Tuesday, September 1, 2015

Tips Hantaran Buah-Buahan Berkilat

Assalammualaikum w.b.t,

Feuhh...Alhamdulillah. Hari ni semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sabtu korang cam mane plak? Harap semua baik-baik saja.

Okay kali ni ada satu menda yang aku nak share. Tapi tak tau la kan sama ada ramai dah tahu ke belum. Kalau dah tahu bagus. Kalau belum tahu meh sini nak bagitau.

Entry ni aku dedicate for those yang tengah wat preparation nak kahwin.

Normally dalam hantaran orang mesti selitkan makanan & buah-buahan. Yang menjadi isu nya buah tu kalau tengok macam tak cantik, kabut je warna nya. Ada sesetengah gambar or dalam iklan gambar buah cantek giler. Rasa nak telan dan-dan tu jugak. Dengan berkilatnya, warna pun menonjolkan. Nampak fresh dan menarik perhatian.

Banyak entry yang aku baca, kebanyakkannya sapu minyak nak bagi berkilat. Hmmm kalau aku makan buah berminyak ni aku akan rasa lain macam. Maklumlah kan kalau kata dah bertukar tangan tu, lepas je majlis sedara-mara suma pakat hurung hantaran ni. Maka petik2 makan lah masing. Tapi sure rasa pelik ngan minyak. Mana rajin basuh tu bagus lah..mana yang tak?...hehe

Kalau kita tengok buah untuk hantaran normally kita akan letak limau, epal, anggur, pear, plum, strawberry, pisang kaki, buah kiwi & lain-lain yang bersesuaian. Tak pernah lagi lah aku nampak orang letak buah kelapa, cempedak, nangka or tembikai. Tembikai berukir tu lain lah, yang macam hotel tu. Cantek je. Ni tak ko letak sebijik bodo cam tu je atas dulang. Sure nampak kelakar kan. Hehehe...

credit to Eira

Cara paling mudah untuk kilatkan buah tak perlu pun sapu ngan minyak. Yang perlu korang gune hanya tuala dapur yang bersih atau tisu dapur tu. Buah macam epal, pear selalunya coated dengan wax. So korang hanya perlu gosok je buah tu sampai berkilat. Anggur pun sama, tapi jangan la beli jenis yang dah lembik tu, sure masa nak gosok ngan tisu tu dia pecah. And bukan sume buah kene berkilat ye. Selalunya yang import ni almost ke semua nya coated ngan wax. Kalau local fruit ni ok je.

Bawak ni contoh gambar saya,

Kiri: berkilat. Kanan: kabut dengan wax.

Buah ni saya gosok di ofis gune tisu dapur. Memang habit kalau saya nak makan buah, after gosok ngan tisu baru saya basuh then baru makan.

So lepas ni boleh la cuba. Hanya gunakan tuala dapur atau tisu dapur untuk kilatkan buah. Kalau untuk decoration berkilat-kilat macam ni pun cantek. Terliur terus nak makan buah...

Selamat Mencuba.


Thursday, August 27, 2015

Jangan Lupa untuk Syukur

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillahhh....

Segala puji bagi Allah...Tuhan semesta alam...
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Yang menguasai hari Pembalasan...

Hanya kepadaMu...Ya Allah...
Kami menyembahMu..Ya Allah...
Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan....

Tunjukilah kami jalan yang lurus..
Iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka...
bukan jalan mereka yang dimurkai...
dan bukan pula jalan mereka yang sesat....

lirik: Segala Puji bagi Allah.




Sesuatu yang indah sedang berlaku.....




Jangan kita kufur akan sesuatu nikmat yang Allah kurniakan...

Ucapkan syukur tanda terima kasih atas kasih sayangNya...

Amin...



Friday, August 21, 2015

It's Movie Night!

Assalammualaikum w.b.t,

Weeeehuuuuu at lasssttt....

And we already have plan tonight. It's movie with family. My SIL & MIL also join us. It has been long time we have not watching movie together. Even my children last movie was the Super Squad. Yeaaa I know,..long time already. I did planned for Minion but do not know why it did not happened. I will download and watch it with my kids later.

Since the new cartoon has been released yesterday, I was sooo excited. And I saw a post that my friend has brought her daughter to watch it. Last night I told my sis-in-law, "Why not this weekend we go and watch movie together?". Today I make it happened by bought a ticket on-line.

