Tips Hantaran Buah-Buahan Berkilat

4:43 PM

Assalammualaikum w.b.t,

Feuhh...Alhamdulillah. Hari ni semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sabtu korang cam mane plak? Harap semua baik-baik saja.

Okay kali ni ada satu menda yang aku nak share. Tapi tak tau la kan sama ada ramai dah tahu ke belum. Kalau dah tahu bagus. Kalau belum tahu meh sini nak bagitau.

Entry ni aku dedicate for those yang tengah wat preparation nak kahwin.

Normally dalam hantaran orang mesti selitkan makanan & buah-buahan. Yang menjadi isu nya buah tu kalau tengok macam tak cantik, kabut je warna nya. Ada sesetengah gambar or dalam iklan gambar buah cantek giler. Rasa nak telan dan-dan tu jugak. Dengan berkilatnya, warna pun menonjolkan. Nampak fresh dan menarik perhatian.

Banyak entry yang aku baca, kebanyakkannya sapu minyak nak bagi berkilat. Hmmm kalau aku makan buah berminyak ni aku akan rasa lain macam. Maklumlah kan kalau kata dah bertukar tangan tu, lepas je majlis sedara-mara suma pakat hurung hantaran ni. Maka petik2 makan lah masing. Tapi sure rasa pelik ngan minyak. Mana rajin basuh tu bagus lah..mana yang tak?...hehe

Kalau kita tengok buah untuk hantaran normally kita akan letak limau, epal, anggur, pear, plum, strawberry, pisang kaki, buah kiwi & lain-lain yang bersesuaian. Tak pernah lagi lah aku nampak orang letak buah kelapa, cempedak, nangka or tembikai. Tembikai berukir tu lain lah, yang macam hotel tu. Cantek je. Ni tak ko letak sebijik bodo cam tu je atas dulang. Sure nampak kelakar kan. Hehehe...

credit to Eira

Cara paling mudah untuk kilatkan buah tak perlu pun sapu ngan minyak. Yang perlu korang gune hanya tuala dapur yang bersih atau tisu dapur tu. Buah macam epal, pear selalunya coated dengan wax. So korang hanya perlu gosok je buah tu sampai berkilat. Anggur pun sama, tapi jangan la beli jenis yang dah lembik tu, sure masa nak gosok ngan tisu tu dia pecah. And bukan sume buah kene berkilat ye. Selalunya yang import ni almost ke semua nya coated ngan wax. Kalau local fruit ni ok je.

Bawak ni contoh gambar saya,

Kiri: berkilat. Kanan: kabut dengan wax.

Buah ni saya gosok di ofis gune tisu dapur. Memang habit kalau saya nak makan buah, after gosok ngan tisu baru saya basuh then baru makan.

So lepas ni boleh la cuba. Hanya gunakan tuala dapur atau tisu dapur untuk kilatkan buah. Kalau untuk decoration berkilat-kilat macam ni pun cantek. Terliur terus nak makan buah...

Selamat Mencuba.


You Might Also Like

5 baby's note!

  1. aduhai..malu nak mengaku.tapi sebenarnya IbuNoey tak tahu pun buah imported ni tak perlu letak minyak untuk kilatkan.masa kenduri kahwin IbuNoey ari tu lagi haru.adakah patut IbuNoey letak minyak baby kat buah.melompat kakak IbuNoey tengok.

    ReplyDelete
  2. Hi Zihan, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images