Tuesday, January 17, 2017

First Born Daughter (3rd Baby Pregnancy)

      Jangan gelak kalau baca entry di bawah. Most in draft and will be published. From the date stated korang tau la brapa lamanya pending. For your information Ilma will be 9 months soon. See seee..lama kan nak publish. Ampunnn, mak busy. Ingatkan masa keja ofis and handle anak 3 tu busy giler abis when I resign last year. Tapi hidok ye. WAHM pun busy kemain lagi. Kadang tak kisah skip lunch asalkan keje siap as target. Skip lunch kurusnye idok juge...sabor je la teman.
Enjoice ye korang entry perkasam baru publish.

Assalamualaikum w.b.t,

Salam 19 Shawal 1437. Jumaat ni relax-relax sikit keje. Just to make sure everything that need to be delivered is done. Esok confirm banyak open house and kenduri kan. Maklumlah raya kan sebulan. Confirm lepas raya pun ade lg wat open house. hehe

Ok la, since dah lama delay nak cerita pasal anak no 3. Kalau nak tau sebab apa since the last update last year tu langsung tak update, is because I got myself pregnant. Eh tak, my husband made me pregnant. Kekekeke.

Not like my previous pregnancy, kali ni agak lain sikit. Kali ni pregnant morning sickness tu ada. Tapi terkawal. Contoh kalau berus gigi tak leh jolok dalam-dalam sangat nanti nak termuntah. Kali ni banyak nak makan sayur-sayur and buah-buah je. Everyday mesti mesti beli salad bowl with balsamic vinegar dressing. Layannnzzz. Or else roasted sesame dressing. Ketagih wooo. Tembikai plak hari-hari kena ada. Asal habis je mesti beli. Masa tu kan panas terlampau. So imagine lah kalau makan tembikai sejuk-sejuk straight from peti ais dalam musim panas. Heaven on earth kauu.

 Then suka gak la makanan manis like cakes n kuih-kuih melayu. Daging agak kurang. Ikan sukeeee. Seafood sukeeee. Then kalau nak dessert tu, nak deco yang fancy cute mute. hahaha. Paling ketara, masa raya haji lepas I cannot smell daging. Rasa mual and pening. Then tak suka sup daging, tulang, ekor, anything related with lembu. Uuuweekkk. Bukan nak mengada tapi memang tak boleh. Even sebut pun tak boleh. Terus terbayang sup tu dengan lemak-lemak daging, tulang and so on, rasa nak muntah. Tu je la. Yang lain-lain okay lagi. Patut lah masa gi JB, try ZZ Sup Tulang rasa tak enjoy lansung. Padahal I'm a SUPER EXTREME HUGE FAN of sup tulang-ekor-daging lemak-lemak-gear box ni. Bila mengandung je I am surrender. Please pergi jauh-jauh even from my mind and imagination.

Masa pregnant kali ni berat pun dah 65kg kalau tak silap. So memang lah berjaga-jaga tak nak naik badan sangat. Tak mau dah gemok-gemok masa pregnant. Tak mau dah deliver baby 3.3kg above. And I'm imagine my delivery this time would be like 'pop'-'dush'-out from my vijayjay. hahaha. (unfortunately it worst..later will share).

As most knows, I'm a swim instructor. So masa preggy I never stop swimming & classes. After swimming class, I do my own swim work out for 20-30 mins. Every weekend my class on Saturday would be 2-4 hours in the morning & 2 hours in the evening. On Sunday 2-4 hours in the morning. Imagine la betapa penat selepas mengajar swimming. Selalunya memang melantak. Tapi time pregnant ni siap tak lalu makan sangat. Tapi minum tu tersangat banyak. Normally tengah hari beli lauk, I just ate separuh je. Or cucur or roti. Tu je. My weight kejap naik, kejap turun. Mula-mula check up KKIA, berat asyik menurun je. Then kena jumpa DR., baru lah I expose that I have been work out. So dia kata ok, good. No problem with your weight at all. Not effected your pregnancy. I continue swimming sampai lah 8 month pregnancy. Stop pun sebab nak prepare barang baby. If not, mau ku continue sampai beranak. kakakaka..