We have a few choices of cinema around our area like Cheras Selatan, Cheras Sentral, The Mines, Alamanda & IOI City Mall. But since my husband never been to IOICM so I will bring him there tonight.

Buying tickets through Golden Screen Cinema is so easy like 1 2 3, A B C. All you got to do is register with the cinema website and have on-line bank account.

EASY GUIDE TO PURCHASE CINEMA ON-LINE TICKET.
1) Sign up / Log in the cinema website.
2) You can review by a cinema (branch), movie, & showtime.
3) Select which cinema, movie & showtime you want.
4) Select your seat and proceed for payment.
5) It will direct to on-line bank account & make payment.
6) You can print the ticket and bring it to the movie.

Wallaaa...easy right. Last time once you made on-line booking you must be there early to pick up the ticket at the counter. Now not any more.

Back to what we are going to watch tonight....hmmm

Wanna guess??

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/

We are going to watchhhh....*drumm rolllssss*

\/

\/

\/

\/

\/

INSIDE OUT


See all those sweet lil creature is really adorable.

Ever wonder..... where all those emotions really live??

Now lets us watch the trailer...


Aaaahhhh does all the characters look like-you-wanna-squeeze-them??

Come get to know the characters...


This is are the feeling that we have inside us. Some of them you must know how to nurture and control them.

My children does not know about this plan. But I'm already excited to watch it. I believed...strongly believed they will scream when they see this. And I wish they will behave in the movie. Perhaps popcorn and some other food will help them..huhuhu.

I will review this movie after watched it...perhaps tomorrow if I'm not that busy. hehehe..

Anyway..I wish you all have a great weekends.


Daa..

Tuesday, August 18, 2015

Hai Blog.

Assalammualaikum w.b.t,

Dah tak tau nak mula kat mana. Dah tak tau macam mana nak bercerita. Dah tak berapa nak active blogging tapi rindu juga nak blogging. But do not worry, I masih blogwalking kalau ada kesempatan.

Seronok membaca review, pengalaman dan pelbagai cerita kawan-kawan.

24 hours pun tak tau habis kat mana. Nak kata sangat produktif, tapi tak juga ke mana-mana. Hmmm bad time management I guess.

Blogging was fun last time...now anak dah dua, dah ada rumah sendiri makin banyak nak handle, makin banyak perlu diselesaikan. Blog terus tergantung tanpa berita.

Tapi ramai lagi yang berblogging, rakan-rakan grup FB masih active mencerita kan segala-galanya. Ada jugak tak bertahun tak update. Some dah pun lost contact, maksudnya dah lost perkembangan. At least kalau blog tu tau la kan perkembangan life memasing.

Mungkin I kena cari balik semangat blogging yang hilang tu.....*pi mana la En. Mahmmoood ni??!!*
Mungkin juga time management pun perlu dirapikan lagi. Masih lagi tunggang langgang.
Ni pun dah nak pukul 12am, tak reti-reti lagi nak off lappy. Esok bangun pagi mau ada yang tersengguk-sengguk nanti.

Ok lah semua...sampai di sini sahaja coretan yang mampu dikarang. Esok-esok kalau ada modal lagi kami sambung.

Good Night!

Friday, May 15, 2015

Kelas Berenang

Assalamualaikum w.b.t,

Perkongsian hari ini,


Pada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak kelas berenang.
Kelas:
# Aqua Baby Class - 6 bulan hingga 42 bulan
# Children Class - 4 tahun hingga 11 tahun
# Dewasa (Lelaki & Perempuan) - 12 tahun ke atas

Hubungi:

Zihan Zamberi
Swimming Instructor
zihan@mykite2u.com

Saturday, May 9, 2015

Sangkaya Homemade

Assalamualaikum w.b.t,

How was your Saturday?

Well yeahh..jarang I nak update blog on weekend. Normally my weekend habis macam tu je. Every weekend I work at the pool. Saturday from 10-11am & evening 4-5pm and on Sunday 9-11am. Of course it was tiring some time, but I really enjoy it being in the pool with the kids.

As usual abis kelas and siap-siap bagai kul 12pm lebih baru sampai rumah. I make sure I beli lauk ke or any meal for lunch. Dah keje pagi cam tu, mana sempat nak masak lunch. Unless if hubby and kids can wait to have late lunch tak pe lah. Tapi cam mana pun kesian gak kan. Nak tunggu bukan sekejap. So the best is to buy, senang and mudah. Balik masak nasi  je.

