Resepi Mee Kicap

11:52 AM

Assalamualaikum w.b.t,

Mee Kacip..eh silap! Mee Kicap, my favourite. Boleh dikatakan most family members tahu yang aku ni hantu kicap. Makan apa-apa pun mesti letak kicap. Kadang makaroni goreng pun ku bantai letak kicap. Kicap ni salah satu bahan penyedap makanan yang tiada tolok bandingnya. Dan kebanyakkan kita mesti tak lupa Telur Mata Goreng bersama Kicap adalah salah satu comfort food yang terbaik.

Last night tetibe teringin nak makan mee kicap, actually it's inspired by Dry Wonton Noodle. Ia merupakan makanan terkenal dalam kaum cina. Kalau aku ternampak makanan ni kat tempat makan tu, mesti aku order nih. And I can finish 2 plates ok. Yummeh! Nak buat Mee Kicap ni senang je. And with 2 stoves you can prepare this meal within 30 mins only. Cost plak takde lah mahal mana based on the ingredients. So I can say, this meal is very time and cost saving. Boleh jadi substitute dish kepada Mee Goreng Segera tu.


Jom kite tengok bahan-bahan die.

Bahan-Bahan A:
1 paket Mee Kuning/ Wanton Mee/ Mee Siput.
Sayur Pak Choy (ke Bak Choy??). Korang boleh guna sawi atau kailan juga.
Taugeh (optional)

Bahan-Bahan B (Sos Kicap):
2 sudu besar Minyak Bawang Putih
1 sudu kecil Minyak Bijan
2 sudu besar Kicap Pekat ABC (atau jenama lain)
1 sudu besar Kicap Manis
2 sudu besar Kicap Masin
2 sudu besar Sos Tiram

Bahan-Bahan C (Sup):
Ikan Bilis
1 Kiub Pati Ikan Bilis
Bebola Ikan
Kek Ikan
Bawang Besar + Bawang Putih (Optional)

Cara membuat:

Bahan A:
Kalau guna mee kuning, rebuskan seketika sampai sedikit kembang.
Wanton mee, celur sekejap-sekejap sahaja, kemudian rendam ke dalam air sejuk dan bilas.
Mee kering kene rebus sampai dia sedikit kembang (macam masak mee segera tu).
Kemudian mee ini di tos kering.


Sayur hendak lah dicelur seketika. Dan kemudian di toskan juga.



Bahan B:

Untuk minyak bawang putih, kita cuma goreng bawang putih sehingga garing. Macam kerepek tu. Minyak bawang putih akan digunakan untuk membuat sos dan bawang putih garing tu untuk 'garnishing'.

Masukkan kesemua bahan B tadi ke dalam 1 mangkuk, dan gaul sebati. Rasa sos harus lah manis-manis masin gitu. Tapi terpulang, kalau gemar manis tambahkan Kicap Manis atau sebaliknya.



Bahan C:

Untuk sup plak, rebuskan ikan bilis bersama kiub sehingga mendidih. Kemudian masukkan bebola ikan dan kek ikan bersama. Biarkan seketika.


Ini namanya sup ayam =D. Pun boleh jugak. Ikut suka nak sup macam mana. It's serve as side dish. Since saya tak buat daging/ayam grill bagai. So saya gunakan ayam yang disupkan untuk menggantikan daging/ayam grill tersebut. Lebih cepat sebenarnya.


Setelah kesemua hidangan siap, hiaskan seperti gambar yang paling atas. Sos Kicap saya di bawah skali, tak banyak sangat. Boleh campurkan sup skali. Memang kesedapan. Dan kalau nak lagi best, makan bersama cili kicap. Memang Thoorrbbaaikk!

Selamat Mencuba dan selamat mengicap! =D

You Might Also Like

4 baby's note!

  1. Balkidz: keke...ko nye entry seafood pun wat aku lapar..=p

    Mommycha: sedap beb. Simple macam megi goreng tu.

    Chekgu Azrine: Jangan kata terangkat...siap goyang inul skali..=D

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images