Thursday, August 13, 2009

Never say..

Assalamualaikum,


Dun really understand, why it has to be like this??

1 of my fren told me, even a sibling came out from the same mother's tummy and grow up under the same roof still quarrel/fighting,..so do couples which grow with different kind environment...DUGAAN!

****************************************************************************

DALAM menjalin ikatan suci antara anda dan pasangan, memang hati berbunga menyambut huluran cenderahati daripada yang tersayang.
Si dia pula sudah lama tahu anda mengidamkan sesuatu lantas menghadiahkan sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Namun, tidak semua cenderahati menjadi idaman pasangan bercinta. Cukup anda memahami dirinya pada saat dia kesedihan, sempurna rasanya apabila anda orang pertama tiba ketika dia memerlukan bantuan.

Lalu, apa sebenarnya yang diimpikan pasangan berkasih?

Cenderahati yang dinyatakan ini tidak dijual di mana-mana kedai atau pasar raya. Menariknya, ia tidak perlu dibeli, tetapi boleh dihadiahkan setiap saat dan hari.

Cenderahati ini juga yang paling terindah dan tidak ternilai buat insan yang anda sayangi. Renungkan ia jika anda sudah melakukannya atau tidak pernah terlintas di hati untuk melaksanakannya:

  • Kehadiran

  • Kehadiran orang yang dikasihi - satu cenderahati tidak ternilai harganya kepada si dia. Selain itu, anda juga boleh berutus surat, telefon, gambar atau apa saja kemudahan canggih seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel mahupun memanfaatkan telefon bimbit sewajarnya.
    Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada di sisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh serta intensif. Oleh itu, kehadiran yang anda wujudkan juga sangat penting. Jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

  • Mendengar

  • Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini kerana kebanyakan orang lebih suka didengar daripada mendengar. Sejak dulu, kita tahu sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
    Berikan cenderahati ini dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda sudah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap kata yang disampaikan.
    Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela atau mengkritik apatah lagi mengulas. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih, sudah memadai untuknya.

  • Diam

  • Seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain.
    Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya 'ruang'.
    Keterlaluan jika seharian kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik, lalu sesekali kelukan lidah daripada mengeluarkan sebarang bicara.

  • Kebebasan

  • Mencintai seseorang bukan bermakna memberi hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah mengaku yang anda mencintai seseorang jika selalu menyimpannya dalam hati?
    Memberi kebebasan adalah perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih daripada itu, memberi kebebasan adalah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukannya.

  • Keindahan

  • Siapa yang tidak bahagia jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga salah satu cenderahati. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahinya setiap hari!
    Kecantikan diri lambang peribadi dan anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, pasu bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan berhias indah.

  • Tanggapan positif

  • Tanpa sedar anda sering memberikan penilaian negatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang anda sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya pada kita.
    Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cuba ingat, berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya untuk anda? Pernahkah anda memujinya? Kedua-dua hal itu cenderahati yang sering tidak dilupakan.

  • Sedia mengalah

  • Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan hebat. Seharusnya, anda perlu pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan sesuatu persoalan? Apabila anda memikirkan hal ini, bermakna anda sudah bersedia untuk memberikan cenderahati kepadanya kerana sedia mengalah. Anda tentu akan berasa kesal atau marah jika si dia tidak menepati janji.
    Tetapi jika kesalahan itu dilakukan kali pertama, mengapa ia dijadikan punca pertengkaran sehingga berlarutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan diri tidak ada satu pun manusia yang sempurna di dunia ini.

  • Senyuman

  • Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika resah.
    Senyuman juga bagaikan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling. Semoga hidup lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.


    Share from : Metro

    0 baby's note!:

    Post a Comment