Monday, November 30, 2009

Sloww Mlooww..

Assalamualaikum,

Hari ni kite dh keje,..keje kite cont ngan proposal untuk client.

Semalam baru sampai dari Perlis. Alhamdulillah seronok gak raya korban kali ni.

Tp perjalanan pegi dan balik amatlah memenatkan...penat giloss!!

pesal ayat cam skematik plak ni...adieh! kene tuning len nih..

Nak dijadikan cerita, after ofis hour hari khamis sebelum bertolak balik ke perlis sambil menanti ketibaan adik ku dari Nilai...aku telah pun mengambil kesempatan berpoya-poya dgn raksasa. hehehe,..Jenuh gak la nak pujuk die ptg tu..THANK YOU En. MONSTER! =p

Maklum laa weken ni kat kampung, nak khodo dating cm x best,..kalo terlebiy xpe!! =D so I make it in advanced laa!! Sebelum tinggai die..layan cukup2 dulu,..huhuhu
X pegi mane pun, just jenjalan kat KLCC n dinner je. Sambil2 tu, terbeli plak tiket wayang Twilight Saga: New Moon untuk tontonan bersama di malam Ahad nanti. Ni pun plan in advanced gk ocayy!! Haruss..

Malam tu around 10 dh bertolak ke Kangar...guess at what time i arrived??
Almost at 6 in the morning ok..fuh letih gilerr! Sib bek la pg tu aku peot. So x payah la g semayang raya.

Tghari tu pegi umah atok..umah tok ndak...then bertolak ke Taiping plak! Giler aaa aku raya on journey je...sebelum ke Taiping singgah sebentar di Sik Kedah. My acikros wat kenduri korban untuk anak die...huuu superb laa dpt mkn sup gear box! nyumm nyummm...

Kat taiping ade kenduri korban gak. Sponsor by my uncle Aziz. Kenduri korban ni merangkap gathering To' Senik Clan laa..best! Ade sesi memperkenalkan ahli keluarga and amik kesempatan skali utk jemputan Majlis Perkahwinan Shida (my kazen) and Me. Penuh umah arwah wan hari tu..gamat-gamat! Riuh rendah...

Insyallah nanti ade gath lagi,..dgr2 cite Langkawi kot. Sebab keturunan To' Senik ni byk lg kat Langkawi...

Ahad pagi after bfast, bertolak balik semula ke KL. And jalan sememangnyee JAMMM! Teringat tiket wayang New Moon kul 8. maka aku pun memecut,..cilok kiri dan kanan.. sempat men ngan BMW (nenek dgr sure nangis =p) k...sib bek x barai je! huhu.. Even lorong kecemasan pun aku sapu gak....oopppsss! Mintak halal la ekk..=p

And bleh plak, bile dh sampai KL...Kunci kete adik aku tertinggal kat Perlis. Adieh!! Hangin aku dengar...padahal malam sebelum tu aku dh sorok dalam kete... And kunci umah die plak kat dalam kete...huhu Kim Salam aaa bleh balik Nilai. At last decide angah dtg hantar kunci kete and JJ stay kat motel in nilai dulu...huhu ampagas betui laa...

Tragedi...ke Tragedik??...adieh!! (kelepap kat dahi!!)



.

Wednesday, November 25, 2009

upsNdowns

Assalamualaikum,

hari ni aku cube nk menyetelkan proposal aku,..tp x gk setel2. After raya weken ni terus aku kene mengadap muke client untuk application requirement die. Kire ni projeck mukadimah untuk ujung tahun ni. Tp kalo x sempat maybe early next year. Tp bape lame sangat pun kan..

Esok dah khamis..siyesly aku dh xde mud nak kroje. Tp aku nak call for appointment next week. Next year is the year to make moooooorreeee moneyyyy! Now aku pun dh ade KPI k...kalo x achieve next year, abis laaaa!! Naseb aku mungkin akan same mcm nasib Dr Dolittle...kene fired!...sebabnye he made too little! huhuhu

Ooohh Tuhan, Kau murahkan la reseki ambe mu ini...AMIIINNN!! (amin ramai2 wei!!)

