Aidilfitri 2016
2:29 PMAssalamualaikum w.b.t,
Hari ke 6 Syawal. Tak terlambat lagi kan untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca blog ni. Mohon ampun dan maaf seandainya ada salah & silap ketika berbicara, berkelakuan, termakan & minum dan segalanya. Ampunnn...
Tahun ni beraya ala kadar di rumah sahaja. Kalau nak ikutkan tahun ni turn beraya di kampung aku. Tapi since husband kerja (closing 2nd quarter), baru balik dari berpantang di S.P & baby baru 2 bulan lebih. Maka banyaknya masa habis di rumah.
Bila dah sedar dari awal keadaan yang bakal kiteorang tempuhi akan macam ni, maka tak ada la sangat persiapan raya. Baju raya baik baju pak, mak and anak-anak, recycle balik baju masa kenduri adik ipar bulan Feb hari tu. Kuih raya tak buat pun. Beli pun yang sedap untuk anak tekak sendiri je. Rendang ketupat lemang pun tak ada. Tak sempat nak membeli belah barang-barang basah. Lemang ngan ketupat plak memang banned this year, sebab tuan rumah berpantang..kikiki. Rumah, tak ada apa yang baru. Semua sama ja. Pendek kata serba serbi jimat tahun ni. Duit pun dah banyak abis untuk bersalin, berpantang & travelling. So jangan banyak bunyik.
Raya Pertama cam biasa la. Mak ni bangun awal sikit mandi sunat hari raya. Lambat nanti mandi pukul 12, nak kene kelek anak je nanti. So mandi awal. Kemas-kemas rumah apa yang patut. Then anak-anak bangun, siap kan diorang plak. Lepas sembahyang raya baru balik rumah Mak Mertua yg tak jauh mana tu. Husband plak siap-siap untuk buat kerja opis dia. Jadi tak ada lah gambar raya satu family. Dah la 1st Raya Ilma. Sedih~
Lepas husband abis kerja, dia bawak kami raya kat Starbucks. Actually pergi situ untuk claim food allowance je. Bawak anak-anak lepak sekejap before kene kurung kat rumah je nanti.
Kiteorang stay rumah MIL sampai malam. Almost midnight baru balik rumah. The next day, family MIL gerak balik kampung kedah. And our raya just at home. Then pergi rumah makcik kat Sg. Ramal & Serdang. Susah nak gerak jauh-jauh sebab hub keje. InsyaAllah lepas ni boleh la pergi jalan-jalan. Wana meet my friends actually. Kalau nak datang rumah kiteorang please inform awal-awal okay. So I can cook for you. At the moment kalau datang surprise-surprise ni, don't be surprise kang kuih 4segi je nanti. hehehe.
Hari ni nampaknya jalan masih lengang. Datang kerja pagi tadi pun tak jem langsung. Wait til tomorrow. Sure hazab nak ngadap rutin. Ok la..til then.
Da.
1 baby's note!
eiii..gerammye si princess tu....selamat hari raya kak zihan
ReplyDelete