Tuesday, December 20, 2011

Ramai pasangan muda bercerai di Perlis

Assalamualaikum w.b.t,

Owwhhh Nooooo....


KANGAR – Sebanyak 450 kes penceraian telah direkodkan di Perlis sepanjang
sepuluh bulan pertama tahun ini.



Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri, Jafperi Othman berkata, lebih merisaukan kebanyakan kes berkenaan melibatkan pasangan yang usia perkahwinannya di bawah 10 tahun.

Menurutnya, kelompok umur yang paling banyak dalam kes penceraian iaitu
di bawah 40 tahun.



Katanya, tujuh punca utama menyebabkan berlaku penceraian
telah dikenalpasti pihaknya.

“Antaranya, kurang pengetahuan ilmu agama dan rumah tangga, perkahwinan
pada usia muda dan suami mengabaikan tanggungjawab.

“Selain itu, campur tangan pihak ketiga, suami berpoligami, masalah
komunikasi dan ekonomi juga menjadi faktor,” katanya ketika menjawab soalan Mat
Hassan (BN-Kuala Perlis) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-12 di
sini semalam.

Menurut Jafperi, bilangan kes penceraian yang berlaku pada tahun lalu
iaitu sebanyak 522 kes dengan kaum Melayu adalah yang paling banyak.

Bagi menangani kes penceraian daripada terus meningkat, pihaknya
bersama Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi lain sentiasa melakukan pelbagai
program.

“Contoh program berkaitan kekeluargaan yang tetap dan berjadual, kelas
pengajian agama, seminar, ceramah umum dan banyak lagi,” ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Sumber : Kosmo! Online - Negara


0 baby's note!:

Post a Comment