Alhamdulillah. Berat badan dapat di kawal. Masa delivery pun just 75kg cam tu.

Ramai cakap anak I kulit putih bersih. Nak kata rahsia apa-apa tak ada pun. Daiman + Ilma kalau tengok memang cerah. Masa Daiman selalu amalkan Gulsan pati delima, air kelapa, tembikai, kurma, habbatusauda, susu kambing, susu Alpha Lipid Lifeline & AuraWhite. Kalau tengok Daiman memang orang kata cute sangat (padahal akal dia MasyaAllah). Masa preggykan Ilma plak, amik VCO, air kelapa & tembikai almost setiap hari ada, susu kambing, susu full cream, kurma & Ephyra. Alhamdulillah, kulit Ilma cantik bersih macam Daiman. Kalau nak dapat anak kulit cantik & sihat boleh la kot try makanan tersebut. Bukan putih yang penting. Tapi sihat & bersih.

Tapi memang la, syndrom mak anak 3 ni lain sikit. Pergi check up confirmkan pregnancy pun lambat. Check up scan or tak scan pun tak kisah. And banyak mende dah take things light and easy. Means asal boleh je la.

Kelas antenatal tu mula plan nak attend ngan hubby. Tapi disebabkan busy melampau, lupekan je la.

Barang-barang baby takde la beli banyak pun. Sekadar perlu je. Masa nak beli tak tau nak beli biru ke pink. Last2 lantak la kaler apa pun tibai je la. Sebab dari awal check up, sampai ke sudah Dr. macam tak leh nak confirm jantina. Main percent2 gitu. Tapi Alhamdulillah kuar gak munngee.

Pasal kelahiran Ilma, nanti akan di-share-kan kemudian. 

Nur Ilma Nafia
3.2 kg
24/5/2016
(pict taken on day 27th)


Daa.


Sunday, January 1, 2017

2017

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, dipanjangkan usia bertemu dengan 2017.

Hari ni bersiaran dari Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Hahaha...Baru nak mula blogging. Ilma dah menangis. Dugaan. InsyaAllah blog ini akan kembali aktif mulai hari ni. Azam baru. And of course ada target baru. 

Zihan sudah tidak lagi bekerja dengan syarikat IT. Tapi berkhidmat dengan seorang lady boss. Yeah, lady boss again. And this time is different. I will be working from home. Once in 2 weeks will have a meeting with her. Time management is most important. Harap this time much more better in task deliverable. Takde la asyik langgar time line je.

Swimming instructor, masih lagi diteruskan. Banyak planner untuk upgrade myself as instructor. Nak amik course itu, course ini. Harap-harap tercapai.

Yep, I'm changing career. Siapa kata tak berdebar. Sangat okay. Maklum lah, sebelum ni confirm at the end of the month ada salary. Tapi kali ni, anda usaha anda dapat. Will share more in next entry.
Mungkin entry-entry akan datang, banyak entry kenang kenangan yang saya tak update sebelum ni. Like lil Ilma Nafia, Shifting Career and more. Gambar banyak that remind me the memory. 

So thats all for now.

Before I end today,

Image result for 2017 wishes images

Semoga apa yang kita rancang untuk 2017 menjadi satu kenyataan dengan izin Allah.

Da.

Wednesday, July 20, 2016

Milk Story Health Bar

Assalamualaikum w.b.t,

Seperti semua sedia maklum especially kat FB, I dah pun naik taraf Mak Anak 3. Tak sempat lagi nak share pasal beranak pinak ni. Nanti I blog pasal tu. But before that meh sini I nak share pasal 1 of The Milk Story Product. And 1 of the successful agent yang jual produk ni adalah Lunatots.


