Tuesday, November 30, 2010

Amalan Ketika Hamil..

Assalamualaikum,

Ni ade buah tangan ckit nak share with you all especially pepel who plan to get pregnant or currently pregnant and also to hubby, future dad and daddy out there...

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA HAMIL

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:
  • Sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
  • Sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
  • Jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
  • Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
  • Jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
  • Hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
  • Bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
  • Cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
  • Berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat.
  • Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
  • Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami.

  • Menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
  • Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
  • Jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
  • Hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
  • Apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
  • Berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
  • Jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
  • Jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
  • Jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
  • Jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

Entry without picture...

Wednesday, November 24, 2010

Aku Hanya Wanita Biasa..

Assalamualaikum,

Terbaca coretan ni kat FB and terpanggil untuk letak share ngan sume org..
(dengan harapan hubby I n laki2 kat luar sane pun baca as pedoman)

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
     Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
     Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..
     Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
     Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
     Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku..Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
     Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..


~ once upon a time as a bride/groom ~


Princess Fiona's Feet

Assalamualaikum,

Ooowhhhh Fiiooonnaaa! She's is cute right?? But....



Uuuwwaaaa...T_T see my leg! Now it's looks like hers.
This thing started to happen since masuk 6 to 7 month..



~ ni kejadian smlm ~


~ kakiku aka kaki Fiona ~


Aaarrgghhhh ngeri kann??

Lately kaki ni memang bengkak je selalu. Tak siang..malam!..Tak malam...siang!..Tak pun all the time. Sakit gak la bile di press-press. Especially masa sujud and duduk antara 2 sujud tu..huhuhu. Semalam rasa cam nak nangis je.

Dah wat macam2 untuk kurangkan bengkak. Dah google abis sume petua2 but this feet still gak bengkak. Tp org cakap pembawakan budak memang macam tu. My palm and fingers pun dh bengkak2 ni, and I dah tanggalkan cincin tunang n cincin kahwin I sebab jari dh start rasa sakit. Yang jadi tukang urut nya of course la Mr Rasaksa. Lepas semahyang je aku suh die urut. Sapu la die ngan minyak panas bagai...untuk kurang kan bengkak ni. Surut la sedikit...

Apepe pun aku kene la byk2 bersabar. Lg pun tinggal bape minggu je lagi si kenit ni nak kuar. Name baby pun dah di senaraikan, cume nak pilih yg mane 1 tu belum decide lg. Mungkin 2 patah perkataan...



__________ __________ bin Fakhrul Amzari



Ps: Agaknye aku call die Mr Rasaksa kot kene kat aku balik Mrs Rasaksa. Sib bek x ijau je lg! =p



Tuesday, November 23, 2010

Antenatal Class..

Assalamualaikum,

Pheeww!..Minggu lepas minggu check up je. With An-Nur & KK.

Ari tu check up kat KK dapat hadiah best punye from nurse. And this time die cakap untuk baby but mummy on behalf kene amik untuk baby. Guess what it is?....It's an injectiiooonnn! Ouch..stil feel numb on my left hand. Since it's for baby so tahan je la. =p

Anyway me now 34 weeks preggy. Rasanya x terlewat lg kan for me to join Antenatal Class?..Before this ade gak ngushar2, and mostly kene bayar RM100 and above. Kalo ade pun yang murah hospital kerajaan. But me syukur dapat wat free ngan An-Nur.

Here is some information.


Kalo nak tau mane2 lg tempat yang wat antenatal class ni bleh check kat dalam paper Utusan bahagian Kesihatan. The rest you can google..ngeh ngeh ngeh! =p

Ps: Tok Papa nak datang lawat mummy-daddy-baby! =)

Monday, November 22, 2010

Hensem like Tok Papa..

Assalamualaikum,

Amacam title?..hehehe
Actually ayat tu from my baby to his's tok papa.

Almaklumlah tgh2 preggy ni, giler tgk barang2 baby kat online shop. Rasa cam nak rembat je sume. For baby new born dh settle, now dah berangan for baby 6 month and above. Waaahhh x nyempat sungguh kan mummy nih. Si kenit ni belum lg kuar. ngeh ngeh...xpe! Biase la kan mummy s/excited!

Ok lets move to the main story here....