Esok plak ade partner-reseller event kt Kiara. Siap wat bowling tuuu...alahai nak entertainment client...kalo ade masa nak gak baling...tp kene tgk keadaan gk la. Malam esok aku dh nk bertolak balik kampung.

Ikut plan dulu2, parents aku nak lepak kl. But after mama kene operate n uncle aku plak nak wat kenduri so x jadi la nak lepak kt kl. Aku plan bertolak ngan adik aku around 9 or 10 cm tu la...myb around 2 or 3 sampai la kat umah. Tp raya2 ni x tau nak ckp la kan...sure ade jem ckit2. Mama call td pun dh siap pesan memesan, suh aku n adik aku drv carefulli...katernyee kete banyak...n jalan licin coz ujan...n make sure condition kete ok....YES MUM! I will! =D

Balik ni sure banyak mende nak kene bincang kan...My wedding preparation!
Banyak mende lg ni x wat. Aku pun pening. Alhamdulillah raksasa dah amik pun borang2 dari pejabat agama. After setle sebelah die, sebelah aku plak nak kene wat...booking tok kadi. Nak tgk catering, pelamin, bilik beradu, gift,...n etc.

Sure aku bertekak2 punye nih...huuuu kene praktis vokal dulu nih!!


Ntah mengape aku tetibe ingin berjalan2 di kedai buku kat JJ Keramat AU malam ni. Ade banyak buku ilmiah kat situ...salah satunyee jeng..jeng..jeng!! =p

Actually aku ade terlihat iklan pasal buku ni dalam majalah. So gatai la pegi mencari malam ni...macam xde besok dah! Bukan pe, aku nak buat buku ni sebagai hadiah.

Eheemm..ehemm..

Hadiah ni aku pilih untuk seorg jejaka ni...Aku kenal die almost 4 tahun dulu. X lame lg die ni akan berkahwin dengan seorg pompuan..(memang la kan...xkn ngan nyah plak!...x kuase maakkkk!! =p) So for his beday soon, i was thinking nak beli kan die buku ni..

Buku ni untuk mendidik suami untuk mengenali isteri lahiriah dan batiniah..Supaya nanti senang la die nak mendidik si isteri kelak..And mungkin ilmu dari buku ni mampu membimbing kedua2 mempelai untuk membina keluarga harmoni dan sentiasa di bawah lembayung keberkatan.

Bagus x ade kawan cam aku...wakakaka (puji diri senirik!!)

Sape jejaka tu??...Ensem ke x??...Aaaaa ini...SSSSHhhhhhh

BIARLAH RAHSIA.....but nanti bile kite dah bagi hadiah ni baru kite cite k..
SAPE DIE JEJAKA INI....kasi suspen ckit!

agak-agak raksasa jeles x?? =p



.

Tuesday, November 24, 2009

Close...Alhamdulillah!

Assalamualaikum,

Perrrgghh lame wei x bercerita ape2 kat sini...cian blog aku nih! And cian gak la kepada peminat yg beberapa kerat ni yang menanti akan kemunculan crite baru aku..

** bunyi cam bikin album je....buuwekkk!!

Banyak cite...sampai xtau nak cite ape...

Tp ni entry cerita hari ni punye...

Today after 1 year plus been working on this account. I manage to close the deal! Alhamdulillah...with the help from my boss, PM team...n emotion support from raksasa.

Now waiting the job to be completed and payment from the agency...
Cant wait to smelll it!! $$$$$...

Maybe tu rezeki aku nak kawen kot...syukur sangat!

Untuk this account, aku dh prospect for few product to propose. Now dah dalam list..just waiting the right time and the right person to start the project.
I've targeted myself next year, at least to bring 500K to 1M. Not even sure if i can reach that. It's gonna be a tough year for me, got to work harder. Need to improve my life too. Next year gona b BIG!...

