Fakta Tentang Baby

3:01 PM

 Assalamualaikum w.b.t,

Just nak share this facts about baby.

‎16 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU


# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
# 4 dari 10 bayi mempunyai tanda lahir. Nazhan ade kat bontot.
# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya
oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik. Patut la selambe Nazhan belasah 2-3 ulas droyan
# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi. Daddy Nazhan selalu dengarkan waktu malam since dr dalam perut.
# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya. Better ajar Nazhan sekarang.

Resource from Persatuan Ibu-Ibu Mengandung

You Might Also Like

0 baby's note!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images