Sunday, September 14, 2014

It's Happening Again!

Assalamualaik w.b.t,

Again!

Ku baru nak active berblogging semula. Namun apakan daya. Kerja di office bagaikan menimpa-nimpa.

Rumah pun macam tak terurus, ape tah lagi dapur. No operation at all, #FasZKitchenTemporaryClose

Suami and anak-anak sedikit terabai, tapi tetap di beri perhatian sewajarnya.

Cuma satu je yang goyah, masih belum diperbetulkan. Mampu ke tidak, urusan Allah!
Saya tunggu masa yang sesuai.

Aku sendiri pun terasa terabai...
Mandi pun sekadar memenuhi syarat mandi...tapi bukan mandi cowboygirl ya. Cuma tak mampu untuk memberi perhatian yang lebih detail.
Makan pun memang belasah gak, plan tak nak telan nasi. Ku stress maka ku telan juaaa...burrpp!

Lain-lain tu,..macam tongkang lahhh. Rimas sebenarnya...tapi tak mampu lagi nak memberi fokus di rumah. Mungkin setelah selesai kerja ni.

Ni pun berhenti seketika. Rasa nak muntah dah mengadap dokumen yang perlu diperbetulkan. Dah belajar cara-cara membuat paper master/phd (maklumlah user is high educated). Boleh apply kot pas ni......harapan!

OK lah...dah Maghrib. Nak bersiap untuk mende lain plak...before kembali mengadap dokumen ni. Esok mesti kene siap...WAJIB! Tak boleh tidak. Doakan Allah buka pintu hati dia untuk terima semua dokumen-dokumen saya.

10 dokumen dah submit. Ada lagi 7 dokumen masih perlu semakan dan diperbaiki. Berkemungkinan juga akan di suruh untuk semakkan semula.

Ku harap semuanya berakhir pada minggu ini. Doakan...tolong doakan!

Aminnnn~



1 baby's note!:

IbuNoey said...

eh,samalah kita..IbuNoey sekarang pun tak menyempat nak kemas rumah..dengan kesihatan yang tak mengizinkan..

oh ye, anak IbuNoey dah lama tak minum S26.sekarang dia minum Dutch Lady..

Post a Comment