Monday, June 27, 2016

Welcome Back

Assalammualaikum w.b.t,

Aduhaiii mengantuk plak rasanya. Pagi ni dah la tak bangun sahur. Terbabas akibat menyusukan baby. Tak sedar langsung bunyi alarm handphone bunyi. Agaknya kena pakai alarm Bombing kot baru bleh sedar. Husband sempat la makan kurma. Now dia dah tak nak makan nasi. Tetibe. Nak kurus or nak hilangkan buncit kot. hehe...maklumlah bini dah makin kuyusss, ceewahhh.

Today dah kembali ke ofis. Kerja tak tau nak start kat mana. Previous project pun ade yang berubah. So nak kena mintak tolong ofismate brief balik apa yang telah di buat. Oowhh mann seriously mengantuk. Sambil type ni pun rasa cam nak terlelap je. #shake my head#


Since now bulan puasa, waktu kerja di pendekkan. Tapi kena masuk awal. Normal hours 9-6, ramadhan jadi 8-4. Tak sabar nak tunggu lagi 2 jam. Mood kelaut dah ni. But heard new office policy lepas Ramadhan ni 8.30 - 5.30. Wahh best. 

Pagi tadi sampai perkarangan ofis, a few masih lagi menapak dalam kereta. Tunggu orang bukak ofis kot. I was excited this morning. Agak terkocoh-kocoh la menyiap pagi tadi. Budget kul 7am kuar rumah, 7.20am gak baru gerak g rumah baby sitter. Meyiapkan a few barang-barang anak n barang sendiri. So tomorrow kena improve untuk awalkan lagi so that I can reach before 8am.

Sampai ofis kena plak pindah barang. Imagin pindah dari 2nd floor bangunan sebelah ke bangunan sebelah 1st floor. Menjejes peluh. Ni kalau dapat sirap sejuk kaw kaw ni, nikkmaatt. hehehe

Office masih lagi berkecah. Lepas pindah 1st floor tak ada la nak mengemas sangat. Sebab lepas ni nak pindah KL Sentral plak. haiihh pindahh lagi...Jadi bebarang dalam kotak biarkan je la. Could be bulan 8 or 9 ni dah pindah sana. Sedih!

Until now my day was fine. Tak tau la lepas ni nak jadi cam mana kan. Dah jumpa my new superior baru masuk 22 hari kat ofis ni. Not bad. Harap lepas ni ada lah arah tuju yang jelas. Hope will achieve more this year.

Ok..stop for now.

Da. Selamat Berbuka.

Friday, June 24, 2016

Diam Diam Berisi

Assalamualaikum w.b.t,

Salam 19 Ramadhan. Lagi 10 hari dah nak raya. Macam mana persiapan raya korang? Den tak berayo tahun nih. Tak berayo sangat lah. Tahun ni laki den kije. Huhuhu.....

Jauh giler jarak entri kali ni. Tak ada kisah kah? Kalau ikutkan banyak kisah yang nak di story mori kan. Namun masalah masa dan tanggungjawab lain yang menjadi kekangan. Rindu sebenarnya nak menekan keyboard lama-lama ni.

Some of my friends pun macam dah tak berapa nak active. Ada jugak yang diam terus. Dulu banyak je masa nak nak bloghopping bagai. Now time bila plak nak membelek kan...Mane lg ngan FB, IG..huu banyak sungguh.

But this time I try to update. For those yang miss me, ada ke? hehehe..

Banyak jugak mende nak share sepanjang bersunyi sepi nih.

The reason yang bersunyi sepi ni sebab mood upside down, tengah awal tri pregnancy. Memang awal-awal tu malas tahap gaban. Entry tulis pun separuh-separuh pas tu tak publish. Sebab nak letak gambar bagai kan. Takes time. Then bila nak sambung balik dah tak tahu hujung pangkal. Alamatnya entry tak publish penuh dalam box.

Now dah abis cuti 2 bulan (Maternity Leave). 27 ni masuk balik kroje. Aduhai,..dengar update macam-macam hal timbul. Ade yang tak settle-settle, which sepatutnya settle time I cuti pantang.
Rasa bengkek pun ade gak nih.

Soon ofis plak nak relocate to a new building tingkat 17. Crazy traffic area. Parking plak mahal. Sebelum ni kerja tak pernah bayar parking. Now RM300. Aduhai. Bayaran 1 budak kat babysitter kot. Then stress nak kene kuar awal-awal pagi, nak harung jem, tol lagi, parking lagi. Area situ makan pun mahal. Tak setimpal ngan gaji. Macam-macam bermain dalam kepala hotak ni. Ni kalau kata tertinggal pump ka, beg laptop ka, apa-apa yg seangkatan dengan nya. Memang EL terus la jawabnya. I think dah time kot...find another option. huhu

Banyakkan nak cite..but cukup sampai sini dulu. Nanti cite lagi. Nak siap kan house chores.

Da!