Thursday, August 10, 2017

Poor Nazhan

Assalammualaikum w.b.t,

Morning & happy Thursday everyone.

Semua orang mesti tak sabar nak tunggu Friyayyyy...hehe

But my son actually tak sabar nak tunggu hari ini. Too bad sekarang dia kena chicken pox. Tak dapat pergi ke mana-mana. Kalau dah kene quarantine nih mesti lah stay ngan mak nye. Dah sekali dengan mak nya sangap tak boleh ke mana-mana.

Hari ni sepatutnya Nazhan join lawatan ke Kilang Vitagen & Petrosains KLCC. Dia punya excited hari-hari tanya. Walau pun sakit dia excited dengan harapan mummy bagi pergi. So sorry son. You have to stay at home.
Related image


Related image

Image result for petrosains klcc

Tadi masa hantar ilma n iman ke rumah babysitter, lalu la depan sekolah dia. Dia boleh plak cakap, "Mummy, tu la kawan-kawan Ajan nak pergi rombongan tu". Owwhh dear. Aku pulak rasa pity sangat. Berair jap air mata. Siapa tak seronokkan nak pergi rombongan sekolah. Pergi pulak dengan kawan-kawan. Mesti lah seronok kan. Rasa macam orang dewasa pergi sana sini tanpa mak ayah.

Aku tanya dia, "Are you okay Ajan?". Dia tengok je, and cakap "Tak apa mummy. Ajan okay". Tapi aku kenal jiwa anak teruna sorang ni. Dia perangai cam aku gak. Mudah berjurai air mata.

Lepas hantar anak-anak, lalu lagi skali. This time pun dia bangun menjengok kat tingkap. I look at him again. Head down & sad. I can see tears. I let him be sad for awhile. Nanti aku pujuk.

Aku cakap kat dia ini lah namanya rezeki. Masa bayar duit rombongan tak expect apa-apa pun. Aku pun tumpang excited sama, anak nak join rombongan. We as parent support je what ever activities yang sekolah dia buat. But when the day came, tak dapat join atas faktor kesihatan. Mungkin Allah nak ganti dengan benda yang lagi best. Then tetiba bas lalu. Dia siap boleh cakap, "Bas ni lah nak bawak kawan-kawan Ajan tu mummy". Adoii la anakk...sedih! Kalau ikut selfish aku bagi je dia ikut. Tp next week 1 sekolah tutup seminggu. Anak-anak kena chicken pox. Hahahaha.

Aku faham perasaan dia. Aku pulak yang merambu ayaq mata dalam kereta tadi. Jadi aku ganti dengan breakfast kegemaran dia. Roti Pisang with Air limau. Tak leh makan kat mamak. Kena tapau je.

Makan pun berselera. And lepas makan tadi, makan ubat pulak. He knows already. Tengok bintik bintat tu macam dah nak kering. Hope lekas sembuh. Next kita tengok Ilma plak. Aku doa sangat-sangat harap dia tak kena. Yea I know you all cakap mesti akan kena la semua..hehe. Tapi aku usaha dengan doa je la. Nak separate pun cam mana kan. They need me.

Okay lahh...Need to stop here. Nak gi sapu ubat tahan gatal kat Nazhan. Doakan Nazhan sembuh ye.
Now makan apa-apa tak boleh makan kicap. Aku cakap nak hensem tak boleh makan kicap sampai dah betul2 hilang bintik. Hahaha tahan pulak. Iman hari tu survive la without kicap dengan trick yang aku guna ni. kekeke...

Daa

Ps: I am stay at home mom. Full time swimming instructor perhaps.


Wednesday, August 2, 2017

Hi August!

Assalammualaikum w.b.t,

July has passed. We have passed half a year..& going towards end of the year.
Keep it up making history & memory.

I have started my August wonderfully yesterday. It's a bitter sweet experience. But that not going to stop me. I will start again. No worries.


Related image

Hopefully August will give me a good news. Definitely not expecting..hahaha. Other good news.
Career perhaps.

I wish you the very same thing.
May Allah guide us in every way & every things we do.

Daa..


Sunday, July 30, 2017

Weekend Routine

Assalammualaikum w.b.t,

Hollaa peeps. Tengah buat apa tu? Prepare minum petang ke? Or bawak family beriadhah petang-petang ni?