It begins when I go through their FB. I memang suka tengok-tengok page Lunatots ni. Kot-kot la ada offer apa-apa. Sebab sebelum tu I beli their Milk Story product masa dalam pantang. Then I came across 1 status as below.


So tunggu apa lagi kan, terus la up comment kat situ. Sape tak nak. Benefit tinggi kot Healthy Bar by Milk Story ni. 

Tup tup...after waiting for awhile...see no. 9, my name comes up.


 Weehuuu...dah terimagine kesedapannya. Tapi I terima agak lewat sebab I lambat sikit respon kat Miss Lunatots.


Ingredients;
OAT , ALMOND , RAISINS

And the calories only 93.11.

chewy tasty healthy bar

I like the taste. Not like the other healthy bar, this one is not that sweet. Manis dengan raisin dia je. And kalau makan healthy bar ni bersama teh o or susu, teramatlah layan.

Cepat-cepat lah keluar produk ni...memang sedap! 


Thursday, July 14, 2016

ZALORA LEVI'S ONLINE

Assalamualaikum w.b.t,

Levis – Jenama Jeans Paling Popular di Malaysia

Pernah dengar tak? Haaa 1 brand yang gah dan tak perlu diperkenalkan lagi. Boleh di katakan, setiap orang mesti ada 1 Levis dalam almari. Selalu jeans ni orang akan pakai sampai rabak. Even dah rabak pun koyak kat sana sini pun pakai laki. Pesyen pe pakai suar koyak2 ni. Hehehe


Ha tengok tu promo baru Levi's.
Nampak Panas (Look Hot). Kekal Sejuk (Keep Cool).
Cepat Kering (Quick Drying). Boleh Bernafas (Breathable). kakakaka
Giler makkss direct translation.

Ada logik gak tu. Look Hot tu more to nampak mengancam lah. Levis' Jean mane panas pun. Tak pernah la aku experience pakai Levis tetibe panas semedang. Ko seru jin kot la panas...

Kekal Sejuk...yeah.  Aku sangat selesa dengan Levis.

Cepat kering. Tetibe masa tu hujan ke,..kene simbah ngan air jalan ke..tak ada selebet sangat since jeans ni mudah kering.

Boleh Bernafas. Bukan jean tu bernafas tau. hahaha. Lintang pukang nanti jeans bernafas. Means here tak ada la ko rasa sesak sangat sebab ianya selesa.


Biasa dengan rekaan koleksi Levi’s 501? Semua penggemar jeans pastinya biasa dengan koleksi yang pernah mencetus fenomena ini. Jenama jeans no 1 dunia, Levi’s telah ditubuhkn sejak tahun 1853 oleh Levi Strauss dan masih bertahan sehingga kini. Bukan sahaja menawarkan aneka pilihan seluar jeans untuk lelaki dan wanita, Levis juga membawakan koleksi baju-t, kemeja, wallet, dan juga aksesori lain. Apa yang membuatkan jenama ini cukup dipercayai adalah kerana kualiti produk yang dihasilkan terutama sekali  koleksi Jeans Levis adalah yang terbaik dan tahan dalam tempoh yang panjang.

Kini, Levi’s dengan bangganya telah membawakan kepada para penggemar di seluruh dunia aneka
potongan dan koleksi jeans yang cukup trendi dan original. Temui koleksi straight cut jeans, skinny jeans, boyfriend jeans, flare jeans dan lain-lain lagi, semuanya boleh korang temui di bawah jenama yang hebat ini. Hari ini korang boleh menemui butik Levi’s di setiap bandar di seluruh negara termasuklah di Malaysia sendiri. Walaupunbegitu, koleksi jeans Levi’s ini masih ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan dan amat berbaloi dengan tahap kualiti yang diberikan kepada para pembeli.

