum,

Dah pukul 11.40pm nih..sepatutnye gue dh nyenyakk zzzzzzz. Esok gue kene attend course kat Melia Hotel. And x pepasal kene bond 6 months! Adilkah??..hehehe senirik mau ingat..ini bukan company bapak aku..or else U'RE FIRED!! ooohhh ttiidakkk....

Ok cukup2 beremosii..cont ke landasan sebenar. =D

Let me hupdate dulu k..huu cediy xde pikcess!!(sssrreeetttt)...buang hingus jp!

Wookkesss...

Pg2 rutin cm biase message raksasa...then no reply! Tido lg kot??!! penat semalaman wat asgmnt. So xpe laa,.aku pun cont ektibiti aku cm bese! Ade ngaji pg ni,..

Pas abishh ngaji...tgk2 ade 3 miscall from raksasa...eehhh ade emergency kah? SMS x reply pun...so drastically call him! but pompuan voicemail jawab...Tp miscall no umah, pe hal nih?. Call ghumahh.....jeng jeng jeng

Raksasa baru pas bfast. And tibe2 tanye pasal plan today. Kalo ikut kan ade org mintak aku babysit ari ni. Tp cancel sebab 'hal2 tertentu'. Di sebabkan hal yg sedemikian, maka ade lebiy baiknye aku merayap. Penink kepala kalo duk umah ni...acececece. Penyakit ngade2 dh dtg. Maklum laa raksasa yg ajak kuar...hehehe

Plan sepatutnye adalah untuk lawatan sambil belajar ke butik2 sekitar Kajang dan Bangi. Tp memandangkan kiteorg x bape nak confirm akan ke'open'an butik2 tersebut, adelah lebiy baik ke tempat yg memang sah2 bukak...Mane lg kalo x JLN TAR.

1st mall is...Maju Junction. Ape ade kat sini?? Wedding City! Errmmm City?? Layak kee?? aku hengatkan besar n meriah...ghupenyeee...xpe laaa g tgk senirik k. =p
Perumpamaan nye ibarat Kangar di panggil taraf Bandaraya...layak kah?? (Waaahh x sedar diri ketuk hometown senirik...eh silap, kutuk!). Kat sini actually aku carik bekas cincin, jewellery box, tempat nk letak cek/bank draft and few other things la. Bile dh tgk barang2 ni, mencurah2 idea masuk. Tibe2 rase nk wat biz kawen....shhh jgn ckp kuat2,.Nanti raksasa dengar! =D

Then gerak gi Pertama Complex. Well geng...ni gua ade rahsia nk gtau..tp janji k!! Sssshhhhh....zip ur mouth tau pas ni. Ni pertama kali aku masuk Pertama Komplex. huhu bunyik jakun kn. hahaaha
Kat sini ok la, not bad. Ade few butik yg agak reasonable n competetive price. Puas hati gak la tgk...tgk je! Belum decide lg!

Gerak plak ke Mara Complex. Kat sini igt nk carik tailor tp mcm sunyi je. So x jd nk pusing semua. Lg pun kedai byk lg still CLOSE!. Since kat situ ade kedai kad, so kiteorg pun survey la skali..Idea utk kad tu dh ade, cume skrg nak realitykan nya 1 hari nnti.

Dah penat, kiteorg g lepak jap kat SR Sogo tingkat atas. Have to discuss between us regarding on the Baju Nikah thingy.
Well, if u gals/guys(mcm ade reader je!!) can give any advice...please do so ok??!!

I plan nak beli kain chiffon 2 1/2 meters for baju and lining silk/soft satin. Cost about RM250. Then kain baju lelaki around RM80. But workmanship bapak mahal k..For beading RM380 at least n non beading RM280. Laki plak start from RM 100. Berbaloi x? Just to wear for 3-4 hours nye event?? I mean Akad Nikah? Or should i beli baju siap je??(I memang terkenal ngan beli baju siap!)...huuuu fenink! One more thing...MANER EK NK CARI TAILOR YG REASONABLE CKIT??? suggest please!

Then i decide kalo baju pengapit for both side kaler kuning cair..but this one is subject to change (S2C)...

So something accomplished today..

Bekas Cincin - check
Kitab Fiqh/Al-Quran - check
Kain Baju Akad Nikah - check
Kain Baju Pengapit - check
Sewa Baju Sanding - check
Kad Jemputan - check


But so many things lagi to decide...Timeline pun dah diskus dgn raksasa. Tunggu masa je la...Got 2-3 weeks je nak decide mende2 ni....huuuuu =S



Orait...smpai disini dulu. Tata titi tutu...