Tetiba teringat cucur udang kuah kacang mak mertua den yang duk Setiawangsa. Hehehe..

My children, Iman & Ilma masih lagi tidur at this moment. Kejap lagi bangunlah tu. Abang dia stay kat rumah MIL. Macam rutin biasa untuk anak-anak stay rumah grand parent on weekends. Cuma this time Iman tak dapat join sebab chicken pox dia tu. Sekarang ni kat rumah MIL ada baby. My SIL has delivered a baby boy on same Daiman's born day. So harus lah tak boleh stay situ at the moment.

Like every other weekends for almost 3 years. Morning harus lah berada di pool. Start from 8.30am I go out & return around 1pm. Yea classes habis dalam around 12pm. But after that we had a small discussion then pack all swim aid stuff. Baru lah I masuk changing room untuk bersiap balik rumah.

Balik dari kerja normally I beli je lunch from memane kedai yang sempat. Selalunya kat area tepi UNITEN tu & kedai kat Simpang Balak. Where got time nak masak pulak kan. Unless if my husband sanggup tunggu, would not be a problem. But me masa sampai tu pun dah penat. Mana larat nak pegang senduk bagai dah. Budak plak bila mummy ni sampai, nak ngendeng je. Kita permudahkan je la kat memane ye tak.

Ni bukan apa, saja stop sekejap from rutin lipat baju. hehehe. Kita isi dengan blogging kejap. Kita cuba untuk active menulis balik. Mungkin awal-awal ni gaya penulisan agak hambar. Hahaha. Tak apa nak cerita walau pun sekarang tengah hot cite artis lelaki pukul bini. huk huk huk..

Lipat baju ni memang tak habis-habis kan. Rasa menimbun je. Cuba gak nak buat time weekdays. Tapi so far memang failed la. Nak istiqomah ni payah betul. Should try again by creating as habit. Nak create habit ni at least kene amik masa 2 minggu. Some says 21 days. Haiihh bertabah lahh untuk create habits lipat baju every 3 days. Masa basuh tu memang besttttt je. 2-3 hari sekali humban dalam washing machine then press the button. Kalau la lipat kain juga semudah itu kan best.

Lepas lipat kain ni nak kemas-kemas dapur sikit. Atau mungkin bawak family keluar jap pergi ke tasik ke apa. Malam baru sesi mengemas. Di ikuti dengan sesi gosok baju and preparation untuk hari esok.

Teringat my student said this morning, "It's not fair cuti 2 hari, sekolah 5 hari". Hahaha.
Hope for more holidays. Yeaa just like me.

Related image

Esok dah mula kroje. Harap hari ni boleh settle kroje rumah dulu. Esok ngadap kroje office plak.

Ps: Rasanya ada yang dah mula rasa blues sipi-sipi...hehe #BertabahlahDenganRutin

Friday, July 28, 2017

Something to start again..

Assalammualaikum w.b.t,

Agak lama tak blogging. Curi masa sekejap mencoret di sini. Missing this SweetPea Pumpkin very much. Bila dah lama tak menulis. Bahasa pun agak kucar-kacir. Worst~

Me..nothing much! Busy with work of course. Busy as a wife,..a mother,..a cooker,..a cleaner,..a you name it. House chores that never end. Yea wearing lots lots of hat. Name it, it will be on top of my head.

Anak-anak alhamdulillah. 2 sihat, Nazhan & Ilma. Sorang lagi, Daiman baru recover chicken pox. Ni dalam healing process. Which I'm afraid others will get infected...not now but soon. Just wait & see. Hopefully they wont get infected. Tapi Iman kene pun takde lah teruk sangat. Mild je la. Dah bagi minum sup ayam kampung & minum air kelapa 2-3 biji, tak ada pun keluar banyak bintik ayam tu. hahaha.. So I guess everything undercontrol.

