Friday, May 15, 2015

Kelas Berenang

Assalamualaikum w.b.t,

Perkongsian hari ini,


Pada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak kelas berenang.
Kelas:
# Aqua Baby Class - 6 bulan hingga 42 bulan
# Children Class - 4 tahun hingga 11 tahun
# Dewasa (Lelaki & Perempuan) - 12 tahun ke atas

Hubungi:

Zihan Zamberi
Swimming Instructor
zihan@mykite2u.com

Saturday, May 9, 2015

Sangkaya Homemade

Assalamualaikum w.b.t,

How was your Saturday?

Well yeahh..jarang I nak update blog on weekend. Normally my weekend habis macam tu je. Every weekend I work at the pool. Saturday from 10-11am & evening 4-5pm and on Sunday 9-11am. Of course it was tiring some time, but I really enjoy it being in the pool with the kids.

As usual abis kelas and siap-siap bagai kul 12pm lebih baru sampai rumah. I make sure I beli lauk ke or any meal for lunch. Dah keje pagi cam tu, mana sempat nak masak lunch. Unless if hubby and kids can wait to have late lunch tak pe lah. Tapi cam mana pun kesian gak kan. Nak tunggu bukan sekejap. So the best is to buy, senang and mudah. Balik masak nasi  je.

Actually dah lama nak upload pasal Sangkaya ni. Almaklumlah kan kat luar sana tu memang trending abis ais-krim Sangkaya ni. Sebelum tu ais-krim pasu. Tapi jangan lah ingat entry ni boleh menggugat or mencantas business di luar sana ye. hehehe. Korunk punye sedap lagi. Selalu gak la wat Sangkaya sendiri kat rumah. Senang je...

Bahan-bahan dia mudah je. Boleh didapati di mana-mana pasaraya atau kedai runcit Pak Ya.

# Ais Krim Perisa Kepala Kelapa. (Jenama Magnolia)
# Isi Kepala Kelapa
# Lain-lain topping - Nestum, Jagung, Kacang



Saya letak Strawberry untuk exaggerate the look. hehe. Tapi bila di pikir kan balik, kalau letak Harum Manis bersama ais krim kelapa lagi marveles kot...huuuu

 Cara-cara:
1. Scoop-kan ais krim kelapa ke dalam mangkuk.

2. Letak kan isi kelapa di keliling ais-krim. 
Atau letak isi kelapa dahulu baru letak ais-krim, pun boleh.

3. Kemudian taburkan topping (Nestum, Kacang, Jagung etc)

Waalllaaa siap seperti di bawah...

Sangkaya yang tak berapa nak kaya...

I understand, yang ramai anak kadang tu tak mampu nak beli. Kalau anak sorang ok la kan. Boleh kongsi sekali mak pak. Ni kalau kata anak berderet, nak kongsi pun dapat ape sangat. Kalau homemade ni ramai cikit boleh makan kan. Almakluma je la, satu Sangkaya almost RM10 okay. And korunk pun boleh serve Sangkaya at any time or maybe masa birthday party, kenduri kendara dan sebagainya dengan budget yang rendah.

Selamat Mencuba...mudah-mudah ia mampu membantu kita untuk tidak jadi Sang-Miskin. =D


Friday, May 8, 2015

Penjaga Lipas

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Jemaat...

Kali ni nak cite pasal anak teruna sulong. Dia ni betah sikit bercakap. Kau cakap pergilah macam mana pun nanti pandai dia pusing balik. Dan disebabkan ayat tungang-terbalik mix with perkataan yang entah apa-apa buat orang mengekek gelak.

Last night sebelum tido, dia akan pergi kencing dulu dan pakaikan dia pampers. After that dia akan baca doa tido dan beberapa surah lazim. Surah lazim ni yang biasa kita guna dalam solat. Biar tak kenal huruf janji boleh hafal dulu. Alhamdulillah selesai baca doa dan surah bagai, dia akan tido.

Nak dijadikan cerita malam tu, hubby tido kat bawah dengan anak-anak. Yess, anak-anak tido tilam queen kat bawah. Senang dia golek macam mana sekali pun tak jatuh. Paling win pun ko akan gelak bila dia tersangkut bawah katil. Haa yang ni akibat remove bolster yang mummy die sendal in between ruang bawah katil dan tilam tu. Selalunya si adik la, maka adakalanya kedengaran rengekan si adik takleh nak panggug kepala akibat sangkut bawah katil. Mummy tumpang gelak je la dik.

Okay continue cite. Malam tu adik naik tido ngan mummy kat atas katil. After golek-golek, guling-guling cari spot adik pun senyap. Tetibe si abanglong pulak nak tido selit bawah ketiak mummy gak. Maybe ketiak mummy sangat wangi malam tu. Maka menyelit la dia. Selalunya mesti dia cakap, "Nak tido ngan daddy la".