I like one set of rompers from Layla Citra Boutique. The person who sell this is my senior and my dad's staff. Kalo nak di ikutkan sama je rompers ni kat website len2 but I think the price is quite reasonable and I knew her so buying from her is worth it. Tolong die bisnes! =)



~ Aeroplane Romper


~ Set Romper ~


Since I want the rompers so bad as a gift so this is what I asked kak rina to do.

Put the item on my dad's table with the note below...

" Dear Grandpapa,
       your little grandson really want this clothes coz I'm gona look hensem like grandpapa if I wearing it. =)...I saw this tru mummy's eye...And it's so adorable...or else u can ask grandmama to buy it for me!..."

plus..

"And I asked mummy to ask sweet Auntie rina (kak sal) to send it to u...Dont let me down Grandpapa"

last but not least...

"...baby nak look hensem cm tok papa..so kene la beli baby rompers Auntie rina nih."

Kak rina: Capt cakap "pandai hang naa wat bisnes"...

hehehehe

And alhamdulillah, akhirnya Tok papa beli kan set rompers tu untuk baby. Bisnes kak rina berjalan seperti biasa.

Baby sayang tok papa!

~ gambar tok papa & mummy ~


ps: Capt is gelaran to my dad. most of his fren will call him by that nicks coz he's an ex army officer.

Tuesday, November 16, 2010

Done & Not Done!

Assalamualaikum,

Ingat nak hupdate blog semalam, tp I tersangat laa Mim-Alif-Lam-Sin. And xde mood sama!..
So pending la posting semalam. But this time I wat entry berganda cover cite weken skali.

Start ngan cite weken la ek..

= Sabtu =
I pegi Pureen warehouse sale kat PJ with Mr Rasaksa. Die siap ponteng lagi kelas pagi tu semata2 nak temankan I. Sebab I ckp, org ramai nanti kalo jd pepe kan susah. Ye laa kn, warehouse sure ramai org. Suasana yang panas, bau peluh, adoii. So ponteng la temankan minik mengada ni. Sampai sane tgk2 memang dah ramai orang. I terus je sambar Shopping Ikea tu and masukkan barang2 yg I memang dh target nak beli. Since bahagian toiletries kat depan so sambar je cepat2. Then rush to baby's garment. Masa tgh jalan nak ke bahagian garment tu tgk kat tepi2 koridor ramai org duduk pilih2 baju and letak dalam kotak. Waaahh bagus sungguhkan org2 ni berbisnes. Pas ni jual dable triple from ori price which is more than RM8..for me sound a lil bit selfish. Sian kat org yg under budget! (cam I ni!) Since nak beli basic je why we need to waste right? Sedikit frust la dtg warehouse nih...

=Ahad=
Sepatutnye Mr Rasaksa kene g klas 9am - 10pm. Lame giler k kelas die. Kalo die ade klas cam ni selalunye I cam toya je la kat umah xde mood. But die pegi langsung, sbbnya nk siapkan asignment selambak. Malam sebelumnya tu dh kelam klibut gak. Sambung balik pg ni. I pg2 lg dh kuar bawak adik2 die g swimming. Balik tu ingat die dh lesap la, skali baik punye duduk ngadap laptop. Tp kesian...file die asyik corrupt je. Kene redo a few time. Tu la dugaan belajar...Xpe dear, next year dh grad! Bleh bawak baby grad skali! =)

=Isnin=
I ade check up ngan An-Nur hari ni. Since plan nk deliver kat situ so syaratnya haruslah at least 2 kali check up kat situ. Dr Khamsiah memang best, rs cam mak2 je (tibe2 tingat kat mama, smlm x call2 balik pun). Aku rasa confident ngan doc ni. X rasa takut dah...or risau. Dr ckp masa check up semalam keadaan kepala baby dh kat bawah. Then die ukur kepala baby, ukur perut baby and paha die. Sume ok, normal! Then doc cakap air ketuban pun banyak and uri sihat. Alhamdulillah...lega~..And aku mintak tolong die fill up borang check up for me to apply insurance PruMyChild. So alhamdulillah dah setle, just tunggu kawan hubby process the form. Insurance ni bagus, bleh cont as his education plan. Me and Mr Rasaksa pun dh apply last 2 years kalo x silap. Skali aku teringat klas antenatal, ari tu nak g kat KJMC tp cam mahal. Refer kat SusuIbu xde plak ads die. Alang2 An-Nur offer for free so register skali. Last class for 2010 is Dec 5. Relief as everything is done!