Rasa sangat bersemangat to close more deal. My boss said next year gona be a gud year for us to grow further and diversify our business...

Till then....CHAIYOK!!..CHAIYOKK!! for better life....for the two of us...
For me and Mr Raksasa...=D


.

Friday, November 20, 2009

Pudarnya Cinta...

Assalamualaikum,


“Bagaimana andai selepas bertunang setelah sekian lama, dia tidak suka lagi pada kita? Suka pada orang lain”, soal Kak Raiha tiba-tiba.

“Jangankan semasa bertunang kak. Orang berkahwin pun boleh pudar cintanya”.

“Betul juga”.

Persoalan tergantung. Tidak berjawab.

Masing-masing diam. Mata memandang ke tingkap merenung titisan hujan yang lebat.


Aksesori Cinta

“Sememangnya rasa suka yang memutikkan cinta itu perlu. Namun, cinta sahaja tidak menjamin”, Kak Raiha memecahkan kesunyian.

“Maksud akak?”.

“Cinta perlukan aksesori sampingan. Rasa cinta perlu hadir dengan rasa tanggungjawab”.

“Aksesori lain ialah kepercayaan”, tambah Kak Raiha lagi.

Saya semakin mengerti apa yang Kak Raiha cuba sampaikan.

“Rasa tanggungjawab dan kepercayaan ini tidak akan wujud andai tidak rasa diri berTuhan. Cinta jadi tidak berperaturan. Cinta yang jauh dari berpaksikan Tuhan”, saya cuba membuat kesimpulan.

“Benar. Andai cinta berpaksikan Tuhan, barulah lahir cinta sejati yang menyembuhkan, bukan menyakitkan. Bukan cinta buta buatan manusia”.


Cinta Tanpa Tanggunjawab

“Remaja kini terdedah dengan cinta, namun cetek ilmu menguruskannya. Tanpa ilmu, sukar melahirkan rasa tanggungjawab”, Kak Raiha cuba menghuraikan aksesori pertama.

“Tanpa rasa tanggungjawab, si teruna tidak bersifat melindungi kaum wanita. Kaum wanita pula sewenang-wenangnya menyerahkan jiwa dan raga”.

Saya diam mendengarkannya. Realiti yang harus diterima. Realiti bahawa ramai remaja yang terlibat dengan cinta di awal usia, terjebak dengan maksiat dan zina. Realiti yang bimbang lagi meresahkan.

Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi, si lelaki akan menghormati wanita dengan tidak merosakkannya. Kesuciannya dipelihara sehinggalah dihalalkan melalui lafaz janji `aku terima nikahnya`. Rasa tanggungjawab yang tinggi juga membentengi diri seorang wanita untuk memelihara kehormatan diri dan rahimnya. Wanita bertanggungjawab untuk mempertahankan dirinya untuk suami yang halal buatnya. Memelihara kesucian rahimnya untuk zuriat yang bakal dilahirkannya.

“Cinta yang Allah gariskan bukanlah untuk menyekat. Cinta berperaturan untuk meningkatkan darjat. Cinta ekslusif!”, pesanan berharga buat remaja mabuk bercinta.

“Cinta tanpa tanggungjawab juga boleh menyebabkan rumah tangga porak peranda”, Kak Raiha mengubah konteks, daripada isu remaja kepada keluarga.

“Dengan mudah, si ayah mahupun ibu boleh `mencintai` orang lain. Bayangkan, andai ibu ataupun bapa sibuk menunaikan tanggungjawab yang tidak pernah selesai terhadap pasangan dan anak-anaknya, soal `terjatuh cinta` dengan orang ketiga pasti dapat dielakkan. Memanglah cabarannya sentiasa ada. Namun, boleh dielakkan!” Kak Raiha sedikit emosi. Tidak adil, tetapi ingin bercinta lagi.

