Monday, June 27, 2016

Welcome Back

Assalammualaikum w.b.t,

Aduhaiii mengantuk plak rasanya. Pagi ni dah la tak bangun sahur. Terbabas akibat menyusukan baby. Tak sedar langsung bunyi alarm handphone bunyi. Agaknya kena pakai alarm Bombing kot baru bleh sedar. Husband sempat la makan kurma. Now dia dah tak nak makan nasi. Tetibe. Nak kurus or nak hilangkan buncit kot. hehe...maklumlah bini dah makin kuyusss, ceewahhh.

Today dah kembali ke ofis. Kerja tak tau nak start kat mana. Previous project pun ade yang berubah. So nak kena mintak tolong ofismate brief balik apa yang telah di buat. Oowhh mann seriously mengantuk. Sambil type ni pun rasa cam nak terlelap je. #shake my head#


Since now bulan puasa, waktu kerja di pendekkan. Tapi kena masuk awal. Normal hours 9-6, ramadhan jadi 8-4. Tak sabar nak tunggu lagi 2 jam. Mood kelaut dah ni. But heard new office policy lepas Ramadhan ni 8.30 - 5.30. Wahh best. 

Pagi tadi sampai perkarangan ofis, a few masih lagi menapak dalam kereta. Tunggu orang bukak ofis kot. I was excited this morning. Agak terkocoh-kocoh la menyiap pagi tadi. Budget kul 7am kuar rumah, 7.20am gak baru gerak g rumah baby sitter. Meyiapkan a few barang-barang anak n barang sendiri. So tomorrow kena improve untuk awalkan lagi so that I can reach before 8am.

Sampai ofis kena plak pindah barang. Imagin pindah dari 2nd floor bangunan sebelah ke bangunan sebelah 1st floor. Menjejes peluh. Ni kalau dapat sirap sejuk kaw kaw ni, nikkmaatt. hehehe

Office masih lagi berkecah. Lepas pindah 1st floor tak ada la nak mengemas sangat. Sebab lepas ni nak pindah KL Sentral plak. haiihh pindahh lagi...Jadi bebarang dalam kotak biarkan je la. Could be bulan 8 or 9 ni dah pindah sana. Sedih!

Until now my day was fine. Tak tau la lepas ni nak jadi cam mana kan. Dah jumpa my new superior baru masuk 22 hari kat ofis ni. Not bad. Harap lepas ni ada lah arah tuju yang jelas. Hope will achieve more this year.

Ok..stop for now.

Da. Selamat Berbuka.

0 baby's note!:

Post a Comment