PruMychild => done!
Antenatal Class => done!
Barang Baby & Me => half done!

Kat bawah ni barang yang I plan nak beli...



~ Medela Freestyle (booked) ~
Breastpump ni wat bayaran ansuran so di jangka by the time nak bersalin nanti baru dapat.



~ Diaper Bag with Changing Mat (done! walau pun x sama)~
Yg ni surf kat Mudah je, and berkenan ngan kaler die. But then masa Pureen Warehouse tu ade plak blu flower power. So amik je la yg tu. Yang ini tinggai dalam kenangan..=p



~ Moses Basket (dalam planning) ~
Ok for this want I nak my baby sleep dalam ni je. Since bilik kiteorg cramp (kecik!) nak letak baby crib adelah sangat tidak berbaloi. Yang dalam gambar ni hanyalah contoh. But the one yang I plan to buy is at Jusco. Senang ade roda bleh heret menatang tu keluar/masuk dr/ke bilik. Dah besar ckit plan nak ganti ngan play pen je. Since mende2 ni cam murah and nak beranak lg, I think xpe kot beli mende2 alah nih.


For stroller and car seat masih lg under survey. Tunggu die keluar dulu la then baru decide, let him choose hehe. Barang2 accesories len for baby we put on hold. X perlu nak abiskan sume ari ni..sebab ari2 esok pasti nak pakai lg banyak duit. (hubby punye advice)

My next check up with KK is on 18th Nov and with An-Nur on 29th Nov.

"Thanx baby for listen to mummy, you didnt turn ur head to upside. If not we gona be in Big Trable!" =)

Thursday, November 11, 2010

Life as we know it..

Assalamualaikum,

Last night wonderful dapat berpoya-poya ngan mr rasaksa.
Bukan pe, now I dah 8 bulan. Pas ni xtau larat ke idak nk berjalan2 lg. After deliver baby, wajib perintah berkurung 44 hari. And later sibuk plak nak jaga anak. Entah bile dapat date berdua kn.

Plan just nak tgk wayang kat JJ CS a day before. Since time die 7.15 so x jd la booking online. Bukan pe nanti burn plak tiket tu sbb kene amik 45 mins before show. I balik pun sampai 6.30. Then tunggu hubby lambat sangat. Bukan x pesan, bukan x msg suh balik awal ckit...tp sampai lambat gak..T_T. Terus termerajuk kat situ. Ye la kan..nk terkejar2 beli tiket lagi, nak semayang maghrib lg. Adoii..rasa cam xnk g je..

Rasa cam nak nanges je. Dh lame nk tgk cite ni tp because of certain things terpaksa delay. And kat JJ CS last night is the last show. Nak g cinema len cam jauh. Plus hubby ade class plak, so bile lg kn! Almost nak menitiskan air mata, then Mr Rasaksa said "Cepat siap!". Ape lg terkedek2 la mak buyong ni bersiap.

So semalam sempat la layan cite ni. Masuk hall dah start ckit intro die.
Amik plak couple seat, bleh landing2 kat kat Mr Rasaksa. Sambil2 tu die usap2 perut ni. A sign for baby to behave in mumy's tummy.


~ Life As We Know It ~


Cite die ssooooo swweeeettt! Sangat comel. Pandai betul baby Sophie tu berlakon dengan mimik muka.

After movie, kiteorg g shopping barang2 rumah. Almaklumlah, mak abah xde. So I have to take care everything.

Thanx for hubby...tahan sabar dgn kerenah minik die sowang ni! Walo pun smlm almost nk gaduh ckit.

If ade cite best pas ni, b4 bersalin nk g tgk...boleh ye dear?!!


Wednesday, November 10, 2010

Drooling for this...

Assalamualaikum,

Ntah la tibe2 rasa nak makan mende2 ni...tp xde la mengidam teruk2 sgt smpai "kalo x dpt adinda nak terjun lombong!!"..=p

Kalo dapat, memang heaven laa. Tp sepanjang pregnancy ni alhamdulillah hubby melayankan aje.


~ Cempedakkss ~

Buah ni memang feveret...sangat best sama ada di makan mentah mahu pun di goreng...nyum nyum


~ Harum Manis ~

Buah ni xleh wat pe sebab die ikut musim je. And hanya ada di Perlis, negeri Beta! Sib bek ari tu dh makan...