MIX Story..

Assalamulaikum..

Malam ni xtau nape xleh tido lg. Otak tgh ligat memikir kan hal2 perkahwinan. When you look at the counter..rasa gerun pun ade. Ye la kan..tinggal lg 4 bulan lebiy untuk kami wat preparation. Wana know sumthing bad about us??..We dun even care about time..huhhh apehal ngan kiteorg ni??..My parents dh start gelabah k..

Minggu ni merupakan minggu terakhir syawal..so ramai yg sibuk wat open house. Pasni jgn harap la nk open, sume close!=D

Pagi td dalam kul 10, me and my aunt famili attended my aunt's sister open house at D'Kayangan. Menu die biase la, tipikal one. Like nasi tomato/putih and lauk2, laksa, kuih2, dessert and yg best adalah Lamb Grill. That's my favourite dish ever. Mane2 aku gi for western, sure aku akan order lamb. Unless kalo aku rasa cm nk kuyus ckit i'll order salmon grill la. Diet sgt!

Baby plak ade kenduri tahlil kawan die. Aku x bleh nk follow pasal clash ngan event makcik aku nih. After both setle, gerak plak ke Kajang. My long lost fren kenal kt IKBN N9, Ijah wat open house. Kiteorg bleh terjumpe balik masa aku wat part time jaga booth Wedding Expo kat PICC. Borak2 jap ngan Ijah about our moment kt IKBN dulu and also update about other frens yg same join IKBN, Tom, Teh, EJ, Lin, Syidah and Azean.

On the way balik tu, kiteorg singgah jap Gulati's Euro Moda kt Kajang. And alhamdulillah, aku jumpe kain yg aku nak tu. Siap ade promo lg. Ade 2 dh dalam option list. Cume request kat auntie tu warna lg 1, and probably next week baru ade. So akan di decide masa tu nanti. Selendang utk akad nikah tu pun dh tgk skali and both of us suke design kain tu. eerrr bape byk 'tu' la dlm ini celita?? =p

And highlight for today is.....


Today is our Anniversary Day. (17 Oct 20..)

Happy Anniversary MySpace Comments and Graphics



But basically we dun celebrate on this date..we choose to celebrate on 24 Ramadhan..
Thanx Fiance..My raksasa!

Friday, October 16, 2009

Same la plak...

Assalamualaikum,

Ini entry Raya ke 3 ari tu yg pending buat yg ntah ke berapa kalinyeee...

So this is it..

Tanggal 3 Syawal 1430 bersamaan dgn 23 September 2009, telah berlangsungnya Majlis Meminang dan Pertunangan di antara Raksasa Comey with me! Just famili members and close frens event. So pada sesiapa yg x dijemput tu..Minta maaf la ek! Insyallah kahwin nanti anda sume dijemput bagi memeriahkan majlis...mengobih kan makanan!! hehehe

Majlis pertunangan ni simple je..and agak mengikut adat jugak laa. Which is, my raksasa cant even apear in the event. huhuhu so jangan tanye ek mane gambar kiteorg ber-dua. Memang xde!..Yang ade gambar aku dan bakal famili,.tu pun sblh perempuan je ok.

Tujuan majlis ini untuk menetapkan hal-hal perkahwinan kami. Majlis bermula dalam pukul 12.30 tghari. Bermula dengan persembahan hantaran dan kemudiannya sesi berkenalan oleh pihak lelaki. Di ikuti dengan perbincangan urusan perkahwinan dan akhirnya..pihak rombongan di jamu dengan hidangan tengahari.

Menu Majlis Pertunangan.
Ikan Bakar - 3/4 jenis ikan
Ulam-Ulaman - a few types
Gulai Rebung dgn tulang
Sayur Keladi Masak Asam
Laksa
Ketupat Palas + Gulai Daging
Kuih Raya, Kek, etc.
Minuman

Hantaran dr Pihak Lelaki
Tepak Sirih
Cincin Tunang
Kain Sepersalinan
Cake Fondant
Fruits

Hantaran dr Pihak Perempuan
Sirih Junjung
Kain Sepersalinan
Garam & Gula
Fruit Cake
Biscuits
Fruits
Chocolate

