Misi Mencari Pokok Buah Tin (Fig)
3:35 PMAssalamualaikum w.b.t,
Olaa people..
Baru berkesempatan nak blog after tangguh beberapa hari. Sangat tidak sihat kerja menangguh nih.
Alhamdulillah Bonda & Ayahanda sudah berada di rumah dari hari Ahad lagi. Terima kasih kerana sudi berada di sisi untuk beberapa minggu kerana ketiadaan Mr. Rasaksa pergi menunaikan umrah. Me kenapa tak pergi? Hmm belum ada rezeki lagi.
Kedatangan Bonda & Ayahanda kali ni kami jemput dari Perlis. Mulanya hanya nak membontot adik bongsu ke sana. Tapi bila Mr. Rasaksa kata, "Kalau adik sesaja balik nak amik papa & mama, better kita je balik sana". Of course la seronok. Rindu bumi Indera Kayangan yang superhot tu.
Oleh disebabkan plan nak jemput diorang ke mari, maka kami decide untuk nai bas ke utara. Dan balik semula dengan kereta papa.
Dah lama tak naik bas ke utagha. Masa nak beli tiket tu, tak tahu nak naik bas yang mana satu. Kalau dulu cheq naik Durian Burung or Transnasional. Adik suggest naik Seri Maju, tapi entah la tak terasa nak naik bas tu. Bila fikir-fikir balik, nak bagi new experience kat Daiman naik bas. Alang-alang baik beli bas 2 tingkat. Nazhan pun belum pernah experience naik bas 2 tingkat ni. Faktor keselamatan pun perlu di fikirkan. Last I decide amik SANI Express Double Deck, Kjg-Kgr. Harga tiket dewasa RM53, dan tiket kanak-kanak RM40. Total damage RM146. Ok la tu. Tapi next time kene amik seat untuk Daiman domok tu. Penat pangku die. Bergilir-gilir aku pangku dengan suami.
Malam after dinner, kiteorang naik bas kat Hentian Kajang. Bas bertolak 10.15pm. Tak ramai yang naik bus dari Hentian Kajang. So tingkat bawah hanya kami sahaja. Kemain seronok budak-budak ni ke depan ke belakang. Kalau boleh nak duduk sebelah driver. Kejap-kejap tukar duduk seat yang kosong tu. Dah almost 11pm, both abang and adik tak nak tido lagi. Jenuh pujuk. Akhirnya tersembam jua.
Boleh pulak masa ambil penumpang kat BTS. Terserempak dengan kawan sekolah Mr Rasaksa. Masa duk usha tu, terdetik dalam hati "macam pernah nampak je diorang ni. It's either kawan husband or kawan papa". Berborak sekejap dengan diorang.
Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah 2 beradik ni tak banyak kerenah. Tido je sepanjang jalan. Kami tiba di Kangar jam 6.30 pagi. Kalau naik keretapi, dalam pukul 8 lebih baru sampai Arau. Tunggu ETS buka nanti, insyaAllah 4 jam je nak ke Kangar. Boleh balik makan seafood kat sana. Makan laksa kaa..Kekekeke.
Kalau balik Perlis, rumah 1st wajib pergi is rumah atok. Since dapur mama dah bersih. Kiteorang decide makan kat rumah atok je. Lagi pun makcik ros, pakcik and anak-anak sume ada kat rumah atok. Definitely seoronok makan beramai-ramai. Lauk special hari tu, Gulai Itik. Itik ni makcik aku bela tepi rumah je. Dapat lah makan itik fresh. Lauk kampung je hari tu, memang marveles. Rezeki orang jauh balik. Menu, ikan sepat benua and kembung goreng, sayur rebung ngan pucuk manis dan betik, sambal belacan, ayam golek, terung bakar, belimbing buluh rebus (tenyeh dalam sambal) and others. Penuh meja. *Gambar yilek, x sempat snap sebab dah lapar sangat*
Petang sempat enjoy air Nira fresh. Papa siap order awal-awal lagi.
Dinner semestinya ikan bakaq kola peghelih. Ingatkan nak gi Linda. Tapi malam tu, papa bawak g kedai kawan dia.
On Sunday morning we start our journey back to Kajang. And this time we made a few stop.