“Setuju kak. Sekalipun suami dan isteri saling mencintai. Tanpa tanggungjawab, selama manakah cinta dapat bertahan agaknya. Cinta dan sayang terhadap anak-anak juga perlu dinilai dengan tanggungjawab”.

“Benar. Anak-anak juga harus punya cinta yang penuh tanggungjawab terhadap ibu bapa”. Peranan anak-anak pula disentuh.

“Bagaimana pula tu?”.

“Anak-anak zaman kini kadangkala sibuk bekerja. Tiada masa untuk bersama ibu bapa”.

“Sekalipun ibu dan bapa pernah melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan dalam mendidik kita, jangan menyimpan dendam. Biarlah kekurangan itu dinilai Allah. Lihat perkara positif pada ibu bapa kita. Selain kuasa Allah, jika bukan jasa mereka, masakan kita hidup sehingga kini. Dibesarkan dan dijaga”.

“Andai semua pihak melihat cinta disertai tanggungjawab, insyaAllah tidak timbul masalah. Masing-masing akan fokus pada memberi. Bukan menuntut hak”, saya cuba membuat kesimpulan mengakhiri perbualan.

“Benar, cinta pada Allah juga menuntut kita untuk menzahirkannya. Laksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya yang bertaqwa”.


Dicintai Dan Dipercayai

Selain cinta dengan rasa tanggungjawab, cinta juga perlu lengkap dengan mempercayai.

Boleh anda bayangkan hidup tanpa wujud rasa percaya pada orang lain. Tidak percaya orang lain boleh melaksanakan tanggungjawabnya. Tidak percaya orang lain boleh menyimpan rahsia. Bermacam-macam lagi. Tanpa rasa percaya, sukar untuk hidup bahagia. Asyik resah tidak menentu hala.

Justeru, mempercayai itu amat penting dalam memelihara hubungan. Mempercayai seseorang bukan sahaja membuatkan diri kita tenang, bahkan membuatkan diri orang yang dipercayai itu lebih yakin.

Soalnya ialah bagaimana untuk membuatkan diri ini dipercayai sekaligus membina kepercayaan. Kemudian, bagaimana untuk memelihara kepercayaan itu sepanjang perhubungan?

Saya kira, membina kepercayaan mengambil masa. Memulihkan kepercayaan lebih banyak mengambil masa!

Sebelum menjalin hubungan, kepercayaan boleh mula dipupuk. Syaratnya ialah dengan tidak bermuka-muka ataupun berlakon. Lihatlah pada akhlak dan ibadahnya. Andai si dia menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia, insyaAllah, apabila bersama kelak, kepercayaan itu sudah terbina.

Bayangkan seorang lelaki yang matanya liar memandang wanita lain. Apakah kita percaya selepas berkahwin kelak, dia akan menundukkan pandangnya?

Bayangkan seorang wanita yang tidak segan silu bertepuk tampar dengan lelaki yang haram buatnya. Apakah selepas bernikah kelak, dia akan menjadi wanita pemalu yang memelihara kelakuannya?

Bayangkan seorang teman yang suka mengumpat orang di sana-sini. Apakah kita yakin, kita tidak akan diumpatnya selepas menceritakan masalah kepadanya?

Ya, benar, manusia boleh berubah dengan izin Allah. Namun, kepercayaan sudah tercalar. Sukar!

Binalah kepercayaan sebelum menjalin hubungan. Kemudian peliharalah kepercayaan itu. Sekali tercalar, mengambil masa untuk memulihkannya.


Cinta Perlu Disuburkan

Cinta perlu ada rasa tanggungjawab dan mempercayai. Semacam kering sahaja bunyinya. Serius dan tidak berwarna-warni. Disebabkan itulah, cinta sesama manusia ini perlu disuburkan dengan kata-kata dan sentuhan. Sentuhan fizikal mahupun jiwa.

Memuji sahabat tentang kelebihan dan sifat positif dirinya.