Sesi Perbincangan
Tarikh Perkahwinan: 26 Februari 2010 / 12 RabiulAwwal 1431
Mas Kahwin: -
Wang Hantaran: -
Hantaran : 9 vs 7
Other Engagement Term and Condition


Nak di jadikan cerita plak..hari yang aku tunang ni same la plak ngan my best fren punye engagement TASNIM & RUDIT. Tp pg tu die datang jap jumpe aku..and malam tu aku pun g jap umah die.
For tarikh wedding plak, tersama lg dengan one of my Good Uniten Fren Rohaida Rahmat. Alahai,..x dapat la aku nk g majlis diorg ni. Layan pikcess je laa..But insyallah she can make it to my wedding sblah lelaki.

Sempat lagi aku berjoking dengan roy. Jangan esok2 kite terpregnan same2 dah..n beranak pun same2...huuu baru la haruuu...tp xpe, kite bleh jd besan ye roy! hehehe

Ade sape2 lagi nak same ngan aku and roy??.. Nak berjemaah skali nek plamin?? =P

These is a few pikces taken on that day...



With My Frens and Kazen


Posing jap..


Ketibaan..


Kemuncak...


With F-F-I-L..

more pikces..visit FB!

to be cont.....soon! =)

Thursday, October 15, 2009

Daddy-Doter's Day Out

Assalamualaikum,

On Tuesday ari tu, ayahanda datang ke KL atas urusan kerja. Sangat teruja setiap kali ayahanda datang. Dan bila ayahanda datang maka hidangan yang lazat2 bakal menjadi santapan. Tp xtau la nape, setiap kali kedatangan ayahanda tanpa bonda di sisi sure nak makan Japanese punyee...ape kes nih?? Tp kalo ade bonda, selalunye memang x la. Sebab bonda x bape gemar ngan makanan raw ni. Tp now dalam famili bleh dikate kan sume suke sushi/sashimi except bonda je..cam ne la nk pujuk nih??!!

Kali ni memang target nak makan japanese lg, kat tempat ari tu Zanmai Sushi. Cam malas plak nak ke sana, takut2 nanti xde tempat mcm ari tu. So we decide utk ke Sushi King, but the que herrmmm alamatnyee amik bau je la. Ayahanda ajak ke San Francisco SH...bbluuwweekk!! Boring la makanan die. Ajak papa try Tony Roma's plak and makanan kat sini memang tidak menghampa kan.

We ordered lamb chop(me), salmon grill (papa) dan Ribs (kak rina) For appertizer Boneless chicken with Thai Sauce, yang ni memang sedap giloss..nyumm nyumm. And the highlight of the dishes is the RIBS...walamakweiii sodap sehingga menjilat ribku...eh silap! rib tulang itu!!...Sedap la ngan sauce die. Memang best. Tp price die agak2 gak la...huhu. Tp sangat puas.

Malam tu aku sleep over kat hotel ngan ayahanda. Sambil2 tu kami plan untuk perkahwinan aku nanti. After puas bincang2...sampai ke satu tahap ayahanda membisu seribu bahasa...huhuhu aku cakap sowang2 ghupenyee! Penat mengolah impian...tp xpe aku tau ayahanda faham ape kehendak aku..

Plan nak tgk wayang tergendala..sebabnye..masa on the way nak pick them from KLS aku stuck kt jalan Brickfield tu 1 hour plus! Sengal k..Ayahanda check-in pun dah almost 8 pm...nak g makan lg. X dapat la mengcompletekan lawatan ayahanda dgn Surrogates! Len kali yee papa! =D

Gambar makanan akan di load kemudian...

Monday, October 12, 2009

A little things from me..

Assalamualaikum,

Hiii everyooonnneee!! =D.. How are you?? Do you miss meeee??? hehehehe...
Soklan pertama: ade ke owang nk rindu kat aku?? wukukuku..

Banyak hari aku x update pepe kat sini..windu nak hupdate! tp since my HP tu crash and still xde budget allocate utk HP baru, xde laa gambar. And biler xde gambar aku rase cam berat ckit nk hupdate. Rasa cam bebel kosong je xde pikces..booowwiinnnggg kan??

Even Entry on 3rd raya tu pun aku x sempat nak cite lg..tunnngguuu!

Soo ape korunk nk tau dulu?? after the last entry on the specific date,..

Ok..ok..

