Thursday, February 21, 2013

Jom Kenal Anak Syaitan.

Assalamualaikum w.b.t,

Ari tu terdengar ceramah dari seorg ustaz nih; tentang salah sekor anak setan yang suke memporak perandakan rumah tangga. Nak tau yg mane satu??...Jom baca.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai (skrg berada secara online) supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan (byk di kalangan ahli politik)
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (berilah salam ketika memasuki rumah)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

credit to:http://sephiasayang.blogspot.com

ps: jgn plak ade yg bagi name anak mcm nama-nama di atas.


2 baby's note!:

harz harun said...

uihhh...
no 1 tu selalu kaco aku!!!!!!!!!!!!!

Zihan Zamberi said...

Harz Harun: haha...selalu berada di hujung jari, butang ENTER n left click mouse/pad...hahahah

Post a Comment