Membelai anak yang sudah remaja dengan kasih dan mesra.

Menghadiahkan bunga buat isteri tercinta.

Menggantikan bebelan dengan kata-kata semangat buat suami tatkala perkahwinan bertambah usia.

Mengusap wajah ibu dan ayah yang sudah tua dan tidak berdaya.

Bermacam-macam perkara yang boleh dilakukan untuk menyuburkan hubungan sesama manusia melalui sentuhan dan kata-kata. Kadangkala, kita yang tidak amalkannya. Lama-kelamaan, bertukar menjadi kekok. Kemudian, dilabel buang tabiat. Parah!

Mari kita hayati kembali sirah. Kisah cinta manusia paling agung. Cinta Rasulullah terhadap isterinya. Cinta bukan dalam bentuk `segera`. Cinta Rasulullah disertai usaha yang dibajai sentuhan dan kata-kata. Dengan izin Allah, mencairkan hati, menyentuh jiwa.

Tatkala isteri tidur nyenyak kepenatan, Rasulullah memilih untuk tidur diluar, kerana kasihan.

Rasulullah juga tidak kekok meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga.

Pernah satu ketika, hidung Saidatina Aisyah dipicit. “Sabar dahulu ya Humaira”, kata nabi seraya memicit hidung Aisyah. Sentuhan mesra untuk menyabarkan dan meredakan.

Rasulullah dan isterinya saling menasihati, bersama-sama memperbaiki diri.

Biji benih gred A, andai tidak dibaja dan dijaga, masakan dapat menghasilkan buah yang sedap. Samalah halnya dengan cinta, andai tidak dibaja, masakan dapat terus kekal bahagia.

Cinta itu perlu, namun cinta semata-mata tidak membawa ke mana. Permulaan yang baik itu tidak menjamin kesudahan yang baik, tanpa baja dan dijaga.

Semoga kita sama-sama dapat amalkan tatkala diri menjalin cinta sesama makhluk menuju cinta kepadaNya.


from : ILUVISLAM

.

Thursday, November 19, 2009

Used VS Loved...

Assalamualaikum,

The content of this entry taken from my colig's email.

Things are to be used, People are to be loved.

It's a good lesson to learn..

USED vs LOVED

While a man was polishing his new car,
his 4 yr old son picked up a stone
and scratched lines on the side of the car.
In anger, the man took the child's hand
and hit it many times not realizing
he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers
due to multiple fractures.

When the child saw his father.....
with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'
The man was so hurt and speechless;
he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions......
sitting in front of that car he looked at the scratches;
the child had written 'LOVE YOU DAD'.
The next day that man committed suicide. . .

Anger and Love have no limits;
choose the latter to have a beautiful, lovely
life & remember this:
Things are to be used and people are to be loved.
The problem in today's world is
that people are used while things are loved.

Let's try always to keep this thought in mind:
Things are to be used,
People are to be loved.

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.

I'm glad a friend forwarded this to me as a reminder..
I hope you have a good day no matter what problems you may face
it's the only day you'll have before it's over.



Sometime we didnt realize this is hapening...until one day...
It's too late to realize....how a wonderful person you had standing beside you!

Dun be the last person to know....


.

Wednesday, November 18, 2009

Die boleh...aku x bleh...dosa besar!

Assalamualaikum,

Siyes laa...aku pelik ngan manusia cm gini...mungkin jugak die ala2 species mulut longkang atau pun mulut empangan kitar najis tu..(eeeyyaarrksss...jijikss!). Ni jenis cakap yg xde filter....sib bek la aku ni bek hati..kalo aku ni jenis x sabar.. huh!! dah lame aku rodok ngan berus jamban, kasi bersih sikit anak tekak ko ngan hati ko skali...