My Work.
Alhamdulillah,..the deal that i've been working since end of last year dh close! Got awarded on wednesday lepas. Rasa heppy sangat..n malu2 ckit when people congratulate me. Well if it is not becoz of previous BDE yg bukak jalan. Definitely i wont be able to close this deal. Wana thanx him too!! I will get my 1st comission upon payment by that dept soon. But this is only the 1st phase...2nd phase will coming soon. My boss said that i'm the account manager for this particular client. And seriously i fell kinda excited to find more biz opportunity and able to close more deal. So my comp will feel worth it to hire me and has me as an asset! =D So many things to learn, so long road to take. There is no shortcut to success.... CHAIYOK!! CHAIYOK!!

My Life.
Since got enggaged with my raksasa comel (baby), feel not much different. We got only around 4 and half months to prepare..but we havent start at most of the part. The listing is with me already. Next month, the hunting of our needs will begin. And this is where the arguing part will start...right?? Will update on this part later ok...

I'm also waiting for my KICAP!! Yayyyy! Is this a gift?? or a responsible??...*sigh*

Ayahanda is coming tomorrow..cant wait! I wana spend most of the time left with him before i becuming my raksasa's wife.

A night before Tunang...

aku: Papa...nnti along kawin, angah jadi wali tau..and papa jadi jurunikah k!
papa: Laa nape plak??..papa wakilkan tuk kadi je la untuk nikah kan..
aku: alaaaa paa...nape plak?? =( (dh mule emo...)
papa: papa rasa mcm x sampai hati plak...
aku: ermm tp nape pa??..along kan sorang je anak perempuan papa..and for the 1st and the last time...along nak la papa yg nikah kan...(time ni air mata dh bergenang..)
papa: sebab kamu anak papa pompuan sorang la..papa x sampai hati..len la kalo papa ade ramai anak pompuan..so x kisah laa kalo nak nikah kn...takut nanti papa x terlafaz...haa cm ne??..
pakcik: selalunye memang cm tu along..anak pompuan sorang ni susah ckit!
aku: (dah merah mate..dh bergenang air mata..pas tu terus masuk bilik..)

Actually at 1st aku x faham nape papa x nak...coz my last wish is i want my dad to marry us..Aku tibe2 sediy sangat bile papa xnak...After that baru aku paham ayat die..when he mention, i'm the only doter,..it's hard for him to let me go to someone else...someone that got my attention! He did talk about wife responsible that night. And mende ni pun dh buatkan aku merambu air mata...
Die kate.."x lame lagi papa dh nak lepas kan tanggungjawab ni kat bakal suami kamu. so ingat ni...Kamu kene taat kat suami kamu dah lepas nih!!"... T_T

Tomorrow wana watch movie with him...Dinner with him...and sleep over at his place...

Monday, October 5, 2009

EMO Day..

Assalamualaikum,

Nak update entry ari tu...entry raya ke 3. Tp xde mood lg! Bersabar ek.

Nak cite pasal ari ni...

Masuk ofis awal around 8 today sebab ari ni submit tender. After x tido mlm sebelumnye wat checking. Nampaknyee aku still green utk handle this tender matter. Need to learn a lot from Kak Sara (Tender Mister). Kinda fail at certain part! But i'm gonna learn more after this.

Lepas stressed siap kan tender, recieve an email from Ayahanda. Urrrggghhh sangat sediy bile baca email tu. Tak semena2 aku emo sampai xleh control. So aku amik half day ari ni. Lg pun masa tu, migraine aku dh menyerang. Kalo stay longer in aircond environment can make me feel worst. So better blah!

Ooowww lupe nak gtau. Ari ni staff MarCom baru join the company. Cute and looks so familiar...X kenal lg. Pg td sebuk ngadap tender. Nanti esok baru nak kenal ngan die.

Sampai umah around 2 plus td terus lunch n amik synflex! Terus tido sampai kul 6 lebiy. X sedar kan diri.... bangun dengan bengkak di mata. Adieh!

Now busy with my wedding preparation. Wat listing bagai...fenink!

Td dh dpt reply email from ayahanda and dh jawab pun email die td.
Wana THANK YOU papa...For being a wonderful and understand father!
No one can ever be compared to you! Sayang Papa! =)

Problem solve...but still emo! =P

Saturday, October 3, 2009

Raya Oo Raya

Assalamualaikum,

Ni dah masuk 2 minggu dalam bulan Syawal. X lame lg abisshh daa raya!