My husband,..well he is busy with his job..his hobby gardening. Tanam macam-macam jenis pokok around the house. And each ada purpose dia. Some for this..some for that. Yang penting ada buah boleh makan. If you come to my house and explore the area, you can pick a fruit. So ini kira edible garden la. Hmm tengah nak racun dia lagi ni tanam pokok lagi. Me, not that I'm not interested. But banyak mende dalam rumah nak di buat. Love gardening too. My hand quite cold to plant a tree ok. Pokok hidup! But my husband lagi terror la. He's experienced a lot by experimenting. And he's also petting a lobster (air tawar of course..mana nak cari laut tgh2 town ni) in the house. Ni pun one of his experiment jugak. Not sure la is it for meal or just pet. Course he did asked me to cook few that has died long time ago. Ada dok keraih lagi dalam fridge. Euuww..wonder who's gonna eat it! yeaarkkss..
(sorry hub)

As some might know I'm now WAHM (working at home mom)..wuuhhuu. Not so wuhuu ok. Has it owns advantage & disadvantage too. So far kind a enjoy it.

Oowhh..okay. I have to stop now. Need to pick up my babies from babysitter house.
Till then...

Pray that I will R.A.J.I.N to blog again okay.

Daa.

Ps: Wanna hears from all of you too...how's life been doing?


Tuesday, January 17, 2017

First Born Daughter (3rd Baby Pregnancy)

      Jangan gelak kalau baca entry di bawah. Most in draft and will be published. From the date stated korang tau la brapa lamanya pending. For your information Ilma will be 9 months soon. See seee..lama kan nak publish. Ampunnn, mak busy. Ingatkan masa keja ofis and handle anak 3 tu busy giler abis when I resign last year. Tapi hidok ye. WAHM pun busy kemain lagi. Kadang tak kisah skip lunch asalkan keje siap as target. Skip lunch kurusnye idok juge...sabor je la teman.
Enjoice ye korang entry perkasam baru publish.

Assalamualaikum w.b.t,

Salam 19 Shawal 1437. Jumaat ni relax-relax sikit keje. Just to make sure everything that need to be delivered is done. Esok confirm banyak open house and kenduri kan. Maklumlah raya kan sebulan. Confirm lepas raya pun ade lg wat open house. hehe

Ok la, since dah lama delay nak cerita pasal anak no 3. Kalau nak tau sebab apa since the last update last year tu langsung tak update, is because I got myself pregnant. Eh tak, my husband made me pregnant. Kekekeke.

Not like my previous pregnancy, kali ni agak lain sikit. Kali ni pregnant morning sickness tu ada. Tapi terkawal. Contoh kalau berus gigi tak leh jolok dalam-dalam sangat nanti nak termuntah. Kali ni banyak nak makan sayur-sayur and buah-buah je. Everyday mesti mesti beli salad bowl with balsamic vinegar dressing. Layannnzzz. Or else roasted sesame dressing. Ketagih wooo. Tembikai plak hari-hari kena ada. Asal habis je mesti beli. Masa tu kan panas terlampau. So imagine lah kalau makan tembikai sejuk-sejuk straight from peti ais dalam musim panas. Heaven on earth kauu.

 Then suka gak la makanan manis like cakes n kuih-kuih melayu. Daging agak kurang. Ikan sukeeee. Seafood sukeeee. Then kalau nak dessert tu, nak deco yang fancy cute mute. hahaha. Paling ketara, masa raya haji lepas I cannot smell daging. Rasa mual and pening. Then tak suka sup daging, tulang, ekor, anything related with lembu. Uuuweekkk. Bukan nak mengada tapi memang tak boleh. Even sebut pun tak boleh. Terus terbayang sup tu dengan lemak-lemak daging, tulang and so on, rasa nak muntah. Tu je la. Yang lain-lain okay lagi. Patut lah masa gi JB, try ZZ Sup Tulang rasa tak enjoy lansung. Padahal I'm a SUPER EXTREME HUGE FAN of sup tulang-ekor-daging lemak-lemak-gear box ni. Bila mengandung je I am surrender. Please pergi jauh-jauh even from my mind and imagination.

Masa pregnant kali ni berat pun dah 65kg kalau tak silap. So memang lah berjaga-jaga tak nak naik badan sangat. Tak mau dah gemok-gemok masa pregnant. Tak mau dah deliver baby 3.3kg above. And I'm imagine my delivery this time would be like 'pop'-'dush'-out from my vijayjay. hahaha. (unfortunately it worst..later will share).