Actually dah lama nak upload pasal Sangkaya ni. Almaklumlah kan kat luar sana tu memang trending abis ais-krim Sangkaya ni. Sebelum tu ais-krim pasu. Tapi jangan lah ingat entry ni boleh menggugat or mencantas business di luar sana ye. hehehe. Korunk punye sedap lagi. Selalu gak la wat Sangkaya sendiri kat rumah. Senang je...

Bahan-bahan dia mudah je. Boleh didapati di mana-mana pasaraya atau kedai runcit Pak Ya.

# Ais Krim Perisa Kepala Kelapa. (Jenama Magnolia)
# Isi Kepala Kelapa
# Lain-lain topping - Nestum, Jagung, Kacang



Saya letak Strawberry untuk exaggerate the look. hehe. Tapi bila di pikir kan balik, kalau letak Harum Manis bersama ais krim kelapa lagi marveles kot...huuuu

 Cara-cara:
1. Scoop-kan ais krim kelapa ke dalam mangkuk.

2. Letak kan isi kelapa di keliling ais-krim. 
Atau letak isi kelapa dahulu baru letak ais-krim, pun boleh.

3. Kemudian taburkan topping (Nestum, Kacang, Jagung etc)

Waalllaaa siap seperti di bawah...

Sangkaya yang tak berapa nak kaya...

I understand, yang ramai anak kadang tu tak mampu nak beli. Kalau anak sorang ok la kan. Boleh kongsi sekali mak pak. Ni kalau kata anak berderet, nak kongsi pun dapat ape sangat. Kalau homemade ni ramai cikit boleh makan kan. Almakluma je la, satu Sangkaya almost RM10 okay. And korunk pun boleh serve Sangkaya at any time or maybe masa birthday party, kenduri kendara dan sebagainya dengan budget yang rendah.

Selamat Mencuba...mudah-mudah ia mampu membantu kita untuk tidak jadi Sang-Miskin. =D


Friday, May 8, 2015

Penjaga Lipas

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Jemaat...

Kali ni nak cite pasal anak teruna sulong. Dia ni betah sikit bercakap. Kau cakap pergilah macam mana pun nanti pandai dia pusing balik. Dan disebabkan ayat tungang-terbalik mix with perkataan yang entah apa-apa buat orang mengekek gelak.

Last night sebelum tido, dia akan pergi kencing dulu dan pakaikan dia pampers. After that dia akan baca doa tido dan beberapa surah lazim. Surah lazim ni yang biasa kita guna dalam solat. Biar tak kenal huruf janji boleh hafal dulu. Alhamdulillah selesai baca doa dan surah bagai, dia akan tido.

Nak dijadikan cerita malam tu, hubby tido kat bawah dengan anak-anak. Yess, anak-anak tido tilam queen kat bawah. Senang dia golek macam mana sekali pun tak jatuh. Paling win pun ko akan gelak bila dia tersangkut bawah katil. Haa yang ni akibat remove bolster yang mummy die sendal in between ruang bawah katil dan tilam tu. Selalunya si adik la, maka adakalanya kedengaran rengekan si adik takleh nak panggug kepala akibat sangkut bawah katil. Mummy tumpang gelak je la dik.

Okay continue cite. Malam tu adik naik tido ngan mummy kat atas katil. After golek-golek, guling-guling cari spot adik pun senyap. Tetibe si abanglong pulak nak tido selit bawah ketiak mummy gak. Maybe ketiak mummy sangat wangi malam tu. Maka menyelit la dia. Selalunya mesti dia cakap, "Nak tido ngan daddy la".

"Ajan, nape tak tido ngan daddy?. Sian daddy tido sorang-sorang tu. Ajan pergi la teman daddy", ujar ku. Bukan pe, nanti dah tido penat nak ngangkat die turun kat tilam.

Dengan selamba dia jawab, "Alaa tak pe laa. Biar lah daddy tido kat bawah. Daddy kan jaga lipas".

Kah kah kah kah....sejak bila pulak la bapak ko jaga lipas ni Nazhan oii. And yes, nazhan ni penakut lipas sikit. Kalau tengah kencing dalam bilik air tu and tetiba lipas kuar, terus kalang pukang lari keluar.