Selain koleksi seluar jeans, korang juga boleh menemui aneka pilihan koleksi skirts, kemeja dan t-shirt keluaran jenama Levi’s dengan kualiti yang cukup terbaik. Kalau korang salah seorang penggemar Levi’s, milikilah koleksi jeans Levi’s hari ini juga dan korang juga  boleh membuat pembelian secara online di ZALORA Malaysia dengan pantas dan cukup mudah!

Tengok ni...

 

Aku suka dark color cam ni...gelap baru nampak slim, ye tak? =P

 

Hmm..nice jugak ni untuk shuben pakai g keje (casual looks)

 

Yang atas tu rareeee...nice kalau pakai ngan Long White Blouse.

I suka Levis straight & low cut, and bila terpandang koleksi yang ada kat ZALORA ni. Rasa membuak2 pulak nak beli. Siap ada potongan harga 25% tu. Rugi rugi kalau tak angkat satu. Korang pe lagi..cepat2 la serbu ZALORA. hehe

K..nak continue shopping.

Da.

Monday, July 11, 2016

Aidilfitri 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ke 6 Syawal. Tak terlambat lagi kan untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca blog ni. Mohon ampun dan maaf seandainya ada salah & silap ketika berbicara, berkelakuan, termakan & minum dan segalanya. Ampunnn...


Tahun ni beraya ala kadar di rumah sahaja. Kalau nak ikutkan tahun ni turn beraya di kampung aku. Tapi since husband kerja (closing 2nd quarter), baru balik dari berpantang di S.P & baby baru 2 bulan lebih. Maka banyaknya masa habis di rumah.

Bila dah sedar dari awal keadaan yang bakal kiteorang tempuhi akan macam ni, maka tak ada la sangat persiapan raya. Baju raya baik baju pak, mak and anak-anak, recycle balik baju masa kenduri adik ipar bulan Feb hari tu. Kuih raya tak buat pun. Beli pun yang sedap untuk anak tekak sendiri je. Rendang ketupat lemang pun tak ada. Tak sempat nak membeli belah barang-barang basah. Lemang ngan ketupat plak memang banned this year, sebab tuan rumah berpantang..kikiki. Rumah, tak ada apa yang baru. Semua sama ja. Pendek kata serba serbi jimat tahun ni. Duit pun dah banyak abis untuk bersalin, berpantang & travelling. So jangan banyak bunyik.

Raya Pertama cam biasa la. Mak ni bangun awal sikit mandi sunat hari raya. Lambat nanti mandi pukul 12, nak kene kelek anak je nanti. So mandi awal. Kemas-kemas rumah apa yang patut. Then anak-anak bangun, siap kan diorang plak. Lepas sembahyang raya baru balik rumah Mak Mertua yg tak jauh mana tu. Husband plak siap-siap untuk buat kerja opis dia. Jadi tak ada lah gambar raya satu family. Dah la 1st Raya Ilma. Sedih~

Ilma 1st Raya...jeling-jeling gitew

Tok, Wan & Cucu-cucu (dah 6 orang)

Daddy & Anak-anak

Aidilfitri Family Photo 2016

Lepas husband abis kerja, dia bawak kami raya kat Starbucks. Actually pergi situ untuk claim food allowance je. Bawak anak-anak lepak sekejap before kene kurung kat rumah je nanti.

Raya in Kajang be like...

Kiteorang stay rumah MIL sampai malam. Almost midnight baru balik rumah. The next day, family MIL gerak balik kampung kedah. And our raya just at home. Then pergi rumah makcik kat Sg. Ramal & Serdang. Susah nak gerak jauh-jauh sebab hub keje. InsyaAllah lepas ni boleh la pergi jalan-jalan. Wana meet my friends actually. Kalau nak datang rumah kiteorang please inform awal-awal okay. So I can cook for you. At the moment kalau datang surprise-surprise ni, don't be surprise kang kuih 4segi je nanti. hehehe.

Hari ni nampaknya jalan masih lengang. Datang kerja pagi tadi pun tak jem langsung. Wait til tomorrow. Sure hazab nak ngadap rutin. Ok la..til then.

Da.