~ Lamb Chop Mint Sauce ~

Yang ni...sslluurrppp (hirup air liur senirik!) memang tempting abis. Kesedapannya bersama mint sauce yg masam2 itu...


~ Sashimi ~

Haaa ini lg satu...kalo g Japanese buffet memang aku akan mengadap mende alah nih je. Sodap! Tp sure sape yg x penah cube rasa nak muntah makan raw fish ni kan...


~ Oyster with Lemon ~

Haa sape suke ni angkat tangan? This exotic taste always stick in my mind. Kalo kene yg busuk memang x lalu..tp kene yg freshh fulaammaakk! Perah lemon ckit & tobasco sauce then sllluurrppp!...nyuummmyyy! =D


~ BBQ Ribs ~

Yang ni memang sedap x terkira. Kene plak panas2 and suace bbq die meleleh-leleh kat daging tu...it's more than finger licking good ok. Culd be plate licking gooodd...


Ermm kene tunggu gaji next month la baru bleh g enjoy mende2 alah nih... So tempting yet so irresistable...=D

Pureen Warehouse Sale 2010

Assalamualaikum,

Nak share something with mommy to be out there...


I'm gona be there on that day...nk completekan certain baby stuff! =D

Farewell to you..

Assalamualaikum,

Such a gloomy day. My boss has left the company. His ofis is already emptied. He is actually my 3rd boss since I started working here.

Thanx to him for teaching me lots of thing about IT business, client oriented, project management, making tender and etc. He's being so considerate and passion to teach people under him.


We (x-staff) will pray for your successful career out there.



Sunday, November 7, 2010

I've decided!

Assalamualaikum,

Haa ini entry yang sepatutnye post dulu2. Tp up entry banjir dulu sbb stil hot. Now up balik cite basi tp still hot.

Setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Mr Rasaksa. Saya isteri kepada Duli ini ingin mengistiharkan bahawasa nya tempat yang bakal si Isteri ini iaitu SAYA, melahirkan bayi hasil hubungan kami (acecece ntah pepe ntah!) di Pusat Rawatan Islam (PAKAR) ANNUR, Bangi.







Ni package bersalin yang AnNur sediakan.



So sape2 rasa nak datang melawat saya nanti, or rasa nak beranak kat sini gak..sila2 la ke An-Nur.


Thursday, November 4, 2010

Best Blog Award..

Assalamualaikum,

Bangun pagi-pagi, lepas settlekan persiapan si suami terus I bukak blog. Got a message in the box telling me that I was awarded Best Blog by Shidasaje

Thank you dear for your award!





Never knew blog ni best. Blogging for hobby and sharing something with friends out there...

And I'm gona pass this award to....

Maybe next time...hehehe =p


Wednesday, November 3, 2010

Sink or Swim?...part II

Assalamualaikum,

Gambar-gambar di bawah merupakan gambar update dari papa di waktu tghari.
Entry Sink or Swim? menunjukkan gambar bahagian hadapan rumah parent saya di waktu subuh/pagi.

Now dah masuk tengah hari...


~ bahagian porch depan rumah ~


~ bahagian depan umah chalet sblah umah parent ~


~ bahagian depan umah chalet ~


Gambar ni papa yang message tghari td. Teruk gak nanti nk cuci2 ni.

Sink or Swim?

Assalamualaikum,

Update terkini banjir di kawasan utagha.
Well my parents stayed in Perlis. And now Perlis & Kedah sedang mengalami musim banjir. And di jangkakan kali ni lebih teruk dr last few years.

Eventho ujan dah benti tp air naik semakin tinggi dan tidak ade tanda-tanda surut. Ini mungkin berikutan banjir yang turut dialami oleh negara jiran, Thailand. Hadyai sedang mengalami banjir yang agak dasyat di mana pelancung-pelancung terperangkap di hotel masing2. Operasi menyelamat sedang giat di jalankan.

Laporan dr mix source!



~ pic credit to papa ~



Ini lah rumah parents den di Perlis. Tenggelam ckit laa. Sib bek ade rumah chalet tu. Boleh gak simpan barang2 penting. Now my parent and angah check in hotel. Kuala Perlis masih lg kategori selamat. Sib bek ayaq laut x pasang...boleh tenggelam perlis dr map malaysia..subhanallah!




Tuesday, November 2, 2010

Cover Story...