Everyweek ramai yg wat open house. 4 weken sume kene g umah member. Aku tahun ni x wat pun open house. Mkcik aku pun xde g BA (Buenos Aires). So close je la...

Sorry la x hupdet ape2 after last entry tu. Nak hupdet gak la, tp asal mule je nk blogin keje masuk...asal mule je nk bloging keje masuk. Maka tertutup la nafsu nak bloging. Now dah bernafsu balik...=)

So ni meh aku kaver balik cite since aku sampai kampung k. Sape tau kampung aku kat ner??..haaa betul,..betul,..betul!! Indera Kayangan!

Sabtu, 19 Sept 2009.
Aku sampai dari KL menaiki Tren around 9.15am. Sib bek gk laa x kul 10. Sebab malam tu die delay ketapi aku from 8.00pm to 8.30pm. Adieh!! Penat tunggu. Sampai2 je, dengan x mandi nye aku g redah A.Star. Balik tu baru mandi. Then berbuka secara berjemaah ngan famili paklang and makcik aku kat umah atok. Kire ni makan besar kiteorg la. Pas ni xtau la aku bleh merasa lg ke x suasana nih. Next year suasana dh berubah. huhuhuu..

Ahad, 20 Sept 2009.
Cantteekkk x tarikh ni?? Banyak cine kawin wooo...termasuk la ofismate aku. Mr n Mrs Goh. And kalo x disebabkan raya, aku budget sure lg ramai yg kawin on dis date. 1st day raya ni x payah cakap la kan. Aku memang x gi mana2 pun. After beraya ngan famili kat umah, around 12 kiteorg gerak g umak tokwa. Ade kenduri doa selamat ckit. Pas tu lepak sampai ke petang kat umah atok aku. Waaaa adik bradik datang x putus2. Asal nak kuar je, sure ade org yg sampai. Cume masa balik petang tu singgah jap kat umah Pakngah Deli aku. My dad's best cousin. Mcm aku n aina!! =D. Famili Pakngah ni memang famili bisnes. Bisnes makanan! Best wooo depa2 ni masak...
Malam ni kiteorg balik terus tido x sedarkan diri.

Isnin, 21 Sept 2009.
Ari ni aku stay kat umah je. Nak kene siap2 and kemas2 kan umah. Sebab ade event on 3rd raya. And at the same time ade gak la orang datang umah. Kawan2 adik aku je la.. Kawan2 aku x dtg pun...huuu. Masing2 dah kawin kan... Sibuk la melayan keluarga masing2. Malam tu aunties, uncles n kazens sampai from KL and Slim River. And me...kemas rumah sampai kul 3 pagi. Essookkkkkkkkkkk.....

Selasa, 22 Sept 2009.
Hari yang dinanti2kan tibe jua akhirnya...
Jeng..Jeng...Jeng.....
Aku cover entry lagi satu k...
hehehehe

Rabu, 23 Sept 2009.
Aku duk umah je...Rumah sape pun aku x pegi. Nape ek??

Khamis, 24 Sept 2009.
Aku duk umah gak siang tu...petang baby sampai and lepak2 kat umah jap. Gi umah kak rina sebab ade open house and nak jumpe baby rayyan. So cute and bijak sangat. Cepat sunggu die absorb mende2 yg org ajar kat die...bijak, bijak!
Malam tu akibat mengidam sotong goreng tepung, papa pun bawak la sume org g kuala perlis. Lambat nak mampus servis die...tp sotong punye pasal x kisah la kan. After dinner baby pun gerak balik A.Star.

Jumaat, 25 Sept 2009
Ari ni aku and raksasa comel gerak balik 2 KL. On the way balik tu kiteorg singgah Prai jap, baby nak send assignment kat grup die. Then singgah jap kat Slim River rumah Achik makan laksa and nasi. Kembunggg wei! Jgn gain weight dah ler...ghhee (grin!)..Sampai around 9++ singgah Library UTM jap. Baby ade discussion.

Sabtu, 26 Sept 2009
ape ek aku wat ari ni??...duk umah je kot. Baby ade kelas 1 whole day.

Ahad, 27 Sept 2009
Gi umah abanglong faizal and kaklong Ina. Achik pun ade same. Ptg tu g umah makchor and ayahchor, makan2 lg! Malam tu g jumpe adik amik roadtax!

Isnin - Friday afterwards....Aku raya dalam ofis! Wat kilijeee! =P

Korunk punye raya cam mane plakss??