Haa ni joke Lipas jadi Babi...so kene samak la ek.."Eh babi betul la lipas nih"...kakakakaka


Thursday, May 7, 2015

Bila 3 jadi 5 dengan apps

Assalamualaikum w.b.t,

Feuhh..Bulan Mei sudah. Sekejap je dah Mei. Rasa macam 2-3 hari lepas sambut new year. Ceeeyy..acececeyy..ayat mukadimah blog yang sangat cliché. Hahaha tak agak-agak kan...

Actually baru lepas blogwalking ni...almost 4 a.m now and I'm blogwalking. Penangan CB Hazelnut Latte la ni. Tetibe terlebih sugar syrup, balik rumah aku tambah plak ngan Indocafe and susu. And the result is this, aku tak boleh tido. Padan muka. Esok wallahualam la keadaan aku kat ofis nanti. Mau repeat pegi surau je nih. huhuhu

I believed some of my friends know my plan this year. What plan??!! Nak tambah bilangan fan club. kekeke. Unfortunately it does not happened the way I'm plan. Perhaps Allah knows better.

Ramai gak yang tanya pasal perut buncit dan gelebeh ni, "Dah ada isi ke?"..huhu. Maaf. Buat masa sekarang ni, belum. Hanya dipenuhi dengan lemak-lemak tepu pregnancy lepas dan isi-isi perut sahaja. Baby nya belum ada lagi. Some of my friends yang sama-sama batch anak 2 dah nak masuk batch anak 3. I is belum tahu lagi bila nak sampai masa tu. Maybe product of 2016. kekeke.

Bila mengenangkan faktor umur, nak jugak kejar laju-laju. Maklum lah umur pun dah 3 series plus-plus kan. Target aku by certain age kalau boleh dah ade anak 4. Kalau lebih pun why not. Ye la, faktor kesihatan pun nak kene pikir gak. Tak boleh la nak main taram je. Tak semua orang memiliki tahap kesihatan badan yang baik. Kita lebih tahu akan tahap kesihatan badan kita, so pepandai la k.

Ada yang tanya aku, "Ada guna kaedah family planning apa-apa ke?". I said, "Nope, just gune calendar period je". Tak macam tahun sebelumnya masa Nazhan dulu, aku amik injection for family planning. Injection ni kalau nak amik kene consult dengan Dr. betul-betul. Ada orang kata, injection ni bagi effect macam-macam. Badan naik la, susu tak banyak la, etc. Tapi yang aku amik ni ok. Takde effect yang tak baik, cuma nya period aku tak datang until certain period then datang balik. Time datang tu aku amik injection.

Tapi kali ni aku gune calendar je called Period Calendar. For those yang gune android, boleh install from Google Play. Actually kalau search kat GP tu, macam-macam jenis calendar aje. Pilih je nak yang mana. Cuma nya function and design tu tak sama.

Ni dia punya function and design, orang kata look and feel of an app turut main peranan kan. =D

 Period Calendar / Tracker - screenshot Period Calendar / Tracker - screenshot thumbnail 
Period Calendar / Tracker - screenshot thumbnail Period Calendar / Tracker - screenshot thumbnail 
Period Calendar / Tracker - screenshot thumbnail Period Calendar / Tracker - screenshot

So from the calendar, you boleh track your period ni on time ke tidak. Track time 'bersama' pun boleh. Track your ovulation yang penting so that you know how to plan it! Well you know what I mean. Those technique and bla bla...hehe. Malu la nak cakap dalam nih. *poyo*

Harap-harap for those yang bertanya-tanya, berteka-teki dengan telahan sendiri tu doakan I ye untuk next pregnancy. Teruja gak tengok memasing pegang baby and mengandung lagi...hehehe. Bukan ape I ni teruja lain macam sikit sebab I belum dapat gegirl lagi. So expectation for gegirl tu agak tinggi, but wont mind if baby is still a shooter. kekeke.

Soon bila dah 3 anak, kami akan jadi delima ber-Lima (5).

Till then..

next entry ontah bilo.

Monday, April 20, 2015

Misi Mencari Pokok Buah Tin (Fig)

Assalamualaikum w.b.t,

Olaa people..

Baru berkesempatan nak blog after tangguh beberapa hari. Sangat tidak sihat kerja menangguh nih.

Alhamdulillah Bonda & Ayahanda sudah berada di rumah dari hari Ahad lagi. Terima kasih kerana sudi berada di sisi untuk beberapa minggu kerana ketiadaan Mr. Rasaksa pergi menunaikan umrah. Me kenapa tak pergi? Hmm belum ada rezeki lagi.

