Friday, May 8, 2015

Penjaga Lipas

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Jemaat...

Kali ni nak cite pasal anak teruna sulong. Dia ni betah sikit bercakap. Kau cakap pergilah macam mana pun nanti pandai dia pusing balik. Dan disebabkan ayat tungang-terbalik mix with perkataan yang entah apa-apa buat orang mengekek gelak.

Last night sebelum tido, dia akan pergi kencing dulu dan pakaikan dia pampers. After that dia akan baca doa tido dan beberapa surah lazim. Surah lazim ni yang biasa kita guna dalam solat. Biar tak kenal huruf janji boleh hafal dulu. Alhamdulillah selesai baca doa dan surah bagai, dia akan tido.

Nak dijadikan cerita malam tu, hubby tido kat bawah dengan anak-anak. Yess, anak-anak tido tilam queen kat bawah. Senang dia golek macam mana sekali pun tak jatuh. Paling win pun ko akan gelak bila dia tersangkut bawah katil. Haa yang ni akibat remove bolster yang mummy die sendal in between ruang bawah katil dan tilam tu. Selalunya si adik la, maka adakalanya kedengaran rengekan si adik takleh nak panggug kepala akibat sangkut bawah katil. Mummy tumpang gelak je la dik.

Okay continue cite. Malam tu adik naik tido ngan mummy kat atas katil. After golek-golek, guling-guling cari spot adik pun senyap. Tetibe si abanglong pulak nak tido selit bawah ketiak mummy gak. Maybe ketiak mummy sangat wangi malam tu. Maka menyelit la dia. Selalunya mesti dia cakap, "Nak tido ngan daddy la".

"Ajan, nape tak tido ngan daddy?. Sian daddy tido sorang-sorang tu. Ajan pergi la teman daddy", ujar ku. Bukan pe, nanti dah tido penat nak ngangkat die turun kat tilam.

Dengan selamba dia jawab, "Alaa tak pe laa. Biar lah daddy tido kat bawah. Daddy kan jaga lipas".

Kah kah kah kah....sejak bila pulak la bapak ko jaga lipas ni Nazhan oii. And yes, nazhan ni penakut lipas sikit. Kalau tengah kencing dalam bilik air tu and tetiba lipas kuar, terus kalang pukang lari keluar.

Haa ni joke Lipas jadi Babi...so kene samak la ek.."Eh babi betul la lipas nih"...kakakakaka


0 baby's note!:

Post a Comment