Kenape ek...kalo aku lupe atau pun terrrrrrr lupe la,..mesti ade manusia yg nak marah2 kat aku,..nak jerkah2 aku,..nak lepas emo2 kat aku,..nak perli2 aku,..nak pandang slack kat aku....y hah?? (Otak die RAM 10.0GHz kah?? die x penah lupe kahh??....hakkk tuih!)

Kalo senirik terlupe,..bleh plak ko senyum2 kambing, konon2 nye x bersalah la sbb "tterrr"....and bleh plak ko bg alasan "ba wau dal wau kha" ko tuh,..bleh plak wat ala2 mende x berlaku...pas tu ade hati plak nak pintas khutbah kat aku..(wah wah...keeeeeeemain lg..lempang nak??)

Tolong la explain kat aku,..nape insan macam gini wujud kt muka bumi nih??!!

Kenape kalo diri senirik tu mcm gitu,..x reti2 nk give n take ngan orang lain. Seolah-olah,..ko nak org len sume faham ko,..keadaan ko,..situasi ko,..

And bile hapen kt aku,..ckp aku cm gitu,..cm gini...mcm diri tu PPUURRRFFEECTTT sgt!
Alahai....sediy siot aku ngan manusia mcm gini...
Sediy sampai aku rasa mcm....giv up doohh nk berkata2..

Dah la...cukup kot wat malam ni..

Soddakallahu'azim...


.

Monday, November 16, 2009

Sharing is Caring??

Assalamualaikum,

" I dun mind sharing anything,..everything in this world with everyone but only one thing i choose not to share...MY MAN!! MY HUBBY!! "

or else...he only has 2 choices, leaves the girl...or i'll leave him alone with the girl...

I think it's enuf sharing him with Mother-In-Law...this one also can give enuf trouble...what if another girl come along??!!

Nak berlaku adil antara isteri ngan mak senirik pun susah...ini kan pulak nak tambah cawangan..

Elok2 nak wujudkan keluarga aman bahagia...tercipta plak keluarga huru-hara...
Eloks nak dapat pahala...silap2...create dosa je!

Everyone believes sharing is caring...but not everything!

Some people choose not to share.


Ooo yee...sebelum terlupe!!

Sila ke Blog Kawen saye:
Fakhrul & Zihan Wed's Blog
Eksklusif hanya cerita kawen kami!!



this one...mean CARING k! =D



.

Saturday, November 14, 2009

Rasa X Best..

Assalammualaikum,..

Entah mengapa diriku ini,..
Halaman orang nampak berseri,..
Halaman sendiri berwarna-warni x bererti...kosong!

Sape yg tahu kan...tp adelah lebiy baik pendam kan saja!
Sape yg kesah nak tahu kan...bertanya pun tidak.

Nasib...I have to carry this wit me..
Sejarah mungkin berulang...walaupun pada hakikatnya aku memang x suke subjek sejarah.

Aku pasrah...ini bukan kehendak aku.
Cube utk menciptakan satu keadaan yg x mungkin ade yg faham...even org yg dekat dgn hati belum tentu lg mengerti...ape tah lg, org2 len.

Life,..should be more realistic kan...

Some people said, i should stop dreaming...coz it bring me nowhere and hurt me even more. But i believe what i dream,..it's just need a passion that came from my heart. Even sumtime i feel give up,..i think i dun need any person to make my dream come true...

My dream just one...which needs so many supporting tools and of course....My dream need 2 persons to be accomplished.

I read this article sumwhere,..
"Perempuan diciptakan dengan perasaan, dan lelaki diciptakan dengan akal. Maka cari lah kekuatan di situ."

Kadang2 aku tertanya, kenape ape yg kite hajatkan x dpt? and ape yg kite x pernah minta, datang?...Y fulfil sumthing that i think it's not important when i think something else is more important...



How long does it take to build a mutual understanding??


Urrmmm i need to figure out myself..

Nyt folks...wana have some dream,...it myb not reality but at least heppy for a moment..


.

Wednesday, November 11, 2009

Tender Time...