Kedatangan Bonda & Ayahanda kali ni kami jemput dari Perlis. Mulanya hanya nak membontot adik bongsu ke sana. Tapi bila Mr. Rasaksa kata, "Kalau adik sesaja balik nak amik papa & mama, better kita je balik sana". Of course la seronok. Rindu bumi Indera Kayangan yang superhot tu.

Oleh disebabkan plan nak jemput diorang ke mari, maka kami decide untuk nai bas ke utara. Dan balik semula dengan kereta papa.

Dah lama tak naik bas ke utagha. Masa nak beli tiket tu, tak tahu nak naik bas yang mana satu. Kalau dulu cheq naik Durian Burung or Transnasional. Adik suggest naik Seri Maju, tapi entah la tak terasa nak naik bas tu. Bila fikir-fikir balik, nak bagi new experience kat Daiman naik bas. Alang-alang baik beli bas 2 tingkat. Nazhan pun belum pernah experience naik bas 2 tingkat ni. Faktor keselamatan pun perlu di fikirkan. Last I decide amik SANI Express Double Deck, Kjg-Kgr. Harga tiket dewasa RM53, dan tiket kanak-kanak RM40. Total damage RM146. Ok la tu. Tapi next time kene amik seat untuk Daiman domok tu. Penat pangku die. Bergilir-gilir aku pangku dengan suami.

Malam after dinner, kiteorang naik bas kat Hentian Kajang. Bas bertolak 10.15pm. Tak ramai yang naik bus dari Hentian Kajang. So tingkat bawah hanya kami sahaja. Kemain seronok budak-budak ni ke depan ke belakang. Kalau boleh nak duduk sebelah driver. Kejap-kejap tukar duduk seat yang kosong tu. Dah almost 11pm, both abang and adik tak nak tido lagi. Jenuh pujuk. Akhirnya tersembam jua.

Nazhan & Daiman kusyuk tengok Shrek.

Pindah tempat daddy pulak, tv depan muka.

Boleh pulak masa ambil penumpang kat BTS. Terserempak dengan kawan sekolah Mr Rasaksa. Masa duk usha tu, terdetik dalam hati "macam pernah nampak je diorang ni. It's either kawan husband or kawan papa". Berborak sekejap dengan diorang.

Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah 2 beradik ni tak banyak kerenah. Tido je sepanjang jalan. Kami tiba di Kangar jam 6.30 pagi. Kalau naik keretapi, dalam pukul 8 lebih baru sampai Arau. Tunggu ETS buka nanti, insyaAllah 4 jam je nak ke Kangar. Boleh balik makan seafood kat sana. Makan laksa kaa..Kekekeke.

Kalau balik Perlis, rumah 1st wajib pergi is rumah atok. Since dapur mama dah bersih. Kiteorang decide makan kat rumah atok je. Lagi pun makcik ros, pakcik and anak-anak sume ada kat rumah atok. Definitely seoronok makan beramai-ramai. Lauk special hari tu, Gulai Itik. Itik ni makcik aku bela tepi rumah je. Dapat lah makan itik fresh. Lauk kampung je hari tu, memang marveles. Rezeki orang jauh balik. Menu, ikan sepat benua and kembung goreng, sayur rebung ngan pucuk manis dan betik, sambal belacan, ayam golek, terung bakar, belimbing buluh rebus (tenyeh dalam sambal) and others. Penuh meja. *Gambar yilek, x sempat snap sebab dah lapar sangat*

Petang sempat enjoy air Nira fresh. Papa siap order awal-awal lagi.

Dinner semestinya ikan bakaq kola peghelih. Ingatkan nak gi Linda. Tapi malam tu, papa bawak g kedai kawan dia.

Sotong goreng tepung, preferred Linda!

Dinner simple je, Ikan Merah Bakar paling win!

On Sunday morning we start our journey back to Kajang. And this time we made a few stop.

1st stop, rumah En. Hilmi kat Aloq Staq. I kenal En. Hilmi ni kat group fig. I memang tengah mencari pokok fig ni untuk Mr Rasaksa. Belated beday present. Mr Rasaksa ni memang suka berkebun and bela binatang ni. I ni tukang support ja, suruh tanam itu ini. Fig ni susah nak dapat yang fresh sebelum ni. I pernah jumpa dulu, satu biji RM12.90. Later after that 4 biji RM12.90. Still mahal. Buah dia takde lah besar mana pun. Lagi satu buah tin ni makanan sunnah. Selalu dapat makan yang kering je. Kali ni nak makan fresh-fresh petik tepi tingkap. Haaa kemain berangan kan.