1st stop, rumah En. Hilmi kat Aloq Staq. I kenal En. Hilmi ni kat group fig. I memang tengah mencari pokok fig ni untuk Mr Rasaksa. Belated beday present. Mr Rasaksa ni memang suka berkebun and bela binatang ni. I ni tukang support ja, suruh tanam itu ini. Fig ni susah nak dapat yang fresh sebelum ni. I pernah jumpa dulu, satu biji RM12.90. Later after that 4 biji RM12.90. Still mahal. Buah dia takde lah besar mana pun. Lagi satu buah tin ni makanan sunnah. Selalu dapat makan yang kering je. Kali ni nak makan fresh-fresh petik tepi tingkap. Haaa kemain berangan kan.
Nak membeli kat area Selangor ni, RM150 sepokok. Pokok ni agak manja. Silap haribulan boleh papoi (mati). Ranap RM150 tu. Buah tin ni pun ada banyak jenis. Harga dia mengikut jenis pokok fig. Yang I beli ni jenis BTM6, RM90. Mula ingat nak beli 2-3 pokok. Tapi Mr Rasaksa kata beli satu dulu. Dah berjaya nanti baru beli lagi. Mungkin boleh beli jenis lain pulak. Sebelum ni Mr Rasaksa beli cutting stick ja, tapi tak survive. Sad~ bukan rezeki.
Masa kat rumah En. Hilmi ni ingatkan berenti sekejap je. Sekali amik ko, ada kot setengah jam to 1 hour..kekeke. En. Hilmi ada beberapa jenis pokok Fig and kebanyakkannya dah besar dan not for sale. Yang di jual hanya jenis-jenis tertentu. Ada gak dia offer jenis Chinese Wuhan, RM250. Maakk aiii tanjat mak hokey, "poket cheq ketat En. Hilmi oii". Kami ni baru nak belajaq tanam. Dah cekap nanti, insyaAllah kami mai lagi.
Sambil melawat kawasan, En. Hilmi pun bercerita la. Mula tu me & Mr Rasaksa ja, skali papa join terus meriah. Maklumlah orang utagha bersembang, macam-macam la terkeluaq baq hang. Nak dijadikan cerita, En. Hilmi jamu plak kami dengan hasil tanaman dia, Mulberi Putih (panjang). Mula-mula tu aku dah ready nak buat muka berkeriut bagai menahan masam. Sekali makan, manissssss! Patut lah Daiman and Nazhan berebut nak lagi. Makan dengan selamber je (muka tak berkerut). Rupanya sedap. Dah habis di pokok dan di tangan, si Nazhan ni cakap nak lagi. Dah mana nak p cekau nih. Bukan ada kat supermarket. En. Hilmi dengan baik hati ambil pulak dari peti ais dia. Aduhh..memalukan sungguh anak-anak ku ini. Terus kata nak beli pokok ni sekali. Tapi dia kata belum ada lagi, nanti dia update. Pokok ni pun tak macam pokok mulberi merah biasa tu. Pacak kat tanah terus boleh survive (hidup). Ni pun jenis manja gak.
Agak lama berborak pasal penanaman pokok fig ni bagai. Nak campuq tanah lagu mana and etc. Kami pun mohon berundur lah. Selamat pokok fig di tangan. Terima kasih tak terhingga En. Hilmi kerana melayan kerenah kami dan anak-anak kami.
Perjalanan kami bersambung semula dan kami berhenti rehat di rumah arwah wan tercinta. Dulu rumah arwah agak suram dan tak bermaya je rupanya. Now dah kembali ceria. InsyaAllah akan berterusan indah untuk sedara-mara singgah di sini. Kami anggap ini adalah rumah kenang-kenangan. Too many memories with aunts, uncles, nieces, nephews and cousins.
Settle semua urusan kat sini, perjalanan diteruskan semula sehingga sampai ke destinasi. It's only a short trip but it's fun. Walaupun agak memenatkan. Macam mane lah nak tour satu Malaysia cam ni. huhuhu. The next day tu aku tak pergi office, migraine attack! Haiihhh....Syafakillah.
Next time nak kene wat lagi ad-hoc program macam ni. Lepaih ni kita naik ETS plak...
ETS...ku tunggu mu beroperasi!
0 baby's note!