Assalamualaikum,

Sekejap masa berlalu...& lame jugak aku x update sini.
Cerita2 dulu tu pun dah basi..
ermm nak perangat balik ka??
nanti2 naa kami update...

At this moment, badan dh terketar2 letih. Penat!..Rasa nk berlabuh ke alam mimpi je nih...

Esok nk kene submit tender...errgghhh esok pg sure cramp punye laa!
So malam ni is to prepare all the info..nak tunggu info from vendor je ni..
LEMBAB!...

Our wedding days lg 107 hari...huhu.
Giler dh dekat...tp persiapan x nampak ape2 lg. Still tunggang langgang. Insyallah, mudah-mudahan ok! ;)

Wokeh laa...ngantuk la! Nak p tidoq sat, pas tu nak kena mangket balik nih. Kalo x esok berangin plak dalam ofis..

Selamat Malam...jumpe esok ya!



.

Sunday, November 8, 2009

Perempuan itu..

Assalamualaikum...

I like this writing from one of my frens...read it!

Perempuan, semakin tua semakin susut nilai; begitulah kata orang. Sementara, lelaki semakin tua semakin naik nilai; begitu jugalah kata orang.

Perempuan seorang isteri, banyaknya boleh setia pada seorang lelaki dalam hidupnya. Sementelahan, lelaki seorang suami, jarang-jarang boleh setia pada seorang perempuan dalam hidupnya.

Perempuan, meningkat usia tidak mencari; cuba mengambil hati suami kerana takut kalah dengan banyaknya saingan di luar sana. Namun lelaki, meningkat usia dan masih, terus mencari; cuba mengambil peluang kerana yang paling pandai berkata-kata pasti menang bertrofikan banyaknya yang baru di luar sana.

Perempuan, ada yang sanggup menewaskan perempuan lain demi bertrofikan seorang lelaki di atas kelukaan perempuan yang lain. Lelaki, sentiasa menyanggupi untuk direbut menjadi piala kemenangan di antara perempuan.

Perempuan, sering tertewas kerana perhatian yang diberi lelaki hingga sanggup menjadi kedua ketiga dan keempat. Lelaki, sering termenang merangkul piala sehingga 4 di atas tiket belas kasihan.

.

Ok. Saya sangat sarkastik. Cuma saya sangat sakit hati dengan perangai sesetengah jantina berlawanan jenis dengan saya, terutamanya yang sudah beristeri; terkecuali Rasulullah dan Sahabat dari ke-anti-an saya ini. Sebab saya tahu, lelaki zaman sekarang, walau berlatar belakang agama yang tinggi sekali pun, belum tentu menjadi adil dan mengangkat maruah perempuan kemartabat yang sepatutnya. Manusia ini, sebelum dapat semuanya akan berjanji yang macam-macam seperti juga kita membuat loan untuk membeli kereta yang baru di Bank, belum dapat beria-ia berjanji untuk membayar ansuran bulanan dengan adil dan saksama juga ikhlas. Tapi apabila sudah dapat loan, apakah hati anda ikhlas membayar ansuran bulan ataupun anda akan bersungut-sungut 'alaaaa kena bayar loan keretalah, tak cukup duitlah bulan ni.' Nah! Kalau sudah tahu tidak cukup duit mengapa harus membuat loan yang tidak berkepentingan, bukankah sudah jadi liabiliti? Guna sahajalah kereta lama kan?

Zaman sekarang, apa yang membezakan manusia cumalah iman dan takwa, kan? Dan, susah nak cari lelaki yang baek. :)


NotaMerepek:
It does not mean that because of a few words I have written here, a person may come to the conclusion that I am anti-men. Though a part of me is on the Internet, it is not the whole of me. It is wrong for a person to think they can judge the whole of me through things I choose to say and things I choose to omit.


So ape agaknye yg ter"cross" di kepale korunk??

Aku bakal isteri...bakal ibu...kene betul2 didik anak lelaki.


.