Friday, February 6, 2015

Resipi: Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum w.b.t,

Entry kali ni nak share resipi sempoi.
Awat panggil sempoi? Sebab campak-campak..tung tang tung tang. Selesai.

Kadang terfikir, there is a time kita rasa malas nak masak. Tak ada mood nak masak. Nak mudah pergi kedai tomyam (my area banyak kedai tomyam, fastest & easy). Bila dah pergi kedai tomyam belek la resipi menu dia. Kita pulak decide nak makan mudah-mudah je. Pi order plak Nasi + Daging Goreng Kunyit. Harga RM6.80 (contoh!).

Aku rasa cam sakit hati. Pergi kedai tomyam then order macam ni je. Baik la aku masak. Jimat~


Bahan-Bahan Utama:
Daging sebesar penumbuk di hiris.
Lobak merah
Kacang Buncit Buncis

Bahan Tumis (di hiris):
2-3 biji Bawang Putih
1/2 biji Bawang besar
1 biji Cili Besar
Serbuk Kunyit
Garam & Gula secukup rasa.

Cara-cara:
1. Goreng bawang putih & bawang merah sehingga kekuningan.
2. Masuk kan daging, masak sehingga separuh masak.
3. Masukkan serbuk kunyit dan lobak, goreng sehingga sedikit layu.
4. Masukkan hirisan cili dan kemudian kacang buncis.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut kesedapan tekak anda.

Senang bukan. Kalau kata nak nyahbekukan daging tu, senang je. Masuk dalam microwave. Tak pun, a day or a night before dah sediakan barang ni. Hiris daging dan letak dalam bekas kecil. So kalau nak defrost tak akan mengambil masa yang lama. Kalau letak kat peti ais pun sebelum pergi keje pun okay.


Selamat memasak!

0 baby's note!:

Post a Comment