Understand U..Understand ME

1:03 PM

Salam Sayang,

Petikan artikel di bawah from HMetro.

ANDA mungkin antara wanita bertuah. Cantik, berjaya dan hidup mewah kerana memiliki kerjaya hebat. Kalau sudah berkeluarga, anda bagaikan menghampiri kesempurnaan kerana dianugerahi suami penyayang serta dilimpahi kemewahan. Ringkasnya, apa lagi yang anda dambakan dalam hidup kerana semuanya sudah dimiliki.

Percaya atau tidak, jika pada zahirnya anda kelihatan sempurna, hakikatnya dalam hubungan bersama suami, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Hubungan dengan suami atau teman lelaki ada ketikanya melalui fasa agak sukar kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap sesuatu perkara.

Ia mungkin nampak kecil hanya disebabkan wanita kurang memahami suami atau teman lelaki atau mungkin, suami atau teman lelaki yang tidak faham naluri dan kehendak wanita.
Dalam hal ini, ada sesuatu harus dipelajari kedua-duanya untuk mencapai persefahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami pasangan:


Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet memilih gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana saja.
** aku x kisah janji lauk die sedap dan menepati selera aku masa tu, kalo aku kate nk gerai tepi jalan soo what?..n kalo aku kate nk resto?? check dulu poket! =D..mengade biar bertempat nnti x pepasal aku makan pelempang huhu,..baby die x bape kisah, die on tp jgn xtau dlm diam cerewet kayy **

Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak memikirkan perkara penting.
** memang laa sensitif, cube kaji balik wanita tu dr ape dan bagaimana ciptaan nye.. anyway what's more important than ur wife/gf?? **

Wanita suka diberi perhatian dan ada kalanya manja tidak bertempat. Sikap ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka mungkin merajuk.
** of course..ape2 pun renung balik kejadian asal wanita..**

Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
** ehem ehem...ckit2 je! pompuan bukan xnak faham...but most of the time memang laki xnk memahami dulu pun..**

Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.
** eh ye kee?? bukan memalui perbuatan ke??...show sane sini...**

Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka menghabiskan masa untuk tujuan itu.
** ade sebab sebenarnyee...nnti akan letak new entry on this topik..**

Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah 'mengata dan mengutuk' jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
** alahaiii zaman tenenet teneniu ni..x payah ler kuar statement cm gini,..laki lebiy lazerrr dr pompuan,..and ade bau2 longkang gitew...x caye?? tgk ler azwan..n yg seangkatan dgnnya..**

Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
** yep agree...baru ckp td..**

Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.
** really..aminss(plural: kasi byk ckit), bagus kalo laki cm gini..dalam diam tggungjawab tetap jalan..ni x diam2 ubi berisi, lagu mana tu??...**

Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman wanita melakukan 'kawalan' kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
** ha'ah..kongkong la sangat! kene check balik..kongkong atau mengambil berat..sumtime they are stupid oso to understand this **

Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.
** sumtime laa...tu yg x bape lomantika laa...tp sbnrnyee die tunjuk dgn menjalankan tanggungjawab die..yg ni both side need to work on..**

Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin tidak digemari suami atau teman lelaki.
** ermm ok..nk berdikari xde hal!..tp kadang2 ade gk laki sensitip,..bile kite dh bleh berdikari, x bergantung dgn diorg...diorg rase seolah x diperlukan...then self insecurity problem occur! **

Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan.
Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi faedah.

** ermm yg ni laki pun kene same...konsep sedar diri tu penting,..tp kalo nk majuk nk manje2 ape salah nye..nampak mcm romantiknyee walopun dh tua2!..mcm mama n papa i..still cute mute je wat perangai **

Sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki, tetapi tidak suka kepada jawapan diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau teman lelaki bosan melayan soalan wanita.
** hahaha...memang la, we expecting ur answer could heal us, ur answer as inspiration,..need an appropriate answer and feedback..kalo bg jawapan cm nyakit kan ati...bek x payah! **

Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak berminat melayan kerenah wanita sedemikian.
** sebabbbb...diorg rase tercabar...ego tu lebiy! **


Buah cempedak diluar pagar,
Amik galah tolong jolok kan,
Saya budak baru nk belajar,
Kalo salah,..huu ammmpunnn and plss tolong la betulkan..=D

With all my luv.

You Might Also Like

1 baby's note!

  1. lelaki memang tak suka pompuan lebih pandai dari dia...ada ai kesah? tak pun..lantak lah....kalau dah ai lebih dari dia nak buat cemana...so please competelah ya.....

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images