Monday, August 25, 2014

SMS Rezeki Susu Nazhan

Assalamualaikum w.b.t,

Nak cerita tentang sesuatu yang tak di sangka-sangka...Rupanya Allah murahkan rezeki Nazhan.

Nak dijadikan cerita dalam 2 minggu yang lepas aku ada menerima message. Message ni macam random lah from certain number mengatakan kalau aku reply sms tu dengan perkataan yang dia sediakan aku akan dapat bekalan susu percuma untuk 1 bulan setengah. Dan hanya untuk 300 orang sahaja. So aku dengan selamba badak tanpa rasa berharap pun balas la sms tersebut. Dan sedikit hampa bila tidak menerima sebarang balas. Ye la kan..selalunya dia akan balas dengan ucapan terima kasih untuk penyertaan tersebut. Ini nan hado. Kosong!

So aku dengan tindak balas reflex berkata dalam hati, "mudah tertipu jugak aku nih!! Tapi tak apa lah. SMS baru seposen je gugur"

**sorry sms tersebut dah delete.

A few days after that, masa tengah sibuk-sibuk kat tempat client skali call masuk. Puan tu beritahu aku yang sms aku tu adalah di kalangan 300 orang tu. Terkejut jugak. Bila fikir-fikir balik, aku ni dah register apa sampai diorg bleh simpan dalam database and sent sms. Alhamdulillah...dia suruh datang ambil antara 22-29 August ni sahaja. And masa call tu dia update la details dalam sistem die. So below ni adalah sms aku dapat as pemberitahuan tentang pengambilan susu tersebut.


Semalam lepas pergi beraya rumah sepupu suami kat batu 10, kiteorang gerak ke Bandar Sunway. Masa sampai tu, tak tahu la pulak kan yang kita sebenarnya kene inform diorang terlebih dahulu yang kita nak pick up pada hari-hari tersebut. Tapi dia bagi aku kelonggaran dengan syarat aku tunjukkan bukti. After fill up form terus angkat satu kotak.

Tadaaaa 1 kotak susu..

Dalam kotak ni ada 12 kotak kecil. Macam gambar bawah ni.

Stok 1 Bulan Setengah.


Khasiat pada susu

Merasa jugaklah Nazhan minum susu mahal. Sebelum ni minum AnMum & Dutch Lady je. So untuk sebulan setengah ni, cuba this milk, meh kita tengok perkembangan beliau.

Expenses susu untuk Nazhan bulan ni kita pindah kat adik, I suh parent beli kat kampung je kebetulan dah diorang nak datang sini. Harga susu kat sana mcm murah ckit.

Thank you Wyeth, FB Wyeth for the gift!

2 baby's note!:

Julia Johari said...

Alhamdulilah....murah rezeki...syukur ya Allah...hanya dengan reply mesej sahaja dpt rezeki yg tak disangka2...ini nama yer durian runtuh...yeyyy

Nadiah Hanum Wahab said...

Salam perkenalan dari blog Chocolate Mocha/nadiah245.blogspot.com...anak Cik Nad pon minum susu ni jugak! Hehe...bestnya dapat gift camni kan, tahniah.

Post a Comment