Nak membeli kat area Selangor ni, RM150 sepokok. Pokok ni agak manja. Silap haribulan boleh papoi (mati). Ranap RM150 tu. Buah tin ni pun ada banyak jenis. Harga dia mengikut jenis pokok fig. Yang I beli ni jenis BTM6, RM90. Mula ingat nak beli 2-3 pokok. Tapi Mr Rasaksa kata beli satu dulu. Dah berjaya nanti baru beli lagi. Mungkin boleh beli jenis lain pulak. Sebelum ni Mr Rasaksa beli cutting stick ja, tapi tak survive. Sad~ bukan rezeki.

Masa kat rumah En. Hilmi ni ingatkan berenti sekejap je. Sekali amik ko, ada kot setengah jam to 1 hour..kekeke. En. Hilmi ada beberapa jenis pokok Fig and kebanyakkannya dah besar dan not for sale. Yang di jual hanya jenis-jenis tertentu. Ada gak dia offer jenis Chinese Wuhan, RM250. Maakk aiii tanjat mak hokey, "poket cheq ketat En. Hilmi oii". Kami ni baru nak belajaq tanam. Dah cekap nanti, insyaAllah kami mai lagi.

Pokok Fig. Guess brapa ribu ni?

Sambil melawat kawasan, En. Hilmi pun bercerita la. Mula tu me & Mr Rasaksa ja, skali papa join terus meriah. Maklumlah orang utagha bersembang, macam-macam la terkeluaq baq hang. Nak dijadikan cerita, En. Hilmi jamu plak kami dengan hasil tanaman dia, Mulberi Putih (panjang). Mula-mula tu aku dah ready nak buat muka berkeriut bagai menahan masam. Sekali makan, manissssss! Patut lah Daiman and Nazhan berebut nak lagi. Makan dengan selamber je (muka tak berkerut). Rupanya sedap. Dah habis di pokok dan di tangan, si Nazhan ni cakap nak lagi. Dah mana nak p cekau nih. Bukan ada kat supermarket. En. Hilmi dengan baik hati ambil pulak dari peti ais dia. Aduhh..memalukan sungguh anak-anak ku ini. Terus kata nak beli pokok ni sekali. Tapi dia kata belum ada lagi, nanti dia update. Pokok ni pun tak macam pokok mulberi merah biasa tu. Pacak kat tanah terus boleh survive (hidup). Ni pun jenis manja gak.

Mulberi putih (panjang), manis bangat! *nak cari benih dia*

Agak lama berborak pasal penanaman pokok fig ni bagai. Nak campuq tanah lagu mana and etc. Kami pun mohon berundur lah. Selamat pokok fig di tangan. Terima kasih tak terhingga En. Hilmi kerana melayan kerenah kami dan anak-anak kami.

Perjalanan kami bersambung semula dan kami berhenti rehat di rumah arwah wan tercinta. Dulu rumah arwah agak suram dan tak bermaya je rupanya. Now dah kembali ceria. InsyaAllah akan berterusan indah untuk sedara-mara singgah di sini. Kami anggap ini adalah rumah kenang-kenangan. Too many memories with aunts, uncles, nieces, nephews and cousins.

Rumah Tok Bakaq & Wan Minah, Trong.

Backyard dah kene gondol.

Left side of the house.

Right side of the house.

Sepupu-sepapat berehat sebentar.

Settle semua urusan kat sini, perjalanan diteruskan semula sehingga sampai ke destinasi. It's only a short trip but it's fun. Walaupun agak memenatkan. Macam mane lah nak tour satu Malaysia cam ni. huhuhu. The next day tu aku tak pergi office, migraine attack! Haiihhh....Syafakillah.

Next time nak kene wat lagi ad-hoc program macam ni. Lepaih ni kita naik ETS plak...
ETS...ku tunggu mu beroperasi!


Wednesday, April 1, 2015

HP Amazing Deals

Assalamualaikum w.b.t,

Huwaa baru ada masa nak update.
Biasa lah, orang weekends boleh update blog bagai. Den tak sompek. Sibuk!