"Ajan, nape tak tido ngan daddy?. Sian daddy tido sorang-sorang tu. Ajan pergi la teman daddy", ujar ku. Bukan pe, nanti dah tido penat nak ngangkat die turun kat tilam.

Dengan selamba dia jawab, "Alaa tak pe laa. Biar lah daddy tido kat bawah. Daddy kan jaga lipas".

Kah kah kah kah....sejak bila pulak la bapak ko jaga lipas ni Nazhan oii. And yes, nazhan ni penakut lipas sikit. Kalau tengah kencing dalam bilik air tu and tetiba lipas kuar, terus kalang pukang lari keluar.

Haa ni joke Lipas jadi Babi...so kene samak la ek.."Eh babi betul la lipas nih"...kakakakaka


Thursday, May 7, 2015

Bila 3 jadi 5 dengan apps

Assalamualaikum w.b.t,

Feuhh..Bulan Mei sudah. Sekejap je dah Mei. Rasa macam 2-3 hari lepas sambut new year. Ceeeyy..acececeyy..ayat mukadimah blog yang sangat cliché. Hahaha tak agak-agak kan...

Actually baru lepas blogwalking ni...almost 4 a.m now and I'm blogwalking. Penangan CB Hazelnut Latte la ni. Tetibe terlebih sugar syrup, balik rumah aku tambah plak ngan Indocafe and susu. And the result is this, aku tak boleh tido. Padan muka. Esok wallahualam la keadaan aku kat ofis nanti. Mau repeat pegi surau je nih. huhuhu

I believed some of my friends know my plan this year. What plan??!! Nak tambah bilangan fan club. kekeke. Unfortunately it does not happened the way I'm plan. Perhaps Allah knows better.

Ramai gak yang tanya pasal perut buncit dan gelebeh ni, "Dah ada isi ke?"..huhu. Maaf. Buat masa sekarang ni, belum. Hanya dipenuhi dengan lemak-lemak tepu pregnancy lepas dan isi-isi perut sahaja. Baby nya belum ada lagi. Some of my friends yang sama-sama batch anak 2 dah nak masuk batch anak 3. I is belum tahu lagi bila nak sampai masa tu. Maybe product of 2016. kekeke.

Bila mengenangkan faktor umur, nak jugak kejar laju-laju. Maklum lah umur pun dah 3 series plus-plus kan. Target aku by certain age kalau boleh dah ade anak 4. Kalau lebih pun why not. Ye la, faktor kesihatan pun nak kene pikir gak. Tak boleh la nak main taram je. Tak semua orang memiliki tahap kesihatan badan yang baik. Kita lebih tahu akan tahap kesihatan badan kita, so pepandai la k.

Ada yang tanya aku, "Ada guna kaedah family planning apa-apa ke?". I said, "Nope, just gune calendar period je". Tak macam tahun sebelumnya masa Nazhan dulu, aku amik injection for family planning. Injection ni kalau nak amik kene consult dengan Dr. betul-betul. Ada orang kata, injection ni bagi effect macam-macam. Badan naik la, susu tak banyak la, etc. Tapi yang aku amik ni ok. Takde effect yang tak baik, cuma nya period aku tak datang until certain period then datang balik. Time datang tu aku amik injection.

Tapi kali ni aku gune calendar je called Period Calendar. For those yang gune android, boleh install from Google Play. Actually kalau search kat GP tu, macam-macam jenis calendar aje. Pilih je nak yang mana. Cuma nya function and design tu tak sama.

Ni dia punya function and design, orang kata look and feel of an app turut main peranan kan. =D

 Period Calendar / Tracker - screenshot Period Calendar / Tracker - screenshot thumbnail 
Period Calendar / Tracker - screenshot thumbnail Period Calendar / Tracker - screenshot thumbnail 
Period Calendar / Tracker - screenshot thumbnail Period Calendar / Tracker - screenshot

So from the calendar, you boleh track your period ni on time ke tidak. Track time 'bersama' pun boleh. Track your ovulation yang penting so that you know how to plan it! Well you know what I mean. Those technique and bla bla...hehe. Malu la nak cakap dalam nih. *poyo*

Harap-harap for those yang bertanya-tanya, berteka-teki dengan telahan sendiri tu doakan I ye untuk next pregnancy. Teruja gak tengok memasing pegang baby and mengandung lagi...hehehe. Bukan ape I ni teruja lain macam sikit sebab I belum dapat gegirl lagi. So expectation for gegirl tu agak tinggi, but wont mind if baby is still a shooter. kekeke.

Soon bila dah 3 anak, kami akan jadi delima ber-Lima (5).

Till then..

next entry ontah bilo.