Friday, February 6, 2015

Resipi: Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum w.b.t,

Entry kali ni nak share resipi sempoi.
Awat panggil sempoi? Sebab campak-campak..tung tang tung tang. Selesai.

Kadang terfikir, there is a time kita rasa malas nak masak. Tak ada mood nak masak. Nak mudah pergi kedai tomyam (my area banyak kedai tomyam, fastest & easy). Bila dah pergi kedai tomyam belek la resipi menu dia. Kita pulak decide nak makan mudah-mudah je. Pi order plak Nasi + Daging Goreng Kunyit. Harga RM6.80 (contoh!).

Aku rasa cam sakit hati. Pergi kedai tomyam then order macam ni je. Baik la aku masak. Jimat~


Bahan-Bahan Utama:
Daging sebesar penumbuk di hiris.
Lobak merah
Kacang Buncit Buncis

Bahan Tumis (di hiris):
2-3 biji Bawang Putih
1/2 biji Bawang besar
1 biji Cili Besar
Serbuk Kunyit
Garam & Gula secukup rasa.

Cara-cara:
1. Goreng bawang putih & bawang merah sehingga kekuningan.
2. Masuk kan daging, masak sehingga separuh masak.
3. Masukkan serbuk kunyit dan lobak, goreng sehingga sedikit layu.
4. Masukkan hirisan cili dan kemudian kacang buncis.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut kesedapan tekak anda.

Senang bukan. Kalau kata nak nyahbekukan daging tu, senang je. Masuk dalam microwave. Tak pun, a day or a night before dah sediakan barang ni. Hiris daging dan letak dalam bekas kecil. So kalau nak defrost tak akan mengambil masa yang lama. Kalau letak kat peti ais pun sebelum pergi keje pun okay.


Selamat memasak!

Thursday, February 5, 2015

Spare Part Kereta Murah

Assalamualaikum w.b.t,

Holla...wahh kemain lagi tajuk entry kali ni kan. Macam orang main kereta plak. Hahaha...idok ler pandai pasal kereta. Kereta ku standard saja. Lain lah Mr Rasaksa dulu, main drift. But before kahwin dia dah let go Silvia dia untuk bina masjid. Lagi pun dia realize hobby yang itu hanya habis duit. Unless you terlibat dengan mana2 team racing ke, advertisement ke, join filem anak datuk Y ke, lain cerita la kan.

Like a few weeks ago I discover that my left side mirror has broken. Huuwaaa telinga myvi ku dah rebeh sebelah. Dulu sebelah kanan, Avanda sapu bersih. Tergantung-gantung la side mirror tu sementara nak masuk bengkel. Kali ni, Mr Rasaksa smash kereta orang. Masa tu tak nampak sangat dia punya damage. Masa long journey speed on highway baru perasan. Apesal lah cermin tu cam bergegar. Sampai kat rumah, aku try la nak adjust, baru tekan cermin terabak terus side mirror tu. Dah lah masa tu nak g IKEA. Dengan idea creative, kiteorang balut ngan selotape besar tu. Huhuhu...sedih!

Agak lama lah jugak nak tunggu masuk bengkel. Sebab nya aku pun terlupa nak cari spare part side mirror tu. Mula-mula fikir nak hantar P2. Hmm surely kena bayar more than RM300. Then teringat Mudah.my , so apa lagi search je la kat sini. Dari search the whole set of side mirror, aku dah boleh la faham sikit-sikit structure side mirror tu. So kes aku tak perlu pun tukar the whole set. Sebab nya yang patah hanya bracket side mirror.

Macam ni la patahnya (gambar pinjam Jebateja)

Search kat mudah.my "Side Mirror Myvi"


Terjumpa lah yang ni. "Side Mirror Ori Myvi Lama"

V2 Auto Parts, Ampang, Selangor
Selling New & Used Spare Parts from Half Cut Japan for Cars.
We sell new & used spare parts from half cut Japan for all kinds of Japanese cars.
Landmark:Carrefour Ampang Bkt Belachan 
Direction: GPS Pos : N 03,08.367' E 101,46.955' 
Direct Link here: mudah.my/v2auto

For more details boleh tengok kat link tu.

On Sabtu petang tu, ajak Mr Rasaksa pergi ke bengkel tu. Since dia yang nak kene ganti kan. hehehe

Map sebagai rujukan.

Masa jumpe tauke tu, humble je. Then cakap kat dia yang bracket myvi patah. 

So dia kata "Okay lah, kita tukar bracket saja lah. Tak perlu ambil satu set ma". 

Aku pun setuju. Then sebelah kanan pun sama jugak, macam longgar. Mintak dia tengok. Lepas dia tengok apa yang rosak, rupanya bekas spring kat dalam rosak. So dia tukar part tu je la.

Harga Left Side Mirror = RM80
Ganti Barang Right Side Mirror = RM50
Labor = RM 10 x 2 side mirrors.

Total kene Bayar RM120.

Tak ke berbaloi namanya tu. Seriously cheap. Mr Rasaksa pun seronok, tak keluarkan banyak duit. Cuba kalau aku berkeras nak hantar P2 jugak. Ntah berapa lah nak kene bayar.

Memang dari awal lagi Mr Rasaksa suruh cari kat kedai spare part je. Tak payah pergi P2. Lagi best dia suh bini p cari kat kedai potong. Mana biasa dowh..Tapi dah dapat cari kat mudah, kira ok la kan.

So for those yang pakai kereta seangkatan or model2 lain. Boleh cari maklumat seperti tertera. Kalau nak cari yang ori jual kat kedai2 yang femes or service centre, bersedia lah untuk di ketok sama. Tapi kalau boleh dapat ori dan murah, why not kan~ . And jangan lupa untuk service kereta ya.