Thursday, July 29, 2010

Semua Ada..

Assalamualaikum,..

Aaahhhh kembali lega. Alhamdulillah, semua nya dah kembali.
Mama malam ni sampai kat umah...Mr Rasaksa, smlm dah smpai from JB.

Rasa legaaa sgt...x rasa sunyi dah!

Tp tu la..hubby pegi 3 hari je..aku dah siap nangis2 mlm tu. Bkn jauh sgt and lame mane pun, tp ntah lahhh. Mlm 1st Mr Rasaksa call, borak2 jap..aku sempat lg bergenang. Rasanya Mr Rasaksa x perasaan kot. Sebak sbb aku tinggal sorang2. Xde teman nk berbual, xde mende nak usik...seeebbakkk!

Mlm ni rumah akan kembali meriah as sume akan balik including abah, cume adik kat melaka and puncak alam je x balik.


.

Monday, July 26, 2010

Mr Rasaksa is away...T_T

Assalamualaikum,

Huuuuuuu..wuuwuuwuuwuwuuu.....sob,..sob..T_T

Cediy!..Mr Rasaksa xde kat sblah for 3 days, otstaysion...
Malam ni titun peluk bolster tu je laaa...uuwaaaaa!
X trasa adegan ganaz-ganaz Mr Rasaksa...(ooppss die x ganaz pun..sbaliknye saya...=D )

Sunyi nye kat umah...dah ler mama pun kursus,..adik ipar plak keje shift.. ni yang rasa nak lari g umah kazen...

Tp kn....
Sape nak urut belakang yang sakit ni malam2 nanti ??
Sape nak warm me up bile aku kedinginan..??
Sape nak Imamkan solat ??
Sape nak bancuh susu utk saye malam ni ??
Sape nk sapukan anti stretch-mark lotion kat sluruh bdn ni?

Huuuuu...x suke bile die otstaysion...kalo bleh ikut skali xpe la gak!

Malam ni makan sowang2...=(
oohh tidak...my sweetpea ade! =)


.

Sunday, July 25, 2010

Mahu tapi...

Assalamualaikum,

Mahu tapi.......MALU??
Salahhhh...

Wat pe nak malu2 kan update blog senirik. hehehe
Malu la kalo dah berkurun x hupdate..(oowwhh ayat ini utk diri senirik..no offend to bloger out there)

Bukan saya xnk cite kesah hunybabymoon saya tu..atau menempek gambar saya di ruangan mukabuku. Tp masalah nye skrg ni Mr Rasaksa x cukup masa nk upload gambar from itu camera.

Aku x bleh wat senirik kah??...weekkk!
Bkn x bleh, tp malang nye laptop veteran aku ni xde card reader,..external card reader pun dh hilang. Soooo ape harus gua bikin?

Sabar ek sekelian rakyat jelata pumpkin-head. Beta akan coba memujuk Raja Rasaksa utk mengupload gambar itu kemudian nya suntingan cerita basi akan dilaksanakan.

See ya'all next time k...


.

Wednesday, July 21, 2010

Tatapan Bakal Papa - Mr Rasaksa

Assalamualaikum,

Cite kat bawah ni actually dah lame pun. Cume saya copy balik from my friendster blog. Coretan ini khas buat tatapan bakal ayah, abah, daddy, papa, abi, walid dan panggilan-panggilan yang sama waktu dengan nya.

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata…. isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh,minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah
masuk bilik.

Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah
dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.
Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab ‘Kasyaful Mahjub’. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya.

Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconsciu s mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.
Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah.
"Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya.
Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah
dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal,acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.

Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.


Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.
Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat,bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap.

Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar.
Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang Tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang
ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini
lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah ‘mama’nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah
tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah ‘bintang timur’ dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah
tidak lama lagi,akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya.

"Iman Itu Lebih Cantik Dari Sekalian Yang Cantik,
Nikmat Iman Itu Lebih Manis Dari Madu….
dan Memelihara Iman Itu Lebih Sukar Dari
Meniti Sehelai Rambut…"


Soo sweeettt...


.

Wednesday, July 14, 2010

Chhwwiimmmiiinnngggg day!

Assalamualaikum,

Yayyy yippiii yai yai...

Last sunday g swimming ngan Mr Rasaksa. Senaman di dalam air baik untuk ibu-ibu mengandung, ye x?..=p

Dah lame x berkubang bersama Mr Rasaksa. Awal-awal dulu x bleh lg nk ber-exercise ni. Now sweetpea dah kuat so boleh la mula ber-exercise. Tp xde la swim se-hardcore dulu. Kalo dulu bleh laa at least 2-3 hundred meters. Now slow2 je to stretch muscle. Nanti terkejut plak sweetpea dalam peyut mummy ni. Kire ni activity mendugong kan diri la...wakakaka.

Now Mr Rasaksa rajin bebenau bawak wife die ni gi exercise, jalan-jalan at park waktu petang. Insyallah pas ni, every sunday is our swimming day! Tu pun kalo Mr Rasaksa xde kelas la. Die dh start cont class MBA balik after amik 1 sem cuti hunymoon with me..ghheee

Plan for the future, sweetpea pun akan terjun kolam juga mcm mummy die. But sweetpea will start at a very young age.

Macam ni...


amacam??..ada brann??


.

Tuesday, July 13, 2010

Coming Back Safely...

Assalamualaikum,

Haiii sume, saya dah balik!

Saya menjejaki bumi Malaysia jam 12.30 7/7/2010.
Alhamdulillah..akhirnya selamat gak kami sampai.

Ke mana saya menghilangkan diri??
X jauh punnn...deekkaaattt jee! Di bumi Indonesia.

Nak tau saya wat ape kat sane?
Saya ber-hunybabymoon bersama Mr Rasaksa dan meninggalkan 1 kenangan yg horror. huhuhu

Nak tau kisah2 saya di sane?
Tunggu ek..Mr Rasaksa saye x transfer lg gambar2 kami ketika di sana.

Ok..till the next update ya..

Daaa


.