Assalamualaikum,

Kali ni cerita last few days..
Mcm biase activity weken.

Last week more relaxing ckit laa..bleh bersantai relax-relax..

SABTU, 30 Okt -
I went to Naza's Son Beday, Shidi. She is my hubby's fren masa bljr kat Japan dulu. And she is also owner of Qreazant-Rent a Book. I knew her a few years ago. Since I suke baca, my hubby kenalkan dengan die. She is nice and so friendly. Tempat die best, santai. Bleh baca novel, magazine and tgk tv (dvd,cd). Rasa cozy la lepak kat situ. Feels like home.

Masa beday ari tu, kiteorg (me and hubby's lil bro) sampai lambat. So event pun dah almost at the end. But pg tu die ade wat majlis doa selamat for her future-babyborn and untuk keberangkatan die ke Japan, Jumaat ni. And also celebrate sempena die abis wat master. Consider everything in 1 la. Sempat la borak2 ngan die a few things. Die bakal menimang cahaya mata ke 2, baby girl which is due a day after mine on 4th January 2011. Best die, x lame lg ade sepasang baby. Beday Shidi tema die Thomas the train, so pg tu sempat la jugak mencari hadiah utk shidi. At first xtau gak nk pilih yg mane, coz selalu hubby ade sekali and we decide together. But since I'm alone so I pilih la this Thomas the Train toy suit for todler 2 years ++.



~ Thomas the Train Cake ~


~ Balance lauk2 kenduri ~


After balik from beday party, singgah jap kedai barangan plastik. Ape lagi, beli barangan baby la. Beli bathtub and raga baju baby. Lepas ni harus lah beli almari plak! And masa ni la terserempak ngan kucen gebu. Walamakwehh ekor die perrghh...geeraaammm sungguh! Tp orang kate pegnen2 x elok sgt men ngan kucen. Penah tgk kucen bulat telinga ketepet (mcm kucen doraemon xde tinga) bulu tebal kat FB my kasen. Rasa cm nak beli, skali tanye ingat kan beratus rupenye beribu. Rege die RM4000++. Errkk...thank but no thanx la. Baik mummy beli barang best2 untuk baby kannn...

And petang tu plak, daddy bawak mummy monnchhett ini pegi senaman ringan kat Bangi. Saje jalan-jalan amik hangiinn sambil melayan aksi org2 kat situ. Jalan-jalan kan bagus utk org mumy moonchet ni, supaya senang nak bersalin nanti.

AHAD, 31 Okt -
Pagi2 lagi dah bangun. Daddy bersiap2 pegi kelas MBA nya. And mummy plak bersiap-siap ke kolam renang. Bawak adik2 beriadhah. Ingat nak swim gak masa tu, tp rasa cam x larat je. Myb next time kot jd the real mak dugong...hehehe.

After swimming session ingat nak baking. Tp sayang en mahMOOD telah menghilangkan diri. So saya menghabiskan masa dgn beristirehat dan mengemas bilik sahaja.

ISNIN, 1 Nov -
I've already make my decision. This is the place where I'm going to deliver my baby.
(will be in my next post)


Monday, November 1, 2010

My Water Broke..

Assalamualaikum,



My water broke??....naaaaa!

Just kidding.

Anyway this is one of a joke that we made together.
For me it's funny when hubby spontaneously sampuk my keluhan actually.

A few days ago we went out for a walk at a park in Bangi.
After a long walk (exercise for mummy) I tend to jalan like penguin.
Maybe penat...

Selalu I make a joke like, "Can you help to carry me on ur shoulder?"
Alaaa yang dukung kat belakang tu. Dulu hubby selalu dukung cam tu
especially bile dh x larat jln kat park (before pregnant la..lps pregnen x dapek !)

But this time I still want him to carry me...
So I said, "Daddy,..my water broke! Can you carry me??".

And suddenly he feedback, "Leerr yang mummy kencing tu wat apee??"
Adoii..bleh wat lawak plak die ni. Siap bleh continue lagi..
"Sure kalo check doc cakap, kamu terkencing je ni..bukan nk bersalin lg!"

Ini la die..part menyegalkan!
Terus x ingat pasal letih and nk suh die dokong.
Menonong-nonong la kiteorg jalan g ke kereta..

Next time daddy akan bawak mummy jalan2 lagi...kn?



from google