As most knows, I'm a swim instructor. So masa preggy I never stop swimming & classes. After swimming class, I do my own swim work out for 20-30 mins. Every weekend my class on Saturday would be 2-4 hours in the morning & 2 hours in the evening. On Sunday 2-4 hours in the morning. Imagine la betapa penat selepas mengajar swimming. Selalunya memang melantak. Tapi time pregnant ni siap tak lalu makan sangat. Tapi minum tu tersangat banyak. Normally tengah hari beli lauk, I just ate separuh je. Or cucur or roti. Tu je. My weight kejap naik, kejap turun. Mula-mula check up KKIA, berat asyik menurun je. Then kena jumpa DR., baru lah I expose that I have been work out. So dia kata ok, good. No problem with your weight at all. Not effected your pregnancy. I continue swimming sampai lah 8 month pregnancy. Stop pun sebab nak prepare barang baby. If not, mau ku continue sampai beranak. kakakaka..

Alhamdulillah. Berat badan dapat di kawal. Masa delivery pun just 75kg cam tu.

Ramai cakap anak I kulit putih bersih. Nak kata rahsia apa-apa tak ada pun. Daiman + Ilma kalau tengok memang cerah. Masa Daiman selalu amalkan Gulsan pati delima, air kelapa, tembikai, kurma, habbatusauda, susu kambing, susu Alpha Lipid Lifeline & AuraWhite. Kalau tengok Daiman memang orang kata cute sangat (padahal akal dia MasyaAllah). Masa preggykan Ilma plak, amik VCO, air kelapa & tembikai almost setiap hari ada, susu kambing, susu full cream, kurma & Ephyra. Alhamdulillah, kulit Ilma cantik bersih macam Daiman. Kalau nak dapat anak kulit cantik & sihat boleh la kot try makanan tersebut. Bukan putih yang penting. Tapi sihat & bersih.

Tapi memang la, syndrom mak anak 3 ni lain sikit. Pergi check up confirmkan pregnancy pun lambat. Check up scan or tak scan pun tak kisah. And banyak mende dah take things light and easy. Means asal boleh je la.

Kelas antenatal tu mula plan nak attend ngan hubby. Tapi disebabkan busy melampau, lupekan je la.

Barang-barang baby takde la beli banyak pun. Sekadar perlu je. Masa nak beli tak tau nak beli biru ke pink. Last2 lantak la kaler apa pun tibai je la. Sebab dari awal check up, sampai ke sudah Dr. macam tak leh nak confirm jantina. Main percent2 gitu. Tapi Alhamdulillah kuar gak munngee.

Pasal kelahiran Ilma, nanti akan di-share-kan kemudian. 

Nur Ilma Nafia
3.2 kg
24/5/2016
(pict taken on day 27th)


Daa.


Sunday, January 1, 2017

2017

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, dipanjangkan usia bertemu dengan 2017.

Hari ni bersiaran dari Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Hahaha...Baru nak mula blogging. Ilma dah menangis. Dugaan. InsyaAllah blog ini akan kembali aktif mulai hari ni. Azam baru. And of course ada target baru. 

Zihan sudah tidak lagi bekerja dengan syarikat IT. Tapi berkhidmat dengan seorang lady boss. Yeah, lady boss again. And this time is different. I will be working from home. Once in 2 weeks will have a meeting with her. Time management is most important. Harap this time much more better in task deliverable. Takde la asyik langgar time line je.

Swimming instructor, masih lagi diteruskan. Banyak planner untuk upgrade myself as instructor. Nak amik course itu, course ini. Harap-harap tercapai.

Yep, I'm changing career. Siapa kata tak berdebar. Sangat okay. Maklum lah, sebelum ni confirm at the end of the month ada salary. Tapi kali ni, anda usaha anda dapat. Will share more in next entry.
Mungkin entry-entry akan datang, banyak entry kenang kenangan yang saya tak update sebelum ni. Like lil Ilma Nafia, Shifting Career and more. Gambar banyak that remind me the memory. 

So thats all for now.

Before I end today,

Image result for 2017 wishes images

Semoga apa yang kita rancang untuk 2017 menjadi satu kenyataan dengan izin Allah.

Da.