Dah lama sangat sebenarnya delay nak beli menatang alah ni.
Nak completekan sudut 'home-office' kat rumah ni.
Dulu dah pernah beli untuk husband wat assignment, tapi dah jahanam akibat salah pasang ink.

Last week ter-notice satu sales kat Viva Homes.


Actually dah agak lama survey nak beli printer ni. Since I got no time nak survey secara fizikal, maka kita survey secara alam maya. Tengok kat Lazada sampai berpinar-pinar mata. At last decide terus pergi beli je kat situ.

This is my first time jejak kaki kat situ. Masa dia opening sampai la last weekend tak terasa langsung nak pergi situ. Rasa macam tak ada apa-apa. Viva homes most likely One-Stop-Centre for furniture. Masuk situ je semalam berpinar pulak tengok perabot. Aduhaiiiii...kene menabung dengan keras lepas nih. Okay pejam-pejam..jangan pandang...jangan belek-belek....nanti gatal tangan menjadi-jadi. Huhuhu..maka berjalan terus ke tempat expo.

Errr macam dah tak ada apa-apa okay. Agaknya orang dah borong sebelum-sebelum ni. Tinggal a few laptops, tabs, printers and accessories. Dah lengang barang dia, tapi orang still ada yang datang lagi. Printer pun tak banyak choice dah. First comparison is price, my budget is below RM300 (tick). Tinggal la dua option je. Tengok HP All in One Printer 2545 (Wifi), RM245 (ting..ting..ting JackPot). If kat Lazada starting price RM260-RM297 (still below RM300). Kalau murah ckit dari harga ni, tu bukan printer Wifi la. Jenis yang kene cucuk kabel.


Then my other requirement with max quantity printing. Amoi yang jual hari tu cakap, this printer for black ink dalam 480 keping and for colour ink dalam 150 keping. Ok la tu kan. (tick)
Ink model 678 plak dalam RM28. Yang ni boleh beli kat Lazada or anywhere else that is cheap! (tick)
Done. We bought this printer. Welcome new printer!

Kali ni beli untuk kegunaan sendiri and business kecil-kecilan je. Lagi satu untuk office work. Senang kalau nak print in case tak sempat nak print kat office. Kertas boleh rembat office punye je, tapi untuk kegunaan dokumen berkaitan office je la. Macam mende lain is nak print tiket flight ke, booking hotel ke or anything~

Beli yang wifi bukan pe, senang! Nak senang aje =D. Kalau masa tu tengah wat keje kat bawah, boleh terus print je. Macam la aku tak payah naik atas nak on printer and letak paper kan..huhu. What ever lah, janji senang. Then from phone nak print pun tak jadi masalah. Yang ni aku tak tengok lagi cam mana nak set kat phone.

Kalau nak beli printer ni, you kene tahu gak keserasian dia. Mininum specification requirement. Normally version printer ni tak ada problem sangat boleh plug-in and play. But sometime ada issue bila printer latest version, but OS or lappy all version. Tak compatible gak. Before beli, tengok lappy status kita.



Untuk pembelian ni, manufacturer warranty adalah setahun. Any issue boleh contact: HP Support. And I heard HP support ni better than any other support. Sejauh mana keberkesanan nya, orang yg biasa report tau la..hehehe.

Settle HP. Then dengan masa yang masih berbaki, kiteorg jalan-jalan sekejap. Nak singgah tempat untuk minum-minum, agak terhad. Maka tapau ChaTime je minum dalam kereta, lagi pun nak kejar maghrib time tu. Sempat masuk few kedai perabot. Rambang mata iollss. Tapi duit tak brapa nak rambang. So pandang ala kadar je la.

And yang paling happy budak dua orang ni la. Daiman masuk je bahagian lift dah menjerit-jerit. Sebabnya tempat tu bergema, ada echoooo echooo echoo echo. hahaha. Nampak sangat Viva Homes ni tak brapa nak pack lagi. hehe


Maka berlari-lari la budak-budak ni dalam mall. Maklum lah luas. Macam ko buat shopping mall tu bapak ko yang punya...keke. Tak pe lah...yang penting diorang had fun that day.

So adios all. Til next entry..


Ps: lagi satu reason beli printer, senang nak print untuk beday party anak...kikiki

Friday, March 27, 2015

Resipi Oat Semalaman, Overnight Oat!

Assalamualaikum w.b.t.,

Actually nak start lama dah bende ni. Oat pun dah lama beli tapi other ingredient to compliment the wonderful taste takde la pulak. So postponed until last night, I have bought few other ingredients maka terjadi la oat semalaman (Overnight Oat).

