First Born Daughter (3rd Baby Pregnancy)

3:48 PM

      Jangan gelak kalau baca entry di bawah. Most in draft and will be published. From the date stated korang tau la brapa lamanya pending. For your information Ilma will be 9 months soon. See seee..lama kan nak publish. Ampunnn, mak busy. Ingatkan masa keja ofis and handle anak 3 tu busy giler abis when I resign last year. Tapi hidok ye. WAHM pun busy kemain lagi. Kadang tak kisah skip lunch asalkan keje siap as target. Skip lunch kurusnye idok juge...sabor je la teman.
Enjoice ye korang entry perkasam baru publish.

Assalamualaikum w.b.t,

Salam 19 Shawal 1437. Jumaat ni relax-relax sikit keje. Just to make sure everything that need to be delivered is done. Esok confirm banyak open house and kenduri kan. Maklumlah raya kan sebulan. Confirm lepas raya pun ade lg wat open house. hehe

Ok la, since dah lama delay nak cerita pasal anak no 3. Kalau nak tau sebab apa since the last update last year tu langsung tak update, is because I got myself pregnant. Eh tak, my husband made me pregnant. Kekekeke.

Not like my previous pregnancy, kali ni agak lain sikit. Kali ni pregnant morning sickness tu ada. Tapi terkawal. Contoh kalau berus gigi tak leh jolok dalam-dalam sangat nanti nak termuntah. Kali ni banyak nak makan sayur-sayur and buah-buah je. Everyday mesti mesti beli salad bowl with balsamic vinegar dressing. Layannnzzz. Or else roasted sesame dressing. Ketagih wooo. Tembikai plak hari-hari kena ada. Asal habis je mesti beli. Masa tu kan panas terlampau. So imagine lah kalau makan tembikai sejuk-sejuk straight from peti ais dalam musim panas. Heaven on earth kauu.

 Then suka gak la makanan manis like cakes n kuih-kuih melayu. Daging agak kurang. Ikan sukeeee. Seafood sukeeee. Then kalau nak dessert tu, nak deco yang fancy cute mute. hahaha. Paling ketara, masa raya haji lepas I cannot smell daging. Rasa mual and pening. Then tak suka sup daging, tulang, ekor, anything related with lembu. Uuuweekkk. Bukan nak mengada tapi memang tak boleh. Even sebut pun tak boleh. Terus terbayang sup tu dengan lemak-lemak daging, tulang and so on, rasa nak muntah. Tu je la. Yang lain-lain okay lagi. Patut lah masa gi JB, try ZZ Sup Tulang rasa tak enjoy lansung. Padahal I'm a SUPER EXTREME HUGE FAN of sup tulang-ekor-daging lemak-lemak-gear box ni. Bila mengandung je I am surrender. Please pergi jauh-jauh even from my mind and imagination.

Masa pregnant kali ni berat pun dah 65kg kalau tak silap. So memang lah berjaga-jaga tak nak naik badan sangat. Tak mau dah gemok-gemok masa pregnant. Tak mau dah deliver baby 3.3kg above. And I'm imagine my delivery this time would be like 'pop'-'dush'-out from my vijayjay. hahaha. (unfortunately it worst..later will share).

As most knows, I'm a swim instructor. So masa preggy I never stop swimming & classes. After swimming class, I do my own swim work out for 20-30 mins. Every weekend my class on Saturday would be 2-4 hours in the morning & 2 hours in the evening. On Sunday 2-4 hours in the morning. Imagine la betapa penat selepas mengajar swimming. Selalunya memang melantak. Tapi time pregnant ni siap tak lalu makan sangat. Tapi minum tu tersangat banyak. Normally tengah hari beli lauk, I just ate separuh je. Or cucur or roti. Tu je. My weight kejap naik, kejap turun. Mula-mula check up KKIA, berat asyik menurun je. Then kena jumpa DR., baru lah I expose that I have been work out. So dia kata ok, good. No problem with your weight at all. Not effected your pregnancy. I continue swimming sampai lah 8 month pregnancy. Stop pun sebab nak prepare barang baby. If not, mau ku continue sampai beranak. kakakaka..

Alhamdulillah. Berat badan dapat di kawal. Masa delivery pun just 75kg cam tu.

Ramai cakap anak I kulit putih bersih. Nak kata rahsia apa-apa tak ada pun. Daiman + Ilma kalau tengok memang cerah. Masa Daiman selalu amalkan Gulsan pati delima, air kelapa, tembikai, kurma, habbatusauda, susu kambing, susu Alpha Lipid Lifeline & AuraWhite. Kalau tengok Daiman memang orang kata cute sangat (padahal akal dia MasyaAllah). Masa preggykan Ilma plak, amik VCO, air kelapa & tembikai almost setiap hari ada, susu kambing, susu full cream, kurma & Ephyra. Alhamdulillah, kulit Ilma cantik bersih macam Daiman. Kalau nak dapat anak kulit cantik & sihat boleh la kot try makanan tersebut. Bukan putih yang penting. Tapi sihat & bersih.

Tapi memang la, syndrom mak anak 3 ni lain sikit. Pergi check up confirmkan pregnancy pun lambat. Check up scan or tak scan pun tak kisah. And banyak mende dah take things light and easy. Means asal boleh je la.

Kelas antenatal tu mula plan nak attend ngan hubby. Tapi disebabkan busy melampau, lupekan je la.

Barang-barang baby takde la beli banyak pun. Sekadar perlu je. Masa nak beli tak tau nak beli biru ke pink. Last2 lantak la kaler apa pun tibai je la. Sebab dari awal check up, sampai ke sudah Dr. macam tak leh nak confirm jantina. Main percent2 gitu. Tapi Alhamdulillah kuar gak munngee.

Pasal kelahiran Ilma, nanti akan di-share-kan kemudian. 

Nur Ilma Nafia
3.2 kg
24/5/2016
(pict taken on day 27th)


Daa.


You Might Also Like

0 baby's note!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images