Ada banyak version of overnight oat recipe. But mine more to simple and easy way. Actually kalau nak oat with susu sahaja pun boleh. Cara ni lebih senang untuk orang on the move, bangun pagi keluarkan overnight oat from the fridge and enjoy it. I also eat it in the car kalau tak sempat. hehehe

It's like a new way to enjoy oat meal.

Meh sini I nak share pasal bahan-bahan oat semalaman.

A) Bahan utama = OAT (Oats).

Ada beberapa jenis oat kat sini;


Normally kita akan guna old fashioned oats aka rolled oat, quick oats and instant oatmeal. Boleh beli di mana-mana pasaraya. Dan ada juga yang organik. Pilihan di tangan anda!

B) Bahan kedua = SUSU (Milk)

Kalau nak mudah boleh je guna susu. Tak kisah lah low fat ke, fresh milk ke, full cream ke, ikut sedap tekak. Tapi if nak guna susu flavour pun boleh, macam susu strawberry, susu chocolate, susu flavour buah-buah tu, susu kopi pun boleh. Tak ada hal. Tapi untuk yang particular sangat tentang kesihatan, diorang akan ganti dengan susu almond dan susu soya. Tak ada masalah. Masalah kalau orang tu alergik dengan susu tertentu gantikan dengan susu lain. Susu kambing pun boleh. Alahh kalau nak air kosong je pun takde hal.

If you jenis suka boleh jugak campur dengan greek yogurt or other yogurt yang you all suka.

C) Bahan ketiga = BUAH (Dried & Fresh Fruits)

Untuk buah, saya guna dried fruit. Yang ni pun ikut sedap tekak or your favourite fruits. Boleh dapat dried fruit kat supermarket. Kalau nak guna fresh fruits pun tak ada masalah. Tapi biarlah buah yang bersesuaian dengan oat. If me, I suka dried cranberry, mulberry, kurma, kismis, yang simple-simple je pun boleh wat oat semalaman kita tu sedap.

D) Bahan keempat = TAMBAHAN (Additional)

     i) Rempah (Spice) - anda boleh letak cinnamon powder, mix spice or nutmeg. Kalau rempah kari I tak tau la rasa cam mana nanti.

     ii) Biji Benih (Seeds) - jangan letak biji benih yang bukan-bukan plak. Normally orang letak Chia Seed, Pumpkin Seeds, Sunflower Seed, Flax Seed, Sesame Seed, Poppy Seed or Habbatus Sauda.

     iii) Kekacang (Nuts) - Brazil Nut, Almond, Macadamia, Walnut, Peanut and any nuts family.

E) Bahan kelima = MANISAN (Flavour)

Kalau nak ikutkan, oat tu sendiri dah ada rasa manis-manis. Atau dengan tambahan dried fruit pun, oat semalaman tu akan jadi manis sebab dia dah absorb manis dari dried food tu. Untuk jadikan oat ni lebih sedap & healthy, boleh tambah honey, molasses, maple syrup, gula kabung, gula merah or brown sugar. Kalau nak guna white sugar pun boleh. Tapi untuk yang weight watcher tu, kene ingat gantikan gula dengan honey or buah-buah sedia ada. If nak layerkan dengan jem pun boleh, as substitute ingredients kalo tak buah ke apa.

Bekas untuk menyimpan ini juga turut memainkan peranaan. Macam I, guna mason jar je. Ala belen jar dari mayonis bagai tu. hihihi..Simpan dalam jar ni pun menarik minat untuk makan oat semalaman ni. Kalau nak simpan bekas lain mcm bekas dadih ke, bekas plastik ke..pun boleh!

My version of Overnight Oat.



Bahan:
i) Quaker Oat
ii) Susu
iii) Kranberi & Malberi Putih Kering
iv) Chia Seed
v) Gula Perang (optional)

Cara:
i) Masuk kan oat, dried fruits and chia seed secara layer ke dalam jar.
ii) Tabur kan sedikit gula atau pun honey.
iii) Kemudian tuangkan susu hingga menutupi lapisan oat.
iv) Akhir sekali, simpan dalam peti ais semalaman.


Oat

Image result for dutch lady full cream milk
Milk

Chia Seed

Cranberry & White Mulberry




This is the result of overnight oat.